Assalamualaikum semua. (^^). Hari ini mau cerita tentang sekolah yang pernah saya jejakkan kaki di zaman muda remaja dahulu kala. Pada umur saya 16 tahun, saya bersekolah di SMK AGAMA KOTA KINABALU (SMAKK). Sebelum tu saya sekolah biasa saja di SMK KENINGAU II. Tapi sebelum saya sekolah di SMK KENINGAU II, saya sekolah di Sekolah Menengah Ugama Islamiah Tambunan (SMUIT). Banyak kan sekolah saya. Padahal bapa saya bukan polis mahupun guru. Hehehe. Okeh saya cerita sekolah last yang saya p dulu ah~ Saya masuk sekolah ni pada tahun 2005 pada umur 16 tahun. Masa tuh form4 baru. Saya pindah sebab saya mahu sambung Bahasa Arab saya. Saya sangat suka Bahasa Arab masa ni. PMR pun dapat A untuk bahasa Arab. Jadi saya pun pindahlah ke sini. Mula-mula daftar sana saya cuma tudung pendek putih saja. And of course lah pakai baju sekolah kan. Takkanlah pakai baju renang pula. Mati kena kilatlah di sana. hehe. Lepas tu Ustazah sana suruh tukar tudung labuh bila pi sekolah esoknya.
Sampai asrama susun barang sorang-sorang sambil nangis-nangis. Haha. Adoiilah~ satu habit yang sangat sukar untuk di buang sewaktu zaman persekolahan dulu. Sampai naik Form5 pun nangis juga. Kah3. Sekarang saya kuat sudah maa~ Hehehehe. ^^. Mula-mula masuk sana jumpa la pulak kawan masa d SMUIT dulu iaitu Cibung aka Nurzahiah Ramlee. Terkejut saya tengok dia. Terus kami berpelukan. Eh~ tiadalah peluk-peluk. Haram~ haha. Gurau ya cibung~ ^^. Di sana saya kena kejutan budaya sikit dengan dia punya cara pembelajaran dia. Punya laju. Ujian pertengahan sem dapat no.17. Ahh~ gila ku rasa. Tidak pernah sepanjang hidup dapat no.17 dalam kelas. Nangis lagi saya~ Haha. Malar nangis di sana. Usaha punya usaha maka di semester pertama form4 dapat no 10. Oh ada peningkatan. Tapi saya diam-diam tidak bagitau sama bapa saya. Haha. Usaha lagi di semester kedua form4 Alhamdulillah dapat no 3 ka 4? Saya pun tidak sure. Hehe. Kira ok lah. ;). Oh ya ini muka-muka suci masa form4. Kawan-kawan UiTM kata muka saya lain dengan yang sekarang. Entahlah mungkin makin bergaya kot. Hahahah! ;p
Mau tau jadual harian kami di sini macam mana? Kami bangun pagi seawal 4.30am. Bersiap mandi apa semua lepas tu pi surau, solat subuh berjemaah di sana dalam jam 5 lebih gitu. Lepas tu sarapan jam6 lebih. Dekat jam7 gerak pi sekolah. Alah dekat saja pun. hehe. Lepas tu setiap hari ada perhimpunan. Nyanyi Asmaul-husna, lagu Negeri Sabah dan lagu sekolah. Ini lagu sekolah kami dulu.
- SMK Agama KK tercinta
- Gedung ilmu dan cita-cita
- Dunia akhirat dituntut bersama
- Harum namamu dipersada negara
- Kusanjung budimu guru
- Bakti ayah bonda kupahat dijiwa
- Kami mara terus maju
- Memikul tugas para anbiya
- Berilmu, beriman, beramal ikrar kami
- Pelajar mithali harapan negara
- Terbilang di dunia, akhirat sejahtera.
- rangkap last saya lupa irama dia macam mana. hehe. 5tahun saya tinggalkan sekolah tu tau. Lepas nyanyi lagu sekolah pengumuman sedikit-sedikit pastu bersurai. Masuk kelas jam 7.30 tidak silap saya. Kelas sampailah jam 1lebih. Rehat sekejap lepas tu ada prep petang. Buat-buat kerja rumah time nilah. hehe. Cikgu tidak masuk pun. Tapi masa ni lah godaan tidur amatlah kuat. Hehehe. Lepas prep petang jam 4.30pm tu bole balik asrama bersiap-siap untuk ke surau pada waktu maghrib pula. Sebelum tu pi makanlah dulu kan. Waktu maghrib pula akan adanya bacaan Al-ma'thurat, kuliah maghrib, tazkirah dan sebagainya. Masa ni best dengar ustaz-ustaz bagi tazkirah. Lepas solat Isyak pula ada lagi prep malam. Jam 8.30 sampai 10.30 kalau tidak silap. Lepas prep malam singgah surau baca surah Al-mulk ramai-ramai buat halaqah. Time ni kalau yang sudah duduk lama di SMAKK tidak perlu lagi tengok Surah Al-Mulk. Hafal beb~ Tabiklah time ni. Al-ma'thurat pun begitu juga. Uish rindu saya time ni. ^^,. Lepas tu masuk tidurlah. Hehe.
- Dulu setiap hujung minggu tu saya dan ahli bilik saya akan iron baju banyak-banyak sekali untuk 1minggu punya. Jimat masa bila mau pi sekolah. (^^). Sakit jugaklah kaki iron baju untuk seminggu termasuk tudung-tudung labuh, baju sekolah, baju uniform, baju kurung untuk setiap malam. Waw~ Tapi iron baju masing-masinglah. Buli-buli tidak main ok. Haha~
- Ahh rindu saya kenangan kami di sini. Nakal-nakal di masa muda remaja tu biasalah kan. Penah sekali tu masa form4 saya eskep prep petang dengan geng bilik. Lepas tu kantoi pula dengan Cikgu Disiplin. Baru tu kena cuci telinga depan budak-budak jajal @ nakal form5. habess saya kena ejek2 "kaningau kaningau" cess. Ahh gila maluuu sy time tu. Tapi cuma senyum sajalah mampu ku beri. Haha.
- Oh ya saya ada kenangan yang agak memalukan masa form4 di sana. Oh ya masa tu Teacher English kami suruh hantar buku english ke kelas 5 hambali (senior punya kelas). Lepas tu saya dan Cibung pergilah hantar buku-buku kami skelas. Sesampai di kelas itu teacher tu suruh masuk. Tanya nama apa asal mana. Saya cakaplah nama saya nur aida asal keningau (pelat Dusun masih). Tiba-tiba teacher tu suruh saya ambil gunting terus pi gunting rambut seorang budak lelaki ni. Sebelum tu saya ada juga dengar teacher kami bebel-bebel pasal budak lelaki yang suka merokok tu. So saya pun dengan tidak ada perasaannya ambil gunting tuh dan pi tempat lelaki tu mau gunting rambut dia. tapi budak lelaki tu kata 'eh eh nanti aku gunting sendiri'. Saya tengok teacher tu lepas tu teacher tu cakap tidak payahlah gunting. Dan saya pun keluar dari kelas tersebut selepas cakap terima kasih teacher. Esoknya abes saya kena ejek-ejek geng budak lelaki tu. Dorang ejek macam ni "nama sy nur aiiiida dari Kaaaningauuu". Arghh tertekan sy bila lalu depan dorg. ciss malu gue! hahah. Tapi saya pun rasa lucu. Macam mana saya boleh tidak ada perasaan ambil gunting mau gunting rambut budak lelaki. Gilalah~ Memang budak suci! hahaha.
- Sini saya ada geng kerass. Haha. Mereka ini kawan-kawan bergossip, kawan-kawan ponteng perhimpunan. Haha gurauu. Dan juga kawan datang awal ke kelas. :). Oh ya ini gambar kelas kami masa form5. (^^)
![]() |
| SMAKK |
![]() |
| barisan para pendidik Terima kasih cikgu~ ^^ |
![]() |
| dewan yang bercat baru ah~ |
![]() |
| budak nakal~ ^__^ |
Err rasanya sampai sini saja kot. Lain kali cerita pasal sekolah lain saya pula. hehe.
Oklah wassalam.
(^^)/








Har3x~ Dan akulah senior kamurang yang paling skema kan? Tapi tatap menten hensem.. haha.. Sekarang dah noti.. ahakz..
ReplyDeleteyang ku tau ko senior plg kurus dlu. hahaha
ReplyDeletenui.. ko lupa 1 benda.. dorang keliru pulak kita dua tuh.. dorg sangka kita kembar kan?? padahal teda pun sama...
ReplyDeletehaha tulah pasal.
ReplyDeletekembar apanya.. teda pn yg sama. ahha
aduh2...muka ku dulu mcm zombi =D
ReplyDelete@ness : haha. biasa ja pun ku tgk tu. ehehehe
ReplyDeleteteringat smakk.kenangan..=)
ReplyDeletemeh ba p melawat zyla ^^
ReplyDeletehihihi, sy pun dulu budak smakk.ehem.ehem.^_^.thn 1998-1999. sy pun masuk masa ting-4. mula2 tu cultural shock jg masuk smakk.pki tudung labuh segala.tp,skrg sy bangga jd budak smakk.atleast, setiap apa yg diajar di sana terutamanya ttg asuhan agama dpt sy gunakna smpi skrg.cthnya: baca yassin laju2 dgn fasih;D.
ReplyDelete@ kak misya : ya sy pun cultural shock juga tu kak.tapi lama-lama ok juga :D. Terus fasih kan baca yasin di sana. haha :D
ReplyDeleteslm...kak nunui,nma sy nurul.sy mw tnya ksut htm d smka kk tu ba mcm mna rupa dia??thn dpn sy pn skolah di sna..tu lah sy tnya kak nunui ni..
ReplyDeleteSalam adik. Tahniah sbb masuk sana ya! ^^, Kasut hitam tu yang bertutup semua. Tidak kisah sebenarnya bentuk camna. Macam kasut BATA warna hitam tu pun ok jugak. Yang penting bertutup. Bertali tu tidak pasti pula. ;)
ReplyDeleteoh..terima kasih kak...skrg bru sy tau...
ReplyDeletesama sama :)
ReplyDelete1.http://www.emallnetwork.com/uploads/product/thumb2/619.jpg
ReplyDeletekasut dy cm d ats ka kak??atau yg d bwh ni..
2.http://www.emallnetwork.com/uploads/product/image/518.jpg
mna stu kak jenis ksut dia???1/2??
Biasanya yang macam no 1 tu. cmni pun ok jgak
ReplyDelete1. http://www.google.com.my/imgres?q=kasut+hitam&start=36&num=10&um=1&hl=en&biw=1024&bih=537&tbm=isch&tbnid=ODH3Yty9vMeuKM:&imgrefurl=http://greengreengrasshopper.blogspot.com/2010_04_01_archive.html&docid=xT-iCp4lx4U_lM&imgurl=http://3.bp.blogspot.com/_HSsXorGem3Q/S76f0W8VVxI/AAAAAAAAAJ0/Eo4l6QG4Zmk/s1600/P1000045.JPG&w=1600&h=1200&ei=34f8TqDyFs3orQfh_KX-Dw&zoom=1&iact=hc&vpx=724&vpy=213&dur=3249&hovh=194&hovw=259&tx=215&ty=49&sig=115430235939192041415&sqi=2&page=5&tbnh=141&tbnw=212&ndsp=9&ved=1t:429,r:3,s:36
2. http://www.google.com.my/imgres?q=kasut+hitam&start=64&num=10&um=1&hl=en&biw=1024&bih=537&tbm=isch&tbnid=LpCFQm8le1m-rM:&imgrefurl=http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/2011/12/hampir-hampir-tak-selamat.html&docid=A5R0p1N5X7h68M&imgurl=http://1.bp.blogspot.com/-PiVnWUOfMx8/TucGaGx0JzI/AAAAAAAAJs8/xl6F6HDuTKs/s1600/Batu-20111213-03651.jpg&w=800&h=600&ei=34f8TqDyFs3orQfh_KX-Dw&zoom=1&iact=hc&vpx=83&vpy=161&dur=1572&hovh=194&hovw=259&tx=206&ty=112&sig=115430235939192041415&sqi=2&page=8&tbnh=141&tbnw=145&ndsp=10&ved=1t:429,r:5,s:64
owh..cm tu...trima kasih kak !!
ReplyDeletesama sama :)
ReplyDelete