Showing posts with label Ramadhan Al-Mubarak. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan Al-Mubarak. Show all posts

06 August 2012

17 Ramadhan 1433H



Alhamdulillah. TIdak sangka sudah 17 Ramadhan kan. ^^. Dan hari ini juga kakak ipar saya bersalin. Baby boy if i'm not mistaken. Alhamdulillah Alhamdulillah. ^___^ senyum lebar sikitlah. Haha. Ramadhan saya masih seperti biasa. Insya Allah Dhuha, proses mengkhatam Al-Quran, tahajud, terawih masih berjalan walaupun masih ada lopong lopong di sana. Sobsob. Sesungguhnya dirumah terlalu tinggi dugaan dan godaannya. Huhuhu. Kadang kadang tewas dengan godaan tidur dan malas. =\... Di rumah saya cepat marah, saya malas, tapi kalau datang rajin, satu rumah sy mop, tingkap saya lap. ahahaha. KALAU datang rajinlah hehehe. Tapi saya sudah berazam awal awal sejak di kampus lagi supaya mesti lawan itu rasa malas di rumah! hehe


Dan satu fakta lagi kain saya belum berjahitt lagi. Inilah kesan apabila malas. Nanti last last tiada baju raya. Tidak apa baju kurung 2 3 tahun lepas masih ada. Hehheheh. Masak memasak kuih muih kek belum start lagi. Aduhh bilalah mau start ni. Pagi bolehlah buat sebab petang i meniaga tau. Meniaga depan umah saja jual kucing. Haha tidaklah jual burger bah. Sejak tahun lepas Heheheh. Alhamdulillah kadang kadang untung kadang kadang tidak banyak untung. Lumrah berniaga. hehe. Oklah. Mau kemas dulu buku buku yang belum disimpan sejak seminggu di rumah. phewww~ Pemalas tahap dewa. Wassalam

P/s : Insya Allah another 9 Juz' to run! (^^)/.

02 August 2012

13 Ramadhan 1433H



Assalamualaikum. HUrmm hari yang tenang dan bahagia. Sedang dengar lagu Opick ft Amanda sebenarnya. hehehe. TIme cuti yang ada ini mesti digunakan dengan sebaik mungkin sebelum kembali stress di alam 'student' hehehe. Kalau boleh saya tidak mau ada panggilan atau sms yang mengganggu di sepanjang cuti beta. Sebab tu saya selalu off handphone sejak cuti cuti ini. Minta maaflah. I just need some time alone. Bukanlah maksudnya forever alone haha. Rasa bahagia sangat bila duduk rumah tanpa kerja sekolah, exam test meeting dsb. fuhh~ Kesian pula kawan saya yang masih tinggal di UiTM jaga budak budak. Biasalah MPP kan. memang kena jaga budaklah jawapnya. 


Hari tu lupa mau mesej bapa bagitau yang saya sudah balik. Nasib baik sudah minta maaf. huhu. Saya sekarang kena urus masa dengan baik. Tapi akhir akhir ni kuat tidoq lerr. Aduii. Siang pi beli barang (cewahh) kemas bilik (amboii) entah apa lagi saya buat ohh yaaa saya belum potong dan jahit kain raya saya lagi. alamakk. Malas mau jalan pi rumah auntie saya. Nantilah sms dulu dia tanya siapa semua di rumah dia. Bukan apa saya tidak berapa selesa dengan suami dia. Huhu. Ada 3 kain mau jahit. Tapi of course lah baju saya dulu saya jahit. Baju kakak i belakang ceritalah. Kalau sempat jahit kalau tidak minta maaf sajalah haha.  Malam ajar budak darjah 6. Ada budak yang darab pun masih lemah memang susah mau tolong. Kena jumpa yang pakar/cikgu lah kalau begitu. Saya sekarang ni cuma tolong budak budak ni refresh balik apa yang dorang sudah belajar di sekolah. Kalau mau ajar dari basic payah sikitlah. Saya sudah warning awal awal tahun dulu masa ajar dorang. Pastikan nanti saya balik kamu sudah pandai! haha awal awal sudah warning. Bila tanya budak budak ni 'kamu ada ka buku buku latihan/ramalan UPSR/past year punya soalan'. Semua cakap tiada. Dalam hati saya cakap 'nanti anak saya nanti saya akan belikan buku latihan setiap tahun untuk setiap subjek'. 


Masa kecik kecik pun bapa saya memang belikan buku latihan untuk kami. So malam malam ada kerja mau buat esok pagi hantar buku sama bapa sendiri untuk diperiksa. Kalau banyak salah kena cubit kalau banyak betul dapat 50sen hahahaha. Rindu betul masa budak budak dulu. Sebelum tido berbaris dulu hafal sifir depan bapa. Haha Tapi saya pun akui saya ni garang gila ajar budak budak ni. Siap cubit cubit lagi. Kalau 5 x 0 pun masih terkebil kebil mau jawap memang buleh tinggi darah juga oo. Adoii. haha. Bukan apa sebagai penduduk kampung ini, saya rasa geram bila graf UPSR murid murid semakin menurun. So apa salahnya saya tolong dorang kuatkan ingatan dorang kan. Tapi kalau dorang ni hanya berharap kepada kelas saya ni memang tidak mencukupilah. Kalau saya ada anak nanti Insya Allah akan hantar ke tuisyen. Insya Allah. Sebagai ibu bapa kita kena sedar kebolehan/kemampuan anak anak kita kan. 


Kalau kita tau dia lemah subjek itu ini kenalah usaha lebih sikit. Kalau mau kata tiada duit sangat tapi rokok hari hari boleh beli pula. Buku latihan yang RM3 saja pun susah mau belikan untuk anak. Tapi saya faham kalau itu adalah keluarga yang susah. Sebab itulah saya ajar secara free tidak minta apa apa bayaran sebab saya faham kemampuan mereka. Lagipun saya bukannya cikgu pun. Student nurse lagi. Hurm. Begitulah sepatutnya, kenalah bagi perhatian sikit pada anak anak. Bukan sikit tapi banyak. Orang belum kawen pun boleh fikir kot. hurm. Tidak apalah saya tolong setakat mampu. Saya tau dorang pandai cuma perlu banyak latihan lagilah. 

Ahh banyak cakap pula hari ini. Membebel saja keja. Hehe oklah off buat seketika. Tata wassalam~

28 August 2011

27 Ramadhan 1432H : Hang Out~



Assalamualaikum. Ya semalam gua berjalan-jalan dengan rakan-rakan di KK mencuci mata. hehe. Lama tidak bertemu, maka bertemulah kami. Kami berbuka posa bersama juga. Hehehe. Dan akhirnya saya sampai di rumah yakni Keningau pada jam 11.30pm. Keningau - KK 2jam setengah tau. ^^

23 August 2011

24 Ramadhan 1432H : Dia Datang




Assalamualaikum. Sudah masuk 24 Ramadhan kan. Alhamdulillah. Tapi saya sedih. Sebab tulah. Hmm Sepatutnya start 27hb,

21 August 2011

19 Ramadhan 1432H : Dia yang berusia 21 tahun

*entri lambat post

Assalamualaikum. Wah sudah masuk Lailatul Qadar kan. Selamat menambahkan lagi ibadah ya! ^^. Pada 19 haribulan yang lepas bersamaan dengan hari Jumaat, macam biasa solat Jumaat wajib ada di kampung. Rumah saya seblah surau saja, so memang dengar dengan jelaslah khutbah Jumaat tu. Masa khatib membacakan khutbah, terasa macam kenal suara itu. Suara yang selalu azan di surau kampung. Wah kalau memang dia yang baca khutbah tu memang saya rasa hebatlah dia. Bukan apa dia muda setahun daripada saya, yakni 21 tahun dan sudah boleh membaca khutbah dan imam solat Jumaat. Kira hebatlah tu.

14 August 2011

14 Ramadhan 1432H : Ku tunggu Jandamu



Assalamualaikum. Puasa? Good boi (tiba-tiba). Haha. Di sepanjang Ramadhan setakat ini, kemalasan meng'update' blog semakin menguasai diri. Busy sikit-sikit juga. Sikit sajalah. Yang banyaknya malas. Haha. Tidaklah. Sibuk melayan budak-budak belajar serta main mercun bersama. Haha. Mercun biasa sajalah. Bukan yang gila-gila membunuh punya mercun. Kalau ada pun pandai-pandailah buang jauh-jauh bila bakar. Kadang-kadang rasa hairan juga bila tengok berita pasal mercun ni. Budak budak yang main mercun ni takkanlah tidak tau mercun tu perlu dibuang jauh-jauh selepas di bakar atau perlu berlari selaju mungkin selepas membakar mercun (haha). Selalu begitulah cara kami main mercun. Bakar terus lari. Memang cari nahaslah kalau bakar mercun lepas tu genggam mercun tu. konfemlah hilang 2 3 jari. Apoo da~

06 August 2011

6 Ramadhan 1432H


Assalamualaikum. Rasa macam sudah lama tidak update. Tidak apa. Bukan ada orang kesah pun. Kehkehkeh. Ya mungkin sebab malas, mungkin sebab busy, mungkin bila nanti kita akan bertemu lagi. Eh silap. Ternyanyi pula. Haha. Mau tau, saya sedang sibuk berjualan di petang hari tau. Hehehhe. Saya dengan mama saya. Kami jual air cincau bandung dan burger. Tapi burger lebih mendapat sambutan berbanding air. Hehe. Sepupu saya pun ada berjual sebelah kami. Best lah juga. Lama sudah tidak jual burger. 

01 August 2011

1 Ramadhan 1432H



Assalamualaikum. Sudah lama rasanya tidak memicit-micit keyboard di blog ini. hehehe. Bukan apa. Busy ajar adik-adik UPSR. Cewah, dengar macam ramai saja ajar budak-budak padahal 3 orang saja pun tambah 2 orang tahun 5. haha. 3 orang saja pun susah mau jaga tau. Selalu kena tarik telinga budak-budak tu. hehehe. Ya saya memang garang dengan budak budak lelaki. UPSR pun tinggal sebulan lebih lagi. Matematik yang paling yakin saya mengajar. Haha. sebab yang lain subjek kena tengok buku teks dorg lagi. Tidak juga boring kalau ada budak-budak. Boleh marah-marah. Haha Nakal dorang ni. Kalau ramai sangat nanti tidak boleh fokus pula sama yang lemah dalam subjek subjek ni. Bila sikit saja student rasa senang sikit mau ajar dan fokus. Yalah daripada saya sibuk bising-bising tentang hal-hal politik yang tidak akan pernah habis, baik saya majukan bangsa saya kan? ^^

16 August 2010

HADITH PALSU: Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan...

Assalammu'alaikum

Sila hentikan penyebaran hadis palsu berikut!

Hadis yang disebarkan berbunyi begini:

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
- Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
- Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

" Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

*****Hadis ini telah dipalsukan buktinya diterangkan dibawah*****

RIWAYAT YANG ASAL (HADIS SAHIH)

آمين، فلما ارتقى الدّرجَة الثالثة قال: آمين، فلما نزل، قلن: يا رسولَ الله لقَدْ سمعنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئاً ما كُنَّا نَسْمَعُه! قال: إن جِبْريلَ عليه السلام عَرضَ لِي فقال: بَعُدَ منْ أدرَكَ رمَضَانَ فَلِمْ يُغْفَرْلَهُ قلت: آمين، فلما رقيت الثانية قال: بَعُدَ منْ ذكرت عنده فلم يصلّ عَلَيْكَ فقلت آمين، فلما رقيت الثالثة قال: بَعُدَ مَنْ أَدرَكَ أبويهِ الكبر عنده أو أَحَدَهُمَا فلم يُدْخِلاَهُ الْجنَّةَ قلْتُ: آمين

Maksud hadis:

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab: “Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)]

Sesiapa yang terlibat menyebarkan hadis palsu ini silalah hentikannya ia adalah kerana.....

Dalil Pertama

Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka.

[ Hadis Sahih (Mutawattir): Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadis no – 109 (Kitab al-Ilm, Bab dosa berdusta keatas Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam). Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no – 3 dan 4 (Muqaddimah - Bab berdusta keatas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam).]

Dalil Kedua

Barangsiapa yang menceritakan dariku satu hadis yang ia sangka, sesungguhnya hadis tersebut dusta/palsu, maka ia termasuk salah seorang dari para pendusta.

[ Hadis Sahih: Dikeluarkan Muslim, Ibnu Majah, Tirmidzi, Ahmad. Lihat Muqaddimah Sahih Muslim. Lihat juga Musnad Ahmad (Hadis Daripada Samuroh Bin Jundud radhiallahu ‘anh) dengan lafaz yang sedikit berbeza.]

Semoga kita dapat keberkatan dalam menghentikan penyebaran hadith yang dipalsukan.

Wallahu'alam...

Moga bermanfaat.

Sumber
1] Hadith no3: http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=6849&highlight=hadith+dhaif+sekitar+ramadhan
2] http://www.al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=1077/highlight=puasa.html
p/s : got this info from my fren...anem radz..hmm ada jgak ya hadis palsu bgini..baru i tau..:)..btw..thanx to anem for sharing da info..(^^)..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...