Showing posts with label hari hari yang berlalu~~. Show all posts
Showing posts with label hari hari yang berlalu~~. Show all posts

26 January 2013

Praktikal Sem 7: Minggu ke-3

Masa : 7am -2pm
Tempat: GICU HKL
Tarikh: 10-14 Dis 2012


Asssalamualaikum. Sebenarnya post ini sudah ditulis sejak tahun lepas lagi tapi baru di edit semula pada tahun ini. Hehehe. Sudah masuk praktikal lagi (lepas exam) baru mau update. apalaa. hehehe. okay okay. Kali ini saya dan kawan kawan ditempatkan di General ICU pula. Dan sebenarnyaa. saya sudah ingat ingat lupa apa yang berlaku pada minggu tersebut. haha. Lama tinggal lupa sudahh. Nasib baiklah ada salin patient history/case.

Pada hari pertama di sana (10 dis) saya jaga patient yang diagnose sebagai infective acute gastroenteritis cover for atypical pneumonia. Kiranya ada jangkitan pada dia punya perut dan usus dan juga dia  punya paru paru. Mungkin ada kaitan juga kedua dua penyakit ni sebab tengok anatomy kita punya system badan, dua system ni berdekatan dan melalu satu lorong yang sama sebelum terpisah kpd larynx (ke paru paru) and esophagus (ke stomach). Tapi ini hanyalah mengikut logik akal nunui joe sahaja ya. haha. Malas bah mau search. hehehehe


Patient ni orang India yang memang asal India so memang tidak fahamlah melayu or english. Kalau cakap india tu fahamlah. Kalau tidak silap dia ni di restraint sebab dia mau cabut tube di mulut dia. Erm kalau saya tidak silaplah. Dan seperti biasa nursing care yang dilakukan ialah taking ABG, suctioning tru ETT, feeding, give medication, IV therapy, taking blood sample etc. Banyak sebenarnya lagi kerja kerja nurse di ICU nih. Nasib baik fokus pada satu patient saja. Medication calculation for IV medication memang saya blur blur lagi. mau kena fikir dalammm dalammm baru dapat catch up. Next day pun saya jaga dia tidak silap ka cuti 11 Dis tu??. Ahh semuanya tidak silap belaka. Al-maklumlah umur semakin meningkat, memori semakin terbejat. amboii hehe


Next patient saya jaga di diagnose sebagai Squamous Cell Carcinoma (SCC) di bahagian mulutnya. Squamous cell ni ialah sel yang kebanyakkannya ada pada sel badan kita termasuklah di mulut, esofagus dll. SCC ni berlaku apabila squamous cell kita membahagi secara tidak terkawal dan tidak normal dan menjadi cancer. Maka tehasillah bentuk bentuk seperti gambar di bawah. Yang patient ni memang teruk cancer dia sampai gusi dia berlubang dengan bawah mulut (dekat dagu) sekalilah. Dagu dia memang bengkak. Pesakit ni juga sedang menjalani chemo dan radiotherapy for the SCC treatment. Bila baca history patient ini dia ada penyakit berkaitan jantung, NYHA type II, pernah buat angioplasty dll. Erm rumit juga ya kehidupan dia. Bersyukurlah kita yang sehingga hari ini masih bernafas dan hidup sihat.  Dan nursing care nya seperti yang di atas ya adik adik. haha



Next patient ni dia masuk hospital disebabkan jatuh dari pokok rambutan 3 hari lepas tu baru pi hospital itu pun lepas rasa sakit di bahagian abdomen. Dan mungkin disebabkan dia jatuh dari pokok itu dia mengalami rupture infected pseudocyst di appendic dia. Pseudocyst adalah sesuatu yang seperti cyst tapi bukan cyst. Pseudo = pura pura. Cyst tu pula ialah sejenis ketulan/benjolan yang dalamnya macam ada fluid/cecair. Ermm kamu fahamkah apa yang saya cakap ni? Sorry saya tidak pandai explain sebenarnya huhu. Pseudocyst itu mungkin muncul di bahagian appendix dia dan telah pecah menyebabkan jangkitan lah pada bahagian itu. So operation telah dilakukan untuk membuang appendix yang ada pseudocyst. Sebab itu kalau kamu jatuh rasa sakitt sangat di bahagian abdomen ka tulang ka cepat cepat pi hospital ya.

pseudocyst di pancreas
Keesokan harinya saya pun menjaga seorang patient yang di diagnose sebagai polytrauma due to accident. Dia ada 7 jenis tulang yang patah itu pun belum termasuk berapa tulang rusuk yang patah. Memang sedih tengok. Family dia datang asyik menangis baca yasin dekat dia. Tapi alhamdulillah dalam masa beberapa hari tu dia sudah boleh buka matalah. Dan seperti biasalah nursing care nya. hehehhe

Add caption

Itu saja untuk minggu ini. Saya tidak sabar mau update untuk minggu ke 5 sebenarnyaa iaitu minggu ini lah (21-25Jan 2013) hehehe. okeh. layan hindustan. Hehe Wassalam.

28 December 2012

Praktikal Sem 7 : Minggu 2

Masa: 2pm - 9pm
Tempat : Neuro ICU
Tarikh: 3 - 7 Dis 2012

Assalamualaikum. Sekarang ni study week. Paper satu saja so rilek rilek dulu. Praktikal baru habis kemarin. Penat masih bersisa. Cewah hehe. okay straight to the point. Minggu ke 2 kami ditempatkan di Neuro ICU. Tapi cuma 3 hari sajalah due to kecelaruan jadual. Cis. Sem ni praktikal banyak benda terjadi. Malas mau kenang semula. ok ok. 


Case 1
Pada hari pertama di Neuro ICU, saya jaga patient yang diagnose nya post Bifrontal Decompression Craniotomy & Bifrontal contusion. Bifrontal Decompression Craniotomy ialah sejenis operation done by physician yang mana kita buka dia punya tengkorak dan otak untuk buang darah/hemorrhage dalam otak pesakit bergantung pada lokasi pendarahanlah (temporal/parietal/occipital/frontal). Bila ada bleeding dalam otak kita, it will compress our brain as well as reduce oxygen supply to our brain. So memang kena operate dan buang darah tulah.


Kalau tengok dia punya jahitan di kepala memang besar jugaklah Dr bukak kepala dia. Mula mula ngeri jugak tengok, lama lama sudah biasa. Pesakit ni berumur 63 tahun dan mendapat bifrontal contusion  ini sebab dia jatuh dari tangga. Pastu kawan dia balik rumah tengok pesakit ni sudah terbaring dan darah memang banyak atas lantai terus hantar pi hospital. Nursing care macam biasa serve ubat, suctioning, hemodynamic monitoring, neurological assessment, feeding, sponging, inform Dr itu ini dan macam macam lagilah.


Case 2 
Pesakit diagnose sebagai Right Middle Cerebral Artery (MCA) Territory Infarct, Right Decompressive Craniectomy & Extension Fascioduraplasty. Pesakit berumur 28 tahun kalau tidak silap. Memang ada sejarah Diabetic, Hypertension, Chronic kidney Disease (3 sekawan). Dan dia memang ada heart disease. Kesian rasa bila tengok pesakit yang muda muda ada darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung ni. Pesakit masuk hospital sebab dia sakit kepala di bahagian belakang kepala, muntah muntah, lemah dan pengsan. Bawa pi hospital dalam beberapa hari sudah terlantar tidak sedarkan diri. Biasanya pesakit yang ada masalah pada sebelah kanan otaknya, effect pada badannya adalah pada sebelah kiri. Contohnya pesakit ni sebelah kanan otak dia yang terjejas kan so sebelah kiri tangan dan kaki dia lemah (masa mula mula masuk).


 Ini semua disebabkan oleh tindakan Decussation of Pyramids dalam otak kita.  Bila cek anak mata pesakit sebelah kanan cuma 8mm - maksudnya sangat dilate/mengembang dan biasanya ini adalah anak mata orang yang sudah mati. Tapi saya tidaklah kata pesakit ni sudah mati atau tidak. Mungkin lumpuh separuh badan atau entahlahh huhu. Saya tidak pasti action of Decussation of Pyramids tu memberi effect kepada anak mata kita atau tidak sebab saya malas mau cari/baca. Banyak sangat. Haha. Kalau ada sesiapa tahu bagitau lah saya ya. hehehe. Anak mata sebelah kiri pesakit ialah 3mm -. '-' maksudnya tiada reaction pada anak mata. kalau '+' sluggish reaction, kalau '++' maksudnya reaction anak mata berubah cepat apabila disuluh. Staff nurse ajar saya. Terima Kasih! (^^). Dan macam biasa nursing care sama seperti di atas. :)


Dan pada keesokan harinya saya masih jaga patient di atas. Dia sebenarnya telah di label sebagai DIL aka Dangerous in List. Kesian jugaklah sebab masih muda. Dan saya pun terfikir mati tidak mengenal usia. Muda ka tua mati tetap akan datang. Bukan saya mau kata pesakit ni akan mati. TIdak. Cuma sudah berkali kali tengok pesakit muda terlantar di hospital meninggal dsb. Hurm. Bagus juga kerja nurse ni. Boleh mengingatkan kita tentang mati itu sentiasa dekat dengan kita. ya.. Ok lah itu saja. Wassalam.

16 December 2012

Praktikal Sem 7: Minggu 1

Masa: 7am - 2pm
Tarikh: 29 & 30 Nov 2012
Tempat: Resp Lab & GICU HKL

Assalamualaikum dan salam sejahtera awak awak sekalian (beh). Hehe. Harap semua sihat dan gemuk sentiasa haha. Saya sedang buat assignment sebenarnya ni cuma bosan buat assignment, update lah sekejap blog yang telah lama bersarang ini. Huurmm. Okeh berbalik kepada tajuk di atas iaitu Praktikal Sem 7: Minggu 1 bermula pada 29 Nov 2012. Sebenarnya praktikal kami start 26hb tapi CI dan lecturer ada workshop so kena tundalah 3 hari tapi wajib diganti jugaklah. Ya begitulah. So pada hari khamis saya dan partner saya (sama macam sem lepas juga) ditempatkan di Respiratory Lab. DI sana kerja kami ialah round ward awal pagi tu ambil barang barang ventilator yang sudah tidak diguna untuk upacara pembersihan dan pensterilan (amboii upacara gitu). Saya bersyukur sangat dapat Respt Lab pada hari pertama praktikal.

kalah tulisan Dr you haha

 Saya tidak ada persediaan pun p praktikal sem ni. Main masuk saja. Sem ni pun buka buku cuma apabila dalam kelas dan apabila mau test saja. Tapi kalau study InshaaAllah study betul betul lah. heheh Saya kerja part time tau sem ni. heheheheh. Bukan apa, selain daripada cari duit lebih, untuk mengisi masa lapang juga. Paper pun ada 1 saja sem ni. Cewah padahal mau urus dan siapkan all the things about research memang membunuh jiwa lah. fuhh. Duduk Respt Lab memang rest habislah. Jam 10 tu sudah siap kerja pensterilan bolehlah buka buku jap. Padahal bercerita dengan kawan pasal ekonomi politik business dunia dan sebagainya. Lagak bagai orang tua saja. Saya perasan kadang kadang bercerita dengan lelaki ada beza dengan bercerita dengan wanita. hehehehe. Kalau mau tau lebih lanjut bolehlah hubungi saya di talian 999 (puiiihh). hahaha

11 January 2012

Sepanjang Perjalanan ini~

Dulu..
asal ada fesyen baru, selalu saja mau ikut
bak kata orang 'up to date'
selendang lilit 4x pun mau ikut
Tudung pun jarang-jarang, nampak leher lagi
Selempang tudung, nampaklah bentuk dada
Kadang kadang tidak pakai anak tudung
nampaklah juga bayangan rambut di sebalik tudung jarang
Bila fikir dalam dalam
hati saya bertanya 'Apa guna saya pakai tudung kalau
segala rambut, dada, leher orang tetap boleh tengok'
Baik free hair saja. kan?

Dulu..
kalau berpakaian suka pakai yang baju adik adik punya
sendat, ketat, dan yang sewaktu dengannya
cuma saya pastikan dia mesti cover punggung
Warna striking of course bukan pilihan saya
Tapi tidak suka bila orang tengok bila kita pakai macam tu
Bila fikir balik, kenapa perlu marah orang lain
bila kita sendiri yang pakai macam tu. kan?

01 January 2012

Perbualan di Ambang 1 January 2012..



Kawan : Noi, kalau kau ada anak nanti, kau bagi anak kau minum susu apa?
nui : Minum susu badanlah.
Kawan : Kalau tiada susu macam mana? Manatau tidak keluar susu.
Nui : terpaksalah beli susu tin.
Kawan : Ada tips dia tu kalau air susu tidak keluar.
*kami gelak~


But then tips yang kawan saya bagi tu mungkin ada benarnya. Ya satu perbualan yang pelik di awal tahun 2012. Hahah. Nanti bila sudah dewasa sikit baru saya bagitau apa tips nya ya. Tidak mengandungi unsur unsur yang tidak baik pun. (^^). 

Alhamdulillah sudah 23 tahun. err actually 22 tahun 2 bulan ;D. Alhamdulillah masih bernafas. Mungkin ini tahun terakhir kita bersama. Who knows right? ^^, Semoga 2012 lebih baik dari 2011. Insya Allah. AHLAN WASAHLAN YA 2012. Kullu am, Wa antum Bikhair~ (^___^)/


03 December 2011

Praktikal sem5 Minggu 1

Tarikh : 29 - 2 dis 2011
tempat : Hospt. *****ang, Emergency Department
masa : 7am - 2pm

Assalamualaikum. Wahh. mau tau kami sudah start praktikal. Maka bermulalah hidup yang perlu bangun dari jam 3.45am lagi. Hehehe. Sebab van dari rumah sewa ke kampus gerak jam 4.30. Bus UiTM ke hospital pula dalam jam 5 lebih gitu. Awalkan. Sampai hospital solat, pastu masuk hospital. Balik jam 2pm. Masa hari isnin kan cuti, so kami start praktikal mula hari selasa minggu ni. Tapi selasa tu cuma briefing pasal orientasi hospital tu, peraturan peraturan dsb. Rabu tu masuk di bahagina emergency department aka kecemasan. Mula mula dulu cuak juga bila dapat tau masuk ED minggu pertama. Rasa macam WAW~ sebab situ kan macam krtiikal dan mau cepat saja. Saya di bahagian yellow zone. Yellow zone ni tempat pesakit yang tidak berapa kritikal cuma bila bila masa boleh bertukar jadi kritikal. Macam patient tinggi atau rendah sangat tekanan darah, demam panas, allergic sangat dsb. Dr biasanya ramai di sinilah. Di sini tidaklah busy sangat. Balik balik kerja kami cuma ambil ECG patient. Hehehe. Dengan susun barang-barang dalam locker.

 


black and yellow! :D

02 November 2011

@ LCCT Sepang


Assalamualaikum. Hai semua. Saya ada berita baik untuk kamu semuaaa. Saya balik Sabah hari ini!! Hahah. Sebenarnya berita ini cuma baik untuk saya bukan untuk kamu. Haha. Cuti 10 hari. Baliklah sekejap. Kalau kena support, saya on saja. Hehehhe. Dan seperti kebiasaannya, saya balik sorang-sorang. hehehe. Saya jarang balik dengan kawan kawan. Mungkin sebab masing-masing beli tiket sendiri kan. So tarikh pun lain lain. Tapi sekarang ni, kawan kawan Sabah yang lain tidak balik. Kalau balik untuk cuti semester, biasanya saya akan beli tiket awal awal pagi, supaua sampai awal di Sabah. Tapi terpaksalah bermalam di airport. Jadi sorang-sorang di airpot tu memang sudah menjadi lumrah. Hehehhe. Meh saya bagi kamu tips-tips apabila bermalam atau berseorangan di airport. hehehe Antaranya ialah :

29 October 2011

Acrophobia = Fobia pada ketinggian



Assalamualaikum kawan kawan. Hari ini merupakan hari yang tenang dan nyaman. Kerana saya tinggal seorang diri di rumah. Housemate pi Perak, ada program perkampungan bersama orang Asli di Gerik. Mula-mula mau join juga, tapi bila fikir-fikir, mesti penat gila. Minggu lepas baru pi kuantan, kalau minggu ni pi perak, bukankah itu penat namanya. So i pun tidak pi lah. Bagi kat kawan kawan lain. hehehehe

18 October 2011

Lawak & Malu!



Assalamualaikum. Tadi petang tempat kamu hujankah? hehehe. Sini hujan sangatlah lebat. Habis kasut menakung air. haha. Nasib ada bawak payung. hehehe. (so what? apa kaitan dengan lawak?). Macam ni, tadi pagi saya sms lah kawan seperjuangan mendesign poster itu untuk tanya pendapat dia pasal poster tu. Tidaklah awal sangat. Saya cakap " salam u dah bangun ka? cek msj fb naa". Lepas tu di tengah hari itu, kawan tu sms semula "awak ni sapa?" Saya ingat dia pura pura tidak kenal tau. So saya pun dengan nakalnya berpura pura juga dengan dia sambil berkata "sampai hati u tak kenal i. Mana semua janji janji manis mu dulu???" hahahaha. Saya suruh kawan sebelah yang taip sebenarnya. Tangan penuh time tu. Dan kawan saya reply balik "sorry ya saya tak kenal awak. awak ni umur berapa?". hahaha. Time ni rasa lain macam sudah. Sebab takkanlah kawan sekelas saya mau gurau begini lama dengan saya. 

10 October 2011

BeautifulNara & His Wife~





So sweet~
(^____^)
Kalau suami saya buat macam ni.
Memang saya cinta habislah sama dia.
Haha.
once again, SO SWEET~
^^,

08 October 2011

Wanita itu Makhluk Kompleks~



Assalamualaikum. Selamat hari sabtu semua. Hari ini dapat rilek sikit di rumah berbanding minggu lepas. So, dapatlah kemas kemas bilik dan rumah sikit. Lipat kain yang sudah gemuk terkumpul. haha. Ok fine. Bercakap tentang wanita yang kompleks ini, membuatkan saya selalu berfikir dan membuat perbandingan antara lelaki dan perempuan. Saya selalu bandingkan antara saya dan abang saya. Terutama sekali bila kami jalan beli barang bersama. Haha. So inilah yang saya dapat tengok.

07 October 2011

Tahajjud Cinta



Kenapa saya rasa bengong lepas tengok Tahajjud Cinta ni ya?
Entahlah~
Seolah-olah Melayu ini tidak tahu syariat Islam itu bagaimana.
Apa pandangan non Muslim bila tengok macam tu.
Buat orang memandang serong pada seseorang ustaz itu.
Media Massa memberi impak yang besar pada penonton tau!
Cubalah buat filem yang mampu memberi pengajaran baik kepada masyarakat.
Balik balik buat filem hantu, gaduh, jerit sana sini. 
Patutlah tidak boleh pergi jauh filem Malaysia ni.
Macam mana mau sokong filem sendiri kalau kualitinya pun tahap cikai punya
lol! 
Entahlah~
Malas mau cakap banyak.
ahh kenapa pula saya emosi tengok drama ni?
Padahal baru 1 2x tengok. Haha. Menyampah bah sebenarnya.
ok fine! Malas mau tengok sudah.
duh~


P/s : Jangan menjual agamamu untuk kepentingan dunia!

06 October 2011

UNTUKMU SAHABATKU~


Sebagai seorang SAHABAT, saya menyayangi kamu. Saya ingin ukhuwah yang terjalin ini 

tidak hanya di dunia, malah berterusan hingga ke Akhirat. Tertawa riang di saat kegembiraan 

dirasa. Bersama menyapu air mata di kala duka menyapa. Namun, terkadang diri terasa lemah

 di saat membiarkan kamu terus lena dibuai SYURGA DUNIA. Saya tahu, saya bukan 

SAHABAT terbaik kamu. Dulu kita juga pernah lalui SYURGA DUNIA itu bersama. Tapi 

sampai bila? Syurga dunia tidak kekal sahabatku. Akhiratlah pengakhiran kita. Marilah 

bersama mengejar akhirat bersama SAHABATKU~ Kerana kamu SAHABAT TERBAIK saya.






Deep from my heart 

AGM & DINNER NUSA 2011



Assalamualaikum. Ya seperti yang beta katakan dulu, kami ada buat dinner kan. So inilah dia situasi situasi yang menggemabirakan pada saat itu. Tapi tidak tau pula kalau ada yang bersedih. Ehh macam terasa pula. Haha. Tempatnya di Dewan Meru, Meru. Dinner bermula pada jam 8.30 pm habis dalam jam10.45 gituh. Awallah kiranya. Sebab kami expect akan habis dalam jam11.30pm. Hehehe. Malas mau cakap banyak. Just enjoy the show lah ya. hehehehhe.

03 October 2011

Research Methodology



Assalamualaikum. Minggu ini beta agak sibuk ya. Bukan apa, persatuan course kami iaitu NUSA (Nursing  Student Association ... Ah lupa apa nama panjang dia. Betullah tu kot. Heheheh. Jadi ketua ajk jemputan sibuk duk invite invite lecturer dan CI. Balik balik naik atas bilik mereka untuk cakap pasal jemputan. Dengan menjadi penolong bendahari kelas lagi. Terlari sana sini mau print dan fotostat notes. Boleh kurus saya kalau macam ni. Haha. Tambah lagi menyandang jawatan baru sebagai Setiausaha Agung (title macam hebatkan. hehehe) NUSA. Tidak dapat ku bayangkan bagaimana sibuk menjadi setiausaha. Insya Allah Boleh punya~

HS220 08/09





saya suka ini
(^^)

28 September 2011

Ku tunggu Duda mu..



Dia sudah kawen.
.....
tidak apa.
ku tunggu Duda mu.
Barakallah~
(^^)



27 September 2011

Astraphobia = Fear of Thunder & Light



Assalamualaikum. Apa khabar hari ini? Saya pening pening sikit sebab termakan tom yam yang sangat pedas. Well tidaklah pedas sangat cuma saya bukan jenis yang tahan pedas. hehe. Ditambah pula dengan semburan fogging di kawasan apartment kami laaagi lah pening dan sesak nafas. Dengar dengar ada 8 kes denggi berlaku di kawasan kami. Wah~ Terkejut beta~

26 September 2011

Biasiswa Tajaan JPA



Assalamualaikum. Budak budak tajaan JPA sekarang mungkin sedang bergembira dengan duit RM4k lebih dari JPA kan? Atau mungkin RM5k - RM6k lebih campur dengan tambang flight RM500 untuk budak semenanjung ke Sabah dan sebaliknya RM300 bagi budak Sabah ke Semenanjung. Kaya doh~ Tapi tolak yuran pengajian ribu riban, akhirnya duit semakin susut ya adik? Haha. Budak UiTM juga yang paling untung sebab yuran pengajian tidak sampai pun RM500. Untuk course kami lah.  Hehehe Paling utung budak medik UiTM lah. woh~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...