Showing posts with label A student nurse's journal... Show all posts
Showing posts with label A student nurse's journal... Show all posts

26 January 2013

Praktikal Sem 7: Minggu ke-3

Masa : 7am -2pm
Tempat: GICU HKL
Tarikh: 10-14 Dis 2012


Asssalamualaikum. Sebenarnya post ini sudah ditulis sejak tahun lepas lagi tapi baru di edit semula pada tahun ini. Hehehe. Sudah masuk praktikal lagi (lepas exam) baru mau update. apalaa. hehehe. okay okay. Kali ini saya dan kawan kawan ditempatkan di General ICU pula. Dan sebenarnyaa. saya sudah ingat ingat lupa apa yang berlaku pada minggu tersebut. haha. Lama tinggal lupa sudahh. Nasib baiklah ada salin patient history/case.

Pada hari pertama di sana (10 dis) saya jaga patient yang diagnose sebagai infective acute gastroenteritis cover for atypical pneumonia. Kiranya ada jangkitan pada dia punya perut dan usus dan juga dia  punya paru paru. Mungkin ada kaitan juga kedua dua penyakit ni sebab tengok anatomy kita punya system badan, dua system ni berdekatan dan melalu satu lorong yang sama sebelum terpisah kpd larynx (ke paru paru) and esophagus (ke stomach). Tapi ini hanyalah mengikut logik akal nunui joe sahaja ya. haha. Malas bah mau search. hehehehe


Patient ni orang India yang memang asal India so memang tidak fahamlah melayu or english. Kalau cakap india tu fahamlah. Kalau tidak silap dia ni di restraint sebab dia mau cabut tube di mulut dia. Erm kalau saya tidak silaplah. Dan seperti biasa nursing care yang dilakukan ialah taking ABG, suctioning tru ETT, feeding, give medication, IV therapy, taking blood sample etc. Banyak sebenarnya lagi kerja kerja nurse di ICU nih. Nasib baik fokus pada satu patient saja. Medication calculation for IV medication memang saya blur blur lagi. mau kena fikir dalammm dalammm baru dapat catch up. Next day pun saya jaga dia tidak silap ka cuti 11 Dis tu??. Ahh semuanya tidak silap belaka. Al-maklumlah umur semakin meningkat, memori semakin terbejat. amboii hehe


Next patient saya jaga di diagnose sebagai Squamous Cell Carcinoma (SCC) di bahagian mulutnya. Squamous cell ni ialah sel yang kebanyakkannya ada pada sel badan kita termasuklah di mulut, esofagus dll. SCC ni berlaku apabila squamous cell kita membahagi secara tidak terkawal dan tidak normal dan menjadi cancer. Maka tehasillah bentuk bentuk seperti gambar di bawah. Yang patient ni memang teruk cancer dia sampai gusi dia berlubang dengan bawah mulut (dekat dagu) sekalilah. Dagu dia memang bengkak. Pesakit ni juga sedang menjalani chemo dan radiotherapy for the SCC treatment. Bila baca history patient ini dia ada penyakit berkaitan jantung, NYHA type II, pernah buat angioplasty dll. Erm rumit juga ya kehidupan dia. Bersyukurlah kita yang sehingga hari ini masih bernafas dan hidup sihat.  Dan nursing care nya seperti yang di atas ya adik adik. haha



Next patient ni dia masuk hospital disebabkan jatuh dari pokok rambutan 3 hari lepas tu baru pi hospital itu pun lepas rasa sakit di bahagian abdomen. Dan mungkin disebabkan dia jatuh dari pokok itu dia mengalami rupture infected pseudocyst di appendic dia. Pseudocyst adalah sesuatu yang seperti cyst tapi bukan cyst. Pseudo = pura pura. Cyst tu pula ialah sejenis ketulan/benjolan yang dalamnya macam ada fluid/cecair. Ermm kamu fahamkah apa yang saya cakap ni? Sorry saya tidak pandai explain sebenarnya huhu. Pseudocyst itu mungkin muncul di bahagian appendix dia dan telah pecah menyebabkan jangkitan lah pada bahagian itu. So operation telah dilakukan untuk membuang appendix yang ada pseudocyst. Sebab itu kalau kamu jatuh rasa sakitt sangat di bahagian abdomen ka tulang ka cepat cepat pi hospital ya.

pseudocyst di pancreas
Keesokan harinya saya pun menjaga seorang patient yang di diagnose sebagai polytrauma due to accident. Dia ada 7 jenis tulang yang patah itu pun belum termasuk berapa tulang rusuk yang patah. Memang sedih tengok. Family dia datang asyik menangis baca yasin dekat dia. Tapi alhamdulillah dalam masa beberapa hari tu dia sudah boleh buka matalah. Dan seperti biasalah nursing care nya. hehehhe

Add caption

Itu saja untuk minggu ini. Saya tidak sabar mau update untuk minggu ke 5 sebenarnyaa iaitu minggu ini lah (21-25Jan 2013) hehehe. okeh. layan hindustan. Hehe Wassalam.

28 December 2012

Praktikal Sem 7 : Minggu 2

Masa: 2pm - 9pm
Tempat : Neuro ICU
Tarikh: 3 - 7 Dis 2012

Assalamualaikum. Sekarang ni study week. Paper satu saja so rilek rilek dulu. Praktikal baru habis kemarin. Penat masih bersisa. Cewah hehe. okay straight to the point. Minggu ke 2 kami ditempatkan di Neuro ICU. Tapi cuma 3 hari sajalah due to kecelaruan jadual. Cis. Sem ni praktikal banyak benda terjadi. Malas mau kenang semula. ok ok. 


Case 1
Pada hari pertama di Neuro ICU, saya jaga patient yang diagnose nya post Bifrontal Decompression Craniotomy & Bifrontal contusion. Bifrontal Decompression Craniotomy ialah sejenis operation done by physician yang mana kita buka dia punya tengkorak dan otak untuk buang darah/hemorrhage dalam otak pesakit bergantung pada lokasi pendarahanlah (temporal/parietal/occipital/frontal). Bila ada bleeding dalam otak kita, it will compress our brain as well as reduce oxygen supply to our brain. So memang kena operate dan buang darah tulah.


Kalau tengok dia punya jahitan di kepala memang besar jugaklah Dr bukak kepala dia. Mula mula ngeri jugak tengok, lama lama sudah biasa. Pesakit ni berumur 63 tahun dan mendapat bifrontal contusion  ini sebab dia jatuh dari tangga. Pastu kawan dia balik rumah tengok pesakit ni sudah terbaring dan darah memang banyak atas lantai terus hantar pi hospital. Nursing care macam biasa serve ubat, suctioning, hemodynamic monitoring, neurological assessment, feeding, sponging, inform Dr itu ini dan macam macam lagilah.


Case 2 
Pesakit diagnose sebagai Right Middle Cerebral Artery (MCA) Territory Infarct, Right Decompressive Craniectomy & Extension Fascioduraplasty. Pesakit berumur 28 tahun kalau tidak silap. Memang ada sejarah Diabetic, Hypertension, Chronic kidney Disease (3 sekawan). Dan dia memang ada heart disease. Kesian rasa bila tengok pesakit yang muda muda ada darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung ni. Pesakit masuk hospital sebab dia sakit kepala di bahagian belakang kepala, muntah muntah, lemah dan pengsan. Bawa pi hospital dalam beberapa hari sudah terlantar tidak sedarkan diri. Biasanya pesakit yang ada masalah pada sebelah kanan otaknya, effect pada badannya adalah pada sebelah kiri. Contohnya pesakit ni sebelah kanan otak dia yang terjejas kan so sebelah kiri tangan dan kaki dia lemah (masa mula mula masuk).


 Ini semua disebabkan oleh tindakan Decussation of Pyramids dalam otak kita.  Bila cek anak mata pesakit sebelah kanan cuma 8mm - maksudnya sangat dilate/mengembang dan biasanya ini adalah anak mata orang yang sudah mati. Tapi saya tidaklah kata pesakit ni sudah mati atau tidak. Mungkin lumpuh separuh badan atau entahlahh huhu. Saya tidak pasti action of Decussation of Pyramids tu memberi effect kepada anak mata kita atau tidak sebab saya malas mau cari/baca. Banyak sangat. Haha. Kalau ada sesiapa tahu bagitau lah saya ya. hehehe. Anak mata sebelah kiri pesakit ialah 3mm -. '-' maksudnya tiada reaction pada anak mata. kalau '+' sluggish reaction, kalau '++' maksudnya reaction anak mata berubah cepat apabila disuluh. Staff nurse ajar saya. Terima Kasih! (^^). Dan macam biasa nursing care sama seperti di atas. :)


Dan pada keesokan harinya saya masih jaga patient di atas. Dia sebenarnya telah di label sebagai DIL aka Dangerous in List. Kesian jugaklah sebab masih muda. Dan saya pun terfikir mati tidak mengenal usia. Muda ka tua mati tetap akan datang. Bukan saya mau kata pesakit ni akan mati. TIdak. Cuma sudah berkali kali tengok pesakit muda terlantar di hospital meninggal dsb. Hurm. Bagus juga kerja nurse ni. Boleh mengingatkan kita tentang mati itu sentiasa dekat dengan kita. ya.. Ok lah itu saja. Wassalam.

16 December 2012

Praktikal Sem 7: Minggu 1

Masa: 7am - 2pm
Tarikh: 29 & 30 Nov 2012
Tempat: Resp Lab & GICU HKL

Assalamualaikum dan salam sejahtera awak awak sekalian (beh). Hehe. Harap semua sihat dan gemuk sentiasa haha. Saya sedang buat assignment sebenarnya ni cuma bosan buat assignment, update lah sekejap blog yang telah lama bersarang ini. Huurmm. Okeh berbalik kepada tajuk di atas iaitu Praktikal Sem 7: Minggu 1 bermula pada 29 Nov 2012. Sebenarnya praktikal kami start 26hb tapi CI dan lecturer ada workshop so kena tundalah 3 hari tapi wajib diganti jugaklah. Ya begitulah. So pada hari khamis saya dan partner saya (sama macam sem lepas juga) ditempatkan di Respiratory Lab. DI sana kerja kami ialah round ward awal pagi tu ambil barang barang ventilator yang sudah tidak diguna untuk upacara pembersihan dan pensterilan (amboii upacara gitu). Saya bersyukur sangat dapat Respt Lab pada hari pertama praktikal.

kalah tulisan Dr you haha

 Saya tidak ada persediaan pun p praktikal sem ni. Main masuk saja. Sem ni pun buka buku cuma apabila dalam kelas dan apabila mau test saja. Tapi kalau study InshaaAllah study betul betul lah. heheh Saya kerja part time tau sem ni. heheheheh. Bukan apa, selain daripada cari duit lebih, untuk mengisi masa lapang juga. Paper pun ada 1 saja sem ni. Cewah padahal mau urus dan siapkan all the things about research memang membunuh jiwa lah. fuhh. Duduk Respt Lab memang rest habislah. Jam 10 tu sudah siap kerja pensterilan bolehlah buka buku jap. Padahal bercerita dengan kawan pasal ekonomi politik business dunia dan sebagainya. Lagak bagai orang tua saja. Saya perasan kadang kadang bercerita dengan lelaki ada beza dengan bercerita dengan wanita. hehehehe. Kalau mau tau lebih lanjut bolehlah hubungi saya di talian 999 (puiiihh). hahaha

28 July 2012

Praktikal Sem 6 : Minggu ke 6 (2)

Tempat : ICU HKL
Tarikh : 23 -27 Julai 2012
Masa : 7am - 2pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera di ucapkan kepada hadirin hadirat sekalian (haha). okay minggu ini merupakan minggu terakhir kami praktikal. Rasa bahagiaaa sangat. Hari tu sudah cerita sikit masa hari Isnin dan Selasa kan. So hari Rabu pula saya ditempatkan di wad ICU lagi. Saya tagging dengan staff nurse lagilah. Staff nurse dia baik. Patient ni sorang pelancong, masa pi melancong tu dia batuk batuk muntah muntah. Masuk emergency terus masuk wad. Tiba tiba pula sesak nafas terus masuk ICU lah intubate terus. Berlaku secara cepat dan mengejut tau. Ini membuatkan saya berfikir, kita ni susah/sakit/mati tidak dijangka. Dalam masa beberapa hari saja sudah terlentang dalam wad dengan wayar wayar segala. Padahal sebelum tu sihat gelak ketawa sama sama lagi. hurm. Insaf buat seketika... 


Wife dia pun ada datang melawat pastu tabur tabur sesuatu dekat patient tu. mungkin adat or kepercayaan dorang lah kot. Time ni tidak banyak kerja saya buat. CUma belajar close suctioning method dari staff nurse tu. :D. Gembira gembira. Aiseh padahal kawan kawan i dah terer buat close suction tu. hihihi


Hari khamis pula saya ditempatkan di bilik Isolation, pesakit ada Tibi so kena isolate lah. Masa datang tu terus terus busy sebab patient mau pi opertation dekat perut dia tidak silap sebab dia balik balik berak berdarah (melena stool) memang detect ada sesuatu berlaku dalam perut dia tulah (yang tu boleh tanya Dr lah selanjutnya haha).

faktor penyebab melena stool 


 Staff nurse tu pun busy jugak. Adik tolong dilute ubat. Adik tolong ambil darah dan ABG, tolong serve ubat kat patient. Wahh memang busy tahap gaban lah jam 7.30 tu. Sebab jam 8 dia mau hantar p operation. Tapi of course lah saya tidak termampu buat laju laju. hihi.  So kena cepatlah. Kena tukar mesin ventilator kepada portable ventilator, oxygen tank kena bawak, blood bag, hemodynamic mesin lagi. Waduhh agak busy ya. ishh3. Tapi lepas hantar tu rileklah sampai jam 1.30 ptg. Sementara rilek rilek tu saya pi lah katil sebelah tolong staff nurse buat kerja apa yang patut. Bosan kalau tidak buat kerja tau. Asyik tertunggu tunggu masa balik saja kalau tiada kerja mau buat. Kalau busy best sebab tidak sedar masa berlalu. Sedar sedar sudah jam 2 pm boleh balikkk. Hehehe. Jam 1.30 pun begitulah juga busynya macam hantar patient pi operation. BUat itu ini dan akhirnya saya pun baliik jam 2.15. Staff nurse suh pulang haha. 


Hari Jumaat pula saya di tempatkan di katil patient yang ada Lymphoma dan dia pun pernah juga buat chemotherapy tapi bukan di hkl lah. Lymphoma dia di bahagian left chest sampai ke neck tidak silap. Lung dia pun collapse sebelah kiri. Sebelah kanan saja boleh guna. Yang seronoknya dapat hantar patient buat CT scan hehehehe. Patient ni pun sebenarnya tidak banyak procedure perlu dibuat. Saya cuma tolong tolong biasa saja. Tidak ada yang luar biasalah yang berlaku. hehehe. itu sajalah rasanya sepanjang 1 minggu duduk ICU. Seronok sangat! Insya Allah praktikal sem depan pun di HKL juga :D. Wassalam

patient with lymphoma (contoh)

 
CT scan

P/s : Jom balik Kampung!!! (^____________^)/. Panjang umur jumpa bulan septemberrr..

24 July 2012

Praktikal Sem 6 : Minggu ke 6 (1)

Minggu ke-6 (ISNIN & SELASA)

Assalamualaikum. Hari ini rajin sikit mau update. Ya minggu ke 6 ni saya dan 3 orang kawan di tempatkan di  general ICU selama seminggu. Bila masuk ICU, banyak kes Motor Vehicle Accident which is kemalangan jalan raya. Pesakit masuk wad dengan besi, dengan patah tangannya, tidak sedar, pendarahan. Patutlah masa jumaat lepas tu kereta ambulans mau 3 4 kali berbunyi. Rupanya banyak kemalangan di area area KL ni. BIla tengok family datang, usap kepala anak dia kita rasa sayu tengok. Kalau pi melawat selalu staff nurse duk jauh jauh sikit kan, buat buat busy sikit. cewah. Tapi sebenarnya sebak tau kalau tengok lama lama. Sebab tulah staff nurse duk jauh jauh kalau time melawat. hehe

Ok pada hari Isnin semalam, saya jaga seorang pesakit yang agak berumur dalam 50++ gitu. Dia stabil sudah, cuma mau pindah wad saja. Dia ceritalah dulu dia study di UiTM Jalan Othman (tempat kami study dulu). Kalau tidak silap tu UiTM 1st. Dia cerita dia pi keja di Iraq, kalau cakap dengan Dr dia speaking you.  Dia cakap dengan saya dia mau jumpa dengan isteri dia, dia mau cakap sesuatu sambil dia nangis. Alamak saya pun rasa serba salah time tu sebab masa tu bukan waktu melawat. So saya cakaplah nanti waktu melawat dia datang. DIa pun diam. Sambil sambil jaga pesakit yang stabil tu saya jagalah juga pesakit yang duduk depan kami. Oh ya sebenarnya student nurse kalau duk ICU dia kena tagging dengan staff nurse tau. Maknanya dia akan tolong staff nurse buat kerja sambil belajar dan praktis la kiranya. :)

Sambil jaga patient saya, saya tolong juga staff nurse seblah saya tu buat kerja. Pesakit dia restless, asyik gerak saja kerja dia pun accident jugalah. Mau tarik tiub dalam mulutlah, mau bangunlah. Last last Dr suruh extubate saja. Sedang tolong tolong staff nurse untuk extubate tu tiba tiba staff nurse suh extubate patient. Staff nurse tu tolong suction. Wah terkejut I. Rasa dihargai pula buat seketika. Maka saya pun cabut tiub dari mulut patient dan staff nurse terus buat suction dekat patient lah. lepas extubate masih lagi restless. Patient pun warga asing so susah mau faham apa dia mau sebenarnya. Oleh kerana dia tetap restless walaupun sudah extubate, maka Dr bagi dia sedation untuk bagi dia rest.


Hari selasa pula iaitu hari inilah, saya ditempatkan di ICU lagi. Tagging dengan staff nurse yang banyak mengajar saya. Dapat patient yang accident juga. Agak teruklah juga keadaannya. Pendarahan/luka di hati, sedikit lebam di bahagian kepala maksudnya ada bleeding sikitlah di kepala, tangan dan kaki patah tidak silap dan ada lagi lain diagnosenya. Bila tengok pesakit ini saya teringat diri saya masa accident dulu. Lebih kurang macam inilah keadaan saya dulu cuma tiada patah patahlah, just sikit retak di bahagian tulang pipi. Mata dia pun ada jahitan, saya dulu pun ada jugak, hati dia bleeding saya pun bleeding juga. Hampir samalah keadaan kami. Insya Allah dia akan selamat. 

gambar hiasan

Cuma keadaan dia lagi kritikal kot sebab tadi masa aspirate untuk bagi feeding (susu), keluar darah yang warna hitam bukan fresh blood lah. SO kena withold dulu feeding. Buat suction secretion di ETT tube pun blood stained juga. Memang agak banyak internal bleeding lah juga pesakit ni. Pesakit ini sebenarnya tengah tunggu operation saja lagi ni. Kalau tidak silap operation hati macam saya dlu jugak. Kot lah. Saya ambil ABG patient, tolong transfuse blood (platelet), tengok Dr buat blood C&S, dan macam macam lagilah. Cewah bajet busy pulak. haha. Tidaklah busy sangat, sampai ada masa lagi mau rehat pi library sekejap. hehehe. Cuma apa yang menyentuh hati saya ialah dalam masa 7 am - 2pm tu ada 4 kematian berlaku. Troli keranda untuk mayat tu balik balik lalu. Hurm gerun hati saya. Terdetik di hati saya "mungkinkah esok hari saya pula?" hurmm. Ia satu perasaan yang hampa bila kita tidak mampu selamatkan pesakit kita. Yalah kita berusaha Allah yang tentukan. Sudah sampai masa dia untuk pergi just let it go sajalah. Cuma itulah sayu bila kita dengar saudara mara tersedu sedu. Ada sorang yang meninggal tu mak dia usap kepala arwah anak dia sambil berkata 'Mak sayang kamu, mak halalkan makan minum kamu.' Kawan saya yang cerita. Sebak dada tau. hurm pesakit depan saya pun meninggal juga, keluarga dia sempat bacakan Yasin. Pesakit belakang saya pun meninggal juga. hurm.


Sekadar itu sajalah yang dapat dikongsi pada hari ini. esok kena bangun awal. Wassalam

P/s : Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un......

21 July 2012

Praktikal Sem 6 : Minggu ke 4 & 5

Minggu ke - 4 ( 11 - 14 Jun 2012)

Salam. Sudah sebulan berlalu baru mau update pasal praktikal minggu ke 4. Hoho. Busy bah. Aiseh padahal malas. Hurm sebenarnya minggu ke 4 ni tidak banyak perkara menarik berlaku. Sebab kebanyakkannya minggu ini banyak dengar Sister buat presentation/ajar kami (student). Time ni mood untuk praktikal agak menurun sebab semua pun sibuk kejar cross. Cerita pasal cross ni, agak menyesakkan jiwa jugaklah. Bukan apa, peraturan baru menyatakan bahawa, sesiapa yang tidak mencapai 80% daripada cross yang dikehendaki maka tidak akan dapat sit for exam. Siapa tidak sakit jiwa kalau begitu. Baru tu cross yang ada 58 gitu. 80% maksudnya 40 % above lah gitu dalam masa 4 minggu. Fuhh, sakit jiwa jugaklah. Hurm biarlah tu, ia sudah berlalu. :D:D:D

Dan kebanyakan perkara yang berlaku di hospital adalah sama seperti yang minggu minggu praktikal yang lepas. ;D


Minggu ke 5 (16 - 20 Julai 2012)

Hari isnin tu saya duk di ICU jaga patient yang intubated with ETT. Patient ni agak restless. Asyik mau cabut  ETT saja padahal sudah kena ikat tangan. Lagi satu saya tidak faham apa yang dia mau. Satu sebab dia intubated so dia tidak bolehlah bercakap. Satu lagi sebab dia warga asing. So memang susah mau faham apa dia cakap. Huhu. Hari selasa pula saya di CRW = Cardiac Rehabilitation Ward. Ward ini untuk patient yang sudah stabil sikitlah kiranya. Ada yang sudah boleh jalanm, bercakap dsb. Cuma yang menarik perhatian saya ialah seorang lelaki awal 30-an yang di diagnose sebagai anterior septal Myocardial Infarction aka sakit jantunglah kiranya. Bila tengok badan dia tidak gemuk, so saya rasa dia ni sakit jantung mungkin sebab kuat merokok. Mungkinlah. hehe.


Hari rabu saya di APS aka acute pain service. Sini saya belajar sesuatu yang baru. Oleh kerana Dr ada meeting, maka cuma saya dan staff nurse sajalah yang round patient yang under pain service. Ramai jugaklah patient nya. Staff nurse ajar cara untuk document pasal benda ni dan cara-cara berkomunikasi dengan patient. Tanya tahap kesakitan sewaktu rehat dan bergerak, tengok berapa banyak patient guna ubat tahan sakit melalui ubat yang di supply. Bestlah jugak. Dan saya dapat tengok staff nurse cabut epidural catheter dari tulang belakang pesakit. Which make my eyes a little bigger. haha. Bila tengok pesakit, relax saja muka dia, tidak sakit lah tu kot masa cabut tiub kecik tu. huhu


Hari Khamis dan jumaat pula saya dan kawan saya kerja di bahagian Anesthesia Clinic. Tempat ini adalah tempat di mana Dr akan tanya pesakit tentang current health pesakit sebelum menjalani operationlah. Ada allergic ka tidak, ubat ubat apa yang sedang di ambil. Most patient yang datang ada tinggi tekanan darah (hypertension), diabetic (kencing manis). So kenalah jaga kesihatan dari awal ya kawan kawan. Kadang kadang kita ni makan apa saja yang kita suka. Mungkin ada yang nampak kesan dia cepat, tapi biasanya di masa tua kita dia akan effect lagi teruk sampai kena makan ubat untuk control darah tinggi. Hari hari pula tu kena makan ubat. Stress tau hari hari makan ubat. huhu. 

So minggu ini begitu sajalah cerita saya semasa praktikal. Minggu depan last pastu balik kampooong :D. okbai Wassalam~

P/s : pendatang asing kolej. haha


06 July 2012

Praktikal Sem6 : MInggu 3



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia! (eh??) haha. Ok ok untuk pengetahuan anda semua kami telah habis exam. Tapi ada OSCE lagilah. Sebenarnya saya tidak suka OSCE. erm tapi apa boleh buat, kena jugalah laluinya kan. Ok ok mau cerita pasal praktikal minggu ketiga hari tu. Lama sudah sebenarnya. Awal bulan lepas lagi saya pun ingat ingat lupa sudah apa yang berlaku time tu. Kami ditempatkan di Cardiac Care Unit (CCU). Saya dan 3 orang kawan.


Lebih kurang begitulah keadaan pesakit di CCU. Cuma lebih teratur seikitlah. Dengan monitor monitornya. Sejukkkk sangat suhu di sana. Macam duduk luar negara saja. Meremang remang bulu roma duk sana. Haha. Ada satu kejadian kecemasan berlaku di mana satu patient yang baru transfer masuk wad tu tiba tiba dapat SUpraventricular Tachycardia (SVT). Pulse dia 150 lebih. Fuh agak cemas jugaklah masa tu. Dengan Sister, staff nurse, HO dan tidak lupa juga kehadiran kami as student nurses (haha). Kami tolong buatlah ECG. Saya tolonglah juga kan tapi saya tidak tahu guna mesin canggih kuasa5 tu. Yalah setiap hospital saya masuk, mesin ECG berbagai bagai saya jumpa. TIdak sama you. Lagipun semalamnya tu saya tidak hadir praktikal (ada hal bro) masa kawan kawan study pasal ecg tu. Then HO tu kata "itu pun awak tidak tahu guna ka?" Panas jugak hati. Mau saja saya cakap " Kalau Dr tau sangat, buatlah sendiri. Jangan suruh nurse or student". Jahatkan saya. Tapi saya tidaklah cakap macam tu. Hehehhehe. 



So HO tu suh bagi ubat Adenosine fast bolus tapi Sister masa tu suh bagi Defibrillator terus. Sebanyak 6, 12, 12ml kiranya 3 kali bagilah dekat patient tu. Tapi keadaan masih sama.Then barulah HO tu suh bagi Defib. Selalu tengok dekat TV saja sebelum ni. Bila tengok real dala tv, alah tidak sama sangat pun. Dalam tv tu tipu saja. Konon bila ecg dia asystol (muncul garis panjang yg kata 'tuuuuuuuuuutttt) baru mau Bagi Defib. Tipu saja tu kata staff nurse lah hehehhe. Kami semua keliling patient tu. ada seorang MO buat Defib under supervision by Dr pakar sorang tu. Sebelum bagi defib tu Dr tu kata "everyone ready, i'm ready'. Pastu dia bagilah Defib yang macam gambar di atas tula. Teruja kami tengok. Waw. Macam ni rupanya bagi Defib. hehehhe. 


Erm itu sajalah perkara paling berharga semasa di sana. Eh jap ada sorang patient tu. Paciklah kiranya, tua sudah. Kami borak borak dengan dia. Tanya asal mana, kenapa masuk hospital dan macam mcam lah. Dia pun tanya tanya kami jugalah. Asal mana bla bla bla. Tiba tiba dia kata nanti pacik kenalkan anak dengan cucu pacik kalau dia melawat pacik. DIa keja cikgu gaji dia gini gini bla bla bla. Kitorang gelak gelak sajalah. Haha. Bukan apa, sekejap lagi dia cakap lain dengan kawan kawan saya yg lain. Orang tua, kita fahamlah nyanyuk sikit. Hehhehe. erm itu sajalah. Staff nurse dan Sister dia terbaik!! TIba tiba staff nurse suh saya buat report, pass report. Waahh gugup jugaklah time tu. Tapi tidak apa cuba!! :D:D:D. ok Wassalam~

P.s : minggu ke 4 nanti I update naa~ ^^,


24 June 2012

Nurse's Day @ UiTM Puncak Alam 2012

Assalamualaikum. Dengan kelajuan nmenaip sebabnyak 200patah perkataan/minit (amboi) saya dengan ini membuat satu entry baru di minggu minggu exam ini hehehehe. Pada 15 Jun yang lepas, pihak kami telah menganjurkan satu program yang bertajuk Sambutan Hari Kejururawatan Peringkat UiTM Puncak Alam 2012. Pada waktu siangnya, kami ada ceramah dulu more about nursing etc lah. Dan ada juga sedikit game. Bestlah juga. 







Pada waktu malam pula, kami ada dinner. Mula-mula saya tidak pi dinner tau. tapi atas sebab sebab tertentu yang mengharukan hati, saya pi lah jugak. Huehue. Di hotel Premier Klang. Sesat jugalah masa pi tu. Haha. Sampai di hotel rasa best dan lapar. haha. Yeahhh dengan tema Desa Tercinta. :)













Tahniah buat adik adik yang bertungkus lumus. :D. Best! ok. mau sambung study. Wassalam.

P/s : Tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk menegur telah saya lakukan. Terpulang pada anda sama ada mahu mengamalkannya atau tidak. Saya tiada kuasa untuk memaksa kamu. Ingat! apa yang saya kata itu adalah dari Islam sendiri. Kalau kamu menyalahkan apa yang saya kata, bermakna kamu menyalahkan Islam. So pandai pandailah fikir naa. harap harap ada yang faham.. =)


02 June 2012

Praktikal 6 : Minggu ke-2

Tempat : HKL
Masa ; 7am -2pm
Tarikh : 28/5-1/6

Assalamualaikum. Ya kami masih lagi praktikal. Minggu ni erm saya rasa agak 'dull' sikit situasinya. Bukan apa. Erm tapi ok jugalah. Hari Isnin, banyak benda saya boleh buat bila masuk general ICU. Boleh assist Dr. buat extubation. Cuak jugaklah. Saya cuma assist untuk buat suction dekat patientlah. Sekali lagi saya dapat bekerja dengan staff nurse yang sangat supporting. Macam macam dia ajar saya. Dilute ubat, cara recording parameters tentang patient dll. Seronok!


27 May 2012

Praktikal Sem6 : Minggu 1


Tempat : Hospital Kuala Lumpur.
Masa : 7am - 2pm
Tarikh : 21- 25 Mei

culik gambar kawan sekejap haha

23 December 2011

Praktikal Sem5 Minggu4

Tempat : ---
Tarikh : 19-23 Dis 2011
Masa : 7 - 12pm


Assalamualaikum. Apa habaq kawang kawang sekaliang? Haha. Itu barulah namanya 1Malaysia. Tu belum masuk dialek Sabah, Sarawak, Kelantan dan yang lain-lain lagi. hehehe. Saya suka suka belajar bahasa orang lain. Padahal bahasa ibunda sendiri inda jua pandei-pandei. (-.-'). Okeh okeh. Praktikal minggu ni saya di tempatkan di bahagian anthropometry dan juga bilik makmal iaitu bilik tempat blood taking dan cek mata. Ruang Anthropometry tu sangat sangatlah busy. Baru tu mau panggil nama baby/budak pun kadang-kadang bukan terus datang. 3 4x panggil baru datang. Yalah ramai sangat orang kan tu yang orang tidak dengar bila kami jerit-jerit nama. heheh. Kadang ada nama yang panjang bergaya sangat (waww). Ruang anthropometry ni kita akan ukur panjang, berat, ukur lilit kepala dan dada. Geram tengok baby mulat mulat (haha). Kawan saya musaadah akan kira dia punya BMI dan mark dalam graf growth and development. hehehe

google

14 December 2011

Praktikal Sem5 Minggu ke 3

Tarikh : 13,14, 15 Dis 2011
Tempat : Poliklinik Komuniti Kelana Jaya
Masa : office hour


Assalamualaikum. Yap minggu lepas telah berakhirnya sesi praktikal di bahagian Emergency Department Hospt *****ang. Hehehe. Minggu ke 3 dan ke 4 ni pula kami tukar ke Poliklinik Komuniti Kelana Jaya, Selangor. Naik van dari UiTM jam6.30 gituh. Dalam setengah jam begitu sampailah kami di sana. Semalam mula-mula sampai tengok dah ramai patient berbaris. Bayangkan baru jam7 lebih pagi tu. Rasa macam WAWW~ Haha. Tapi CI suruh kami pi sarapan dulu di luar. Hehehe

07 December 2011

Praktikal Sem5 Minggu ke 2


Tempat : ED Hospt ******ang
masa : 7am-2pm
tarikh : 5 - 7Dis 2011

Assalamualaikum. Hurm apa kabar? Alorhh macam tiada mood saja saya ni. hehehe. Cepat marah ja saya kebelakangan ni. Biarlah abaikan~ Okeh, sepanjang3 hari ini, mula mula hari Isnin tu agak boring jugaklah. Saya diletakkan di fever centre lagi. Di sana tiba tiba rasa best pula. Saya belajar buat Blood taking. Waww, terus rasa macam 'Nakk lagi!' ahaha. Entahlah, macam addicted pula ambil darah orang ni. Kalau lelaki senang nampak urat dia, so senang mau cucuk dan ambil darah. Kalau perempuan susah sikit. Budak saya tidak ambillah. Nanti karang kena komplen pula. huhu. Alhamdulillah  setiap yang saya cucuk darah keluar. hehehe dapatlah juga experience dari CI kami. Hehehe.

Dan tadi saya minta kawan saya ambil darah saya then terus check darah, tengok platelet, WBC, RBC berapa semua. Bila cek cek banyak yang low. last last diagnostic Anemia Microcytosis Microcytes. Maknanya sel darah saya itu kecik dan pucat. Sedih ku tengok. Kena makan hatilah lepas ni. Mari saya makan hati kamu!! haha. Kurang Hemoglobin lagi makan ferrous fumarate lah. mungkin sebab hampir setiap sem saya derm darah kot, pastu lepas derma bukan makan ubat tambah darah. hihihi. Bila sudah camni baru mau makan ubat. haha. Tidaklah teruk sangat, cuma low saja. ;D. Tapi memang sudah jangka darah saya memang kurang. Tapak tangan pun selalu tidak cukup merah. Kawan kata 'jaundice kot' hahaha. ciss betuii ;D



google

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...