Assalamualaikum. Hari ini rajin sikit mau update. Ya minggu ke 6 ni saya dan 3 orang kawan di tempatkan di general ICU selama seminggu. Bila masuk ICU, banyak kes Motor Vehicle Accident which is kemalangan jalan raya. Pesakit masuk wad dengan besi, dengan patah tangannya, tidak sedar, pendarahan. Patutlah masa jumaat lepas tu kereta ambulans mau 3 4 kali berbunyi. Rupanya banyak kemalangan di area area KL ni. BIla tengok family datang, usap kepala anak dia kita rasa sayu tengok. Kalau pi melawat selalu staff nurse duk jauh jauh sikit kan, buat buat busy sikit. cewah. Tapi sebenarnya sebak tau kalau tengok lama lama. Sebab tulah staff nurse duk jauh jauh kalau time melawat. hehe
Ok pada hari Isnin semalam, saya jaga seorang pesakit yang agak berumur dalam 50++ gitu. Dia stabil sudah, cuma mau pindah wad saja. Dia ceritalah dulu dia study di UiTM Jalan Othman (tempat kami study dulu). Kalau tidak silap tu UiTM 1st. Dia cerita dia pi keja di Iraq, kalau cakap dengan Dr dia speaking you. Dia cakap dengan saya dia mau jumpa dengan isteri dia, dia mau cakap sesuatu sambil dia nangis. Alamak saya pun rasa serba salah time tu sebab masa tu bukan waktu melawat. So saya cakaplah nanti waktu melawat dia datang. DIa pun diam. Sambil sambil jaga pesakit yang stabil tu saya jagalah juga pesakit yang duduk depan kami. Oh ya sebenarnya student nurse kalau duk ICU dia kena tagging dengan staff nurse tau. Maknanya dia akan tolong staff nurse buat kerja sambil belajar dan praktis la kiranya. :)
Sambil jaga patient saya, saya tolong juga staff nurse seblah saya tu buat kerja. Pesakit dia restless, asyik gerak saja kerja dia pun accident jugalah. Mau tarik tiub dalam mulutlah, mau bangunlah. Last last Dr suruh extubate saja. Sedang tolong tolong staff nurse untuk extubate tu tiba tiba staff nurse suh extubate patient. Staff nurse tu tolong suction. Wah terkejut I. Rasa dihargai pula buat seketika. Maka saya pun cabut tiub dari mulut patient dan staff nurse terus buat suction dekat patient lah. lepas extubate masih lagi restless. Patient pun warga asing so susah mau faham apa dia mau sebenarnya. Oleh kerana dia tetap restless walaupun sudah extubate, maka Dr bagi dia sedation untuk bagi dia rest.
Hari selasa pula iaitu hari inilah, saya ditempatkan di ICU lagi. Tagging dengan staff nurse yang banyak mengajar saya. Dapat patient yang accident juga. Agak teruklah juga keadaannya. Pendarahan/luka di hati, sedikit lebam di bahagian kepala maksudnya ada bleeding sikitlah di kepala, tangan dan kaki patah tidak silap dan ada lagi lain diagnosenya. Bila tengok pesakit ini saya teringat diri saya masa accident dulu. Lebih kurang macam inilah keadaan saya dulu cuma tiada patah patahlah, just sikit retak di bahagian tulang pipi. Mata dia pun ada jahitan, saya dulu pun ada jugak, hati dia bleeding saya pun bleeding juga. Hampir samalah keadaan kami. Insya Allah dia akan selamat.
gambar hiasan
Cuma keadaan dia lagi kritikal kot sebab tadi masa aspirate untuk bagi feeding (susu), keluar darah yang warna hitam bukan fresh blood lah. SO kena withold dulu feeding. Buat suction secretion di ETT tube pun blood stained juga. Memang agak banyak internal bleeding lah juga pesakit ni. Pesakit ini sebenarnya tengah tunggu operation saja lagi ni. Kalau tidak silap operation hati macam saya dlu jugak. Kot lah. Saya ambil ABG patient, tolong transfuse blood (platelet), tengok Dr buat blood C&S, dan macam macam lagilah. Cewah bajet busy pulak. haha. Tidaklah busy sangat, sampai ada masa lagi mau rehat pi library sekejap. hehehe. Cuma apa yang menyentuh hati saya ialah dalam masa 7 am - 2pm tu ada 4 kematian berlaku. Troli keranda untuk mayat tu balik balik lalu. Hurm gerun hati saya. Terdetik di hati saya "mungkinkah esok hari saya pula?" hurmm. Ia satu perasaan yang hampa bila kita tidak mampu selamatkan pesakit kita. Yalah kita berusaha Allah yang tentukan. Sudah sampai masa dia untuk pergi just let it go sajalah. Cuma itulah sayu bila kita dengar saudara mara tersedu sedu. Ada sorang yang meninggal tu mak dia usap kepala arwah anak dia sambil berkata 'Mak sayang kamu, mak halalkan makan minum kamu.' Kawan saya yang cerita. Sebak dada tau. hurm pesakit depan saya pun meninggal juga, keluarga dia sempat bacakan Yasin. Pesakit belakang saya pun meninggal juga. hurm.
Sekadar itu sajalah yang dapat dikongsi pada hari ini. esok kena bangun awal. Wassalam
P/s : Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un......
.jpg)


No comments:
Post a Comment