Showing posts with label Budak2 Nursing. Show all posts
Showing posts with label Budak2 Nursing. Show all posts

16 December 2012

Praktikal Sem 7: Minggu 1

Masa: 7am - 2pm
Tarikh: 29 & 30 Nov 2012
Tempat: Resp Lab & GICU HKL

Assalamualaikum dan salam sejahtera awak awak sekalian (beh). Hehe. Harap semua sihat dan gemuk sentiasa haha. Saya sedang buat assignment sebenarnya ni cuma bosan buat assignment, update lah sekejap blog yang telah lama bersarang ini. Huurmm. Okeh berbalik kepada tajuk di atas iaitu Praktikal Sem 7: Minggu 1 bermula pada 29 Nov 2012. Sebenarnya praktikal kami start 26hb tapi CI dan lecturer ada workshop so kena tundalah 3 hari tapi wajib diganti jugaklah. Ya begitulah. So pada hari khamis saya dan partner saya (sama macam sem lepas juga) ditempatkan di Respiratory Lab. DI sana kerja kami ialah round ward awal pagi tu ambil barang barang ventilator yang sudah tidak diguna untuk upacara pembersihan dan pensterilan (amboii upacara gitu). Saya bersyukur sangat dapat Respt Lab pada hari pertama praktikal.

kalah tulisan Dr you haha

 Saya tidak ada persediaan pun p praktikal sem ni. Main masuk saja. Sem ni pun buka buku cuma apabila dalam kelas dan apabila mau test saja. Tapi kalau study InshaaAllah study betul betul lah. heheh Saya kerja part time tau sem ni. heheheheh. Bukan apa, selain daripada cari duit lebih, untuk mengisi masa lapang juga. Paper pun ada 1 saja sem ni. Cewah padahal mau urus dan siapkan all the things about research memang membunuh jiwa lah. fuhh. Duduk Respt Lab memang rest habislah. Jam 10 tu sudah siap kerja pensterilan bolehlah buka buku jap. Padahal bercerita dengan kawan pasal ekonomi politik business dunia dan sebagainya. Lagak bagai orang tua saja. Saya perasan kadang kadang bercerita dengan lelaki ada beza dengan bercerita dengan wanita. hehehehe. Kalau mau tau lebih lanjut bolehlah hubungi saya di talian 999 (puiiihh). hahaha

24 June 2012

Nurse's Day @ UiTM Puncak Alam 2012

Assalamualaikum. Dengan kelajuan nmenaip sebabnyak 200patah perkataan/minit (amboi) saya dengan ini membuat satu entry baru di minggu minggu exam ini hehehehe. Pada 15 Jun yang lepas, pihak kami telah menganjurkan satu program yang bertajuk Sambutan Hari Kejururawatan Peringkat UiTM Puncak Alam 2012. Pada waktu siangnya, kami ada ceramah dulu more about nursing etc lah. Dan ada juga sedikit game. Bestlah juga. 







Pada waktu malam pula, kami ada dinner. Mula-mula saya tidak pi dinner tau. tapi atas sebab sebab tertentu yang mengharukan hati, saya pi lah jugak. Huehue. Di hotel Premier Klang. Sesat jugalah masa pi tu. Haha. Sampai di hotel rasa best dan lapar. haha. Yeahhh dengan tema Desa Tercinta. :)













Tahniah buat adik adik yang bertungkus lumus. :D. Best! ok. mau sambung study. Wassalam.

P/s : Tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk menegur telah saya lakukan. Terpulang pada anda sama ada mahu mengamalkannya atau tidak. Saya tiada kuasa untuk memaksa kamu. Ingat! apa yang saya kata itu adalah dari Islam sendiri. Kalau kamu menyalahkan apa yang saya kata, bermakna kamu menyalahkan Islam. So pandai pandailah fikir naa. harap harap ada yang faham.. =)


03 December 2011

Praktikal sem5 Minggu 1

Tarikh : 29 - 2 dis 2011
tempat : Hospt. *****ang, Emergency Department
masa : 7am - 2pm

Assalamualaikum. Wahh. mau tau kami sudah start praktikal. Maka bermulalah hidup yang perlu bangun dari jam 3.45am lagi. Hehehe. Sebab van dari rumah sewa ke kampus gerak jam 4.30. Bus UiTM ke hospital pula dalam jam 5 lebih gitu. Awalkan. Sampai hospital solat, pastu masuk hospital. Balik jam 2pm. Masa hari isnin kan cuti, so kami start praktikal mula hari selasa minggu ni. Tapi selasa tu cuma briefing pasal orientasi hospital tu, peraturan peraturan dsb. Rabu tu masuk di bahagina emergency department aka kecemasan. Mula mula dulu cuak juga bila dapat tau masuk ED minggu pertama. Rasa macam WAW~ sebab situ kan macam krtiikal dan mau cepat saja. Saya di bahagian yellow zone. Yellow zone ni tempat pesakit yang tidak berapa kritikal cuma bila bila masa boleh bertukar jadi kritikal. Macam patient tinggi atau rendah sangat tekanan darah, demam panas, allergic sangat dsb. Dr biasanya ramai di sinilah. Di sini tidaklah busy sangat. Balik balik kerja kami cuma ambil ECG patient. Hehehe. Dengan susun barang-barang dalam locker.

 


black and yellow! :D

27 November 2011

Lawatan Sambil Belajar Ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti



Assalamualaikum.Wah lama sudah rasanya tidak post something selain tentang personal matter. Hehehe. Tiada masa bah bilang orang Sabah. haha.Okeh. Baru baru ini kami telah mengadakan Lawatan sambil belajar ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Pernah dengar tidak? Mula-mula saya dengar tajuk tu rasa macam blur sikit. Pemulihan macam mana ni? Bila sudah explain itu ini ok ok baru paham. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ini adalah tempat di mana khidmat memulih kanak-kanak istimewa contohnya yang mengidap Cerebral Palsy, Down Syndrome, Autism dan banyak lagi. Kanak-kanak yang susah mau bergaul pun ada juga di sini. Tapi masa kami datang tu, sikit saja budak, sebab cuti sekolah kan. Ramai yang balik kampung kata Cikgu Pah. hehehhe. ok layann~

Subhanallah~
Suka i pic ni

29 October 2011

2nd National Nursing Student Symposium 2011 @ UIA Kuantan, Pahang



Assalamualaikum. Seperti yang saya katakan sebelum ini, beberapa wakil dari UiTM Puncak Alam telah menghantar wakil untuk menyertai 2nd National Nursing Students Symposium @ UIA Kuantan, Pahang. Kami bertolak dari Puncak Alam lebih kurang jam 4 pagi (waw)pada 22 Okt 2011 bersamaan dengan hari sabtu  dan sampai di sana sekitar jam 8.30 am. Hehehe. Syok ah tidur sepanjang perjalanan. Sampai saja di sana, terus daftar dan masuk dewan kuliah.



06 October 2011

AGM & DINNER NUSA 2011



Assalamualaikum. Ya seperti yang beta katakan dulu, kami ada buat dinner kan. So inilah dia situasi situasi yang menggemabirakan pada saat itu. Tapi tidak tau pula kalau ada yang bersedih. Ehh macam terasa pula. Haha. Tempatnya di Dewan Meru, Meru. Dinner bermula pada jam 8.30 pm habis dalam jam10.45 gituh. Awallah kiranya. Sebab kami expect akan habis dalam jam11.30pm. Hehehe. Malas mau cakap banyak. Just enjoy the show lah ya. hehehehhe.

03 October 2011

Research Methodology



Assalamualaikum. Minggu ini beta agak sibuk ya. Bukan apa, persatuan course kami iaitu NUSA (Nursing  Student Association ... Ah lupa apa nama panjang dia. Betullah tu kot. Heheheh. Jadi ketua ajk jemputan sibuk duk invite invite lecturer dan CI. Balik balik naik atas bilik mereka untuk cakap pasal jemputan. Dengan menjadi penolong bendahari kelas lagi. Terlari sana sini mau print dan fotostat notes. Boleh kurus saya kalau macam ni. Haha. Tambah lagi menyandang jawatan baru sebagai Setiausaha Agung (title macam hebatkan. hehehe) NUSA. Tidak dapat ku bayangkan bagaimana sibuk menjadi setiausaha. Insya Allah Boleh punya~

HS220 08/09





saya suka ini
(^^)

29 May 2011

Kawan dipukau! Berhati-hati!!

Assalamualaikum. Semalam terkejut bila kawan kata mau pinjam broadband sebab ada masalah. Bila dia datang pi rumah baru dia cerita macam mana boleh berlaku.

18 May 2011

Sambutan Nurses Day di UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum. Hehe. Sebenarnya sambutan ini telah diadakan pada 16 Mei yang lepas bersamaan dengan Hari Guru. Semua yang terlibat sudah tentulah para pelajar Kejururawatan UiTM Puncak Alam serta para pensyarah dan tutor serta staff yang lain. Majlis bermula pada awal pagi ermm lebih kurang jam 9am. Kami di bagi makanan untuk breakfast dan chit chat jap sementara tunggu ucapan majlis perasmian. Heheh. Erm enjoy da pic ya~ :D


Majlis Perasmian

14 May 2011

Happy Nurse's Day!!

Assalamualaikum. Seperti yang kita tau, hari ini merupakan Hari Jururawat Sedunia. Saya sebagai student nurse pun inginlah juga berkongsi mengenai sejarah jururawat di persada Islam , Eropah serta Malaysia sendiri berdasarkan apa yang telah saya pelajari masa sem1 dahulu kala di tahun 2008. :)

Korean Nurse

27 March 2011

Ipoh Parade, Perak (^^)

Assalamualaikum. Wah~ Dari semalam hingga ke hari ini, kami tidak habis-habis berpoya-poya. haha. Hari ini pi   Ipoh Parade pulak. Hehehe. Pusing-pusing cuci mata dan tangkap barang sekeping dua cukuplah. Jimat cermat amalan mulia ya adik-adik. Haha. Kami ambil kereta sapu yang murah sama dan murah macam semalam. Heheh. RM10 dari Tg.Rambutan ke Ipoh. Murahkan. Uncle tuh pun baik. (^^)


21 March 2011

1st day @ Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Perak..

Assalamualaikum semua. Wahh sudah lama tidak update kan. Heheh. Sem ini agak busy dan huru hara sedikit. Hukhuk. Tapi tidak apa. Masih boleh ditanggung lagi. Walaupun kadang-kadang membuatkan jiwa kacau. Hehehe. Sekarang ini masuk minggu ke 11 pengajian kami. Tapi yang specialnya bagi course nursing ini ialah setiap sem kami akan dihantar posting ke hospital-hospital kerajaan di sekitar KL. Kuliah kami Cuma 10 minggu. Yep! Tapi berbeza pada sem ini yang mana kami dihantar posting ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Perak. Rasanya semua orang tahu kan ini hospital apa? Ia juga dikenali sebagai Hospital Tanjung Rambutan yang menempatkan pesakit-pesakit yang bermasalah mental atau jiwa.

Kelas kami (Degree Sem4) dibahagikan kepada 2 group dan saya dan kawan-kawan yang lain group 1 yang akan pergi ke HBUK. Kami memulakan perjalanan ke HBUK, Perak pada sekitar jam 4.30pm semalam bersamaan dengan hari ahad.





12 February 2011

Hand Washing Campaign at SK Puncak Alam 2..

Assalamualaikum semua. hehehe. Rasa macam lama tidak update blog panjang-panjang macam ini. Cewah. Oh ya entry ni agak panjang dan penuh dengan pic tau. So kalau rasa-rasa bosan dengan entry ini. Jangan baca ok. hehehe. Ok. Pada hari Khamis bersamaan dengan 10 Feb yang lepas, satu program telah dianjurkan oleh Kelas kami iaitu Degree Sem4, dengan kerjasama Kelas Degree Sem2. Program itu bertajuk Hand Washing Campaign yang bertempat di SK Puncak Alam 2. Seawal jam 7am kami sudah berkumpul di bustop UiTM Puncak Alam. Bertolak pada jam 7.30am.







09 February 2011

Mental Health Dan Hidupku...

Assalamualaikum. Oh ya. Tadi di kelas masa subjek Mental Health, kami Cuma buat presentation about Mental Health. History, etiology dan therapeutic communication. Saya tertarik dengan satu slide kawan saya yang mengatakan tentang chronology factors that lead to mental illness. Err tidak ingat sangat tajuk dia. Ingat yang word chronology saja. Hehe. Dia ada 3 susunan factors yang secara boleh lead to Mental Illness iaitu Precipitating factors, Predisposal Factors and Chronic Factors. Erm sebenarnya saya tidak ingat sangat apa yang nama factors yang dibincangkan tadi. Haha. Boleh pula macam tu padahal baru tadi siang bincang pasal ni. Hehehe.


28 January 2011

Poya poya sampai malam~

Salam semua. Mau tau hari ini dan esok kelas kami dibatalkan kerana lecturer ada bengkel. Erkk sekarang memanglah bahagia nanti last-last sendiri yang susah mau buat kelas ganti. Tapi oleh kerana dikurnikan sedikit masa untuk bergembira maka saya dan kawan-kawan pun pergilah berpoya-poya di KL sana. hehehehe. Bermula dari tunggu bus sampailah tertidur dalam bas masa balik kolej. hehehe

 

26 January 2011

6 more upcoming presentations~~

UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Rasa macam sudah lama tidak update entry harian macam ni. Cewah. Macamlah orang lain kisah kan? ahah. Biarlah~ Alhamdulillah setakat ini hidup masih berjalan lancar walaupun jadual agak padat dengan 7subjek dan 21 jam kredit untuk semester 4 ini. Sepatutnya semakin tinggi sem semakin sikitlah jam kredit kan? Tapi atas sebab-sebab tertentu jam kredit kami banyak semester ini. Sem depan tidak sure lagi.

23 January 2011

Hidup sebagai seorang student dan blogger.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. wah panjang punya~ Jangan lupa jawab k. hehehe. Saya rasa ramai di antara blogger berada dalam kalangan student kan? Tengok saja Blog Pilihan Malaysia. Punya banyak senarai pelajar IPTA, IPTS, Poli, dan banyak lagilah. hehehe. Jadi tidak dinafikanlah ramai blogger student. Saya pun salah satu daripadanya juga. Dengan jadual kelas yang agak padat kiranya. Mula jam8.30 habis jam 4.30. hampir setiap hari begitu. Tidak percaya?? Tengoklah jadual i sem ni. uhukss...


20 January 2011

Khas buat student yang study di negeri lain. (^^)

Assalamualaikum semua. Saya mau bagitau ni kepada student or siapa-siapa yang sedang berada di negeri lain dan ingin balik semula ke kampus pada bulan september nanti kan. Ada promosi tambang murah tau dari AirAsia. hehehe. Begini jadualnya

Booking Period : 17 January 2011 - 23 January 2011
Travel Period : 1 July 2011 - 30 September 2011


17 January 2011

Khas buat student UiTM!

Saya jumpa satu pengumuman dalam facebook tadi yang berbunyi :

"Salah satu agenda transformasi KPT adalah menganjak semester Julai ke September bagi program Ijazah. Bagi kemasukan Diploma pula semester Julai masih kekal di atas sebab-sebab tertentu. Semua IPTA terlibat.Perubahan ini akan berlaku mulai tahun 2011. Walau bagaimana pun UiTM telah memohon untuk menangguh sehingga tahun 2012 kerana kita menjalankan 2 kali intake dan perubahan besar ini adalah sangat rumit. Pihak KPT masih dalam pertimbangan dan kita sama-sama menanti keputusannya. Jika betul-betul anjakan berlaku bagi UiTM juga maka bagi pelajar ijazah, cuti akan menjadi 4 bulan sehingga sistem kemasukan diselaraskan."
Jadi... Macam mana ya? Kenapa tidak tangguh sampai 2013. Tunggulah saya graduate dulu. hehe. Gurau. Kalau cuti 4bulan maknanya kami yang ambil Ijazah ni akan lambatlah graduatelah kiranya? Ataupun sesi kuliah akan di padatkan dari 6 bulan menjadi 4 bulan. Sebab kalau semester mula September untuk habiskan satu sem maka akan habis January atau February lah gitu? Satu sem kan biasanya 5 atau 6 bulan begitu. Lagi-lagi kami yang praktikal tiap-tiap sem. wah! agak mencabar di situ ya. Apa-apa pun semoga keputusan akhirnya nanti menyenangkan hati para pelajar. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...