21 July 2012

Praktikal Sem 6 : Minggu ke 4 & 5

Minggu ke - 4 ( 11 - 14 Jun 2012)

Salam. Sudah sebulan berlalu baru mau update pasal praktikal minggu ke 4. Hoho. Busy bah. Aiseh padahal malas. Hurm sebenarnya minggu ke 4 ni tidak banyak perkara menarik berlaku. Sebab kebanyakkannya minggu ini banyak dengar Sister buat presentation/ajar kami (student). Time ni mood untuk praktikal agak menurun sebab semua pun sibuk kejar cross. Cerita pasal cross ni, agak menyesakkan jiwa jugaklah. Bukan apa, peraturan baru menyatakan bahawa, sesiapa yang tidak mencapai 80% daripada cross yang dikehendaki maka tidak akan dapat sit for exam. Siapa tidak sakit jiwa kalau begitu. Baru tu cross yang ada 58 gitu. 80% maksudnya 40 % above lah gitu dalam masa 4 minggu. Fuhh, sakit jiwa jugaklah. Hurm biarlah tu, ia sudah berlalu. :D:D:D

Dan kebanyakan perkara yang berlaku di hospital adalah sama seperti yang minggu minggu praktikal yang lepas. ;D


Minggu ke 5 (16 - 20 Julai 2012)

Hari isnin tu saya duk di ICU jaga patient yang intubated with ETT. Patient ni agak restless. Asyik mau cabut  ETT saja padahal sudah kena ikat tangan. Lagi satu saya tidak faham apa yang dia mau. Satu sebab dia intubated so dia tidak bolehlah bercakap. Satu lagi sebab dia warga asing. So memang susah mau faham apa dia cakap. Huhu. Hari selasa pula saya di CRW = Cardiac Rehabilitation Ward. Ward ini untuk patient yang sudah stabil sikitlah kiranya. Ada yang sudah boleh jalanm, bercakap dsb. Cuma yang menarik perhatian saya ialah seorang lelaki awal 30-an yang di diagnose sebagai anterior septal Myocardial Infarction aka sakit jantunglah kiranya. Bila tengok badan dia tidak gemuk, so saya rasa dia ni sakit jantung mungkin sebab kuat merokok. Mungkinlah. hehe.


Hari rabu saya di APS aka acute pain service. Sini saya belajar sesuatu yang baru. Oleh kerana Dr ada meeting, maka cuma saya dan staff nurse sajalah yang round patient yang under pain service. Ramai jugaklah patient nya. Staff nurse ajar cara untuk document pasal benda ni dan cara-cara berkomunikasi dengan patient. Tanya tahap kesakitan sewaktu rehat dan bergerak, tengok berapa banyak patient guna ubat tahan sakit melalui ubat yang di supply. Bestlah jugak. Dan saya dapat tengok staff nurse cabut epidural catheter dari tulang belakang pesakit. Which make my eyes a little bigger. haha. Bila tengok pesakit, relax saja muka dia, tidak sakit lah tu kot masa cabut tiub kecik tu. huhu


Hari Khamis dan jumaat pula saya dan kawan saya kerja di bahagian Anesthesia Clinic. Tempat ini adalah tempat di mana Dr akan tanya pesakit tentang current health pesakit sebelum menjalani operationlah. Ada allergic ka tidak, ubat ubat apa yang sedang di ambil. Most patient yang datang ada tinggi tekanan darah (hypertension), diabetic (kencing manis). So kenalah jaga kesihatan dari awal ya kawan kawan. Kadang kadang kita ni makan apa saja yang kita suka. Mungkin ada yang nampak kesan dia cepat, tapi biasanya di masa tua kita dia akan effect lagi teruk sampai kena makan ubat untuk control darah tinggi. Hari hari pula tu kena makan ubat. Stress tau hari hari makan ubat. huhu. 

So minggu ini begitu sajalah cerita saya semasa praktikal. Minggu depan last pastu balik kampooong :D. okbai Wassalam~

P/s : pendatang asing kolej. haha


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...