Assalamualaikum semua. Wahh sudah lama tidak update kan. Heheh. Sem ini agak busy dan huru hara sedikit. Hukhuk. Tapi tidak apa. Masih boleh ditanggung lagi. Walaupun kadang-kadang membuatkan jiwa kacau. Hehehe. Sekarang ini masuk minggu ke 11 pengajian kami. Tapi yang specialnya bagi course nursing ini ialah setiap sem kami akan dihantar posting ke hospital-hospital kerajaan di sekitar KL. Kuliah kami Cuma 10 minggu. Yep! Tapi berbeza pada sem ini yang mana kami dihantar posting ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Perak. Rasanya semua orang tahu kan ini hospital apa? Ia juga dikenali sebagai Hospital Tanjung Rambutan yang menempatkan pesakit-pesakit yang bermasalah mental atau jiwa.
Kelas kami (Degree Sem4) dibahagikan kepada 2 group dan saya dan kawan-kawan yang lain group 1 yang akan pergi ke HBUK. Kami memulakan perjalanan ke HBUK, Perak pada sekitar jam 4.30pm semalam bersamaan dengan hari ahad.
Alhamdulillah selamat sampai di rumah sewa pada jam 10.30pm begitu. Lambat juga sebab hujan kan. So, kenalah pandu secara berhemah. Tambah lagi sesat buat beberapa ketika semasa mencari HBUK ni. Hehehe. Sesampai saja di rumah sewa ini, bayar sewa, kemas barang, mandi dan iron baju prktikal, terus tido. Eh tambah tengok tv sekejap sampai jam 1lebih. Kihkih. Esok-esok bangun lambat pulak. Nasib baik sempat Subuh dan pi praktikal awal. HEhehe. Tapi saya kurang sihatlahh. Huhu. Hidung sangat-sangatlah tersumbat dan kadang-kadang terpaksa bernafas tru mulut saja. Sebab saya on medication sekarang ini untuk 3 minggu. Hmm Sabar sajalah. Mau sihatkan kenalah makan ubat kan? Jadi awal pagi jalan kaki ke HBUK dan kira-kira 15minit sampailah kami di HBUK. Jauh jugaklah. Dan kami dapati ada asrama dan sekolah training untuk budak budak Medical Assistant aka MA di sana. Wahh besar sekejap mata. Hahah.
| gambar keretapi lalu. haha |
Start jam 8.30 kami memulakan operasi orientation HBUK yang dikepalai oleh Staff Nurse HBUK. Tunjuk kami di mana cafĂ©, surau, segala wad-wad, muzium, wad pemulihan, dewan dan banyak lagi. HBUK ni sangatlah luas. Sakit kaki juga jalan siap berpeluh-peluh. Kami yang seramai 19 orang ini pun dibahagi kepada 3 kumpulan kecil dan saya merupakan kumpulan yang kedua. Kami yang kump 2 ni ditempatkan di wad rehabilitasi atau juga dikenali sebagai wad discharge maknanya pesakit-pesakit ini Cuma tunggu masa untuk keluar or discaj lah. Staff Nurse yang incharge untuk jaga kami ini bercuti la pula. Kami Cuma disuruh berkenalan dengan pesakit-pesakit dululah. Mula-mula kekok jugak. Dalam hati cakap ‘Alamak macam mana mau start berkenalan dengan dorang ni. Paham kah juga dorang kalau saya berkenalan sama dorang?’ Try sajalah kan tengok kawan-kawan sudah start mulakan gerakan berkenalan sesama sendiri. Hehehe.
![]() |
Mula-mula tarik satu patient ni. Assess dia punya history, tanya nama, umur, sudah kahwin kah belum, anak berapa, sudah berapa tahun di HBUK, sedapkah tidak makanan sini, social dia amacam dan banyak lagilah. Tapi part yang saya paling suka Tanya ialah macam mana boleh masuk HBUK ni? Sakit apa? Ya saya tau mereka ni kebanyakkanya memang ada masalah mental tapi mau tahu bagaimana boleh terjadi begitu. Tapi oleh kerana patient seorang ni sudah tidak ada gigi menyebabkan saya kurang faham kata-katanya saya pun sekadar mengangguk-angguk sahaja sambil tersenyum manis. :D
![]() |
Beralih ke patient kedua saya, dia seorang yang ayu duduk silang kaki atas kerusi. Wah cool ah dia ni. Begitulah saya punya 1st impression terhadapnya. Tengok muka putihnya dia, musti masa muda-muda dahulu kala dia ini seorang yang cantik. Maka berlakulah perbualan antara kami. Macam biasa Tanya nama, asal, umur. Oh ya dia kata umur dia 30. Ermm masa itu saya mula rasa sesuatu. Confirm masih sakit dia ni. Ok biarkan saja. Layan~. Dia cakap dia ada sakit jantung. Tapi satu yang saya pasti dia seorang yang cantik. Rupanya dia ni mix. Mamanya orang orang England. Wow no wonderlah. Hehehe. Tanyalah macam mana boleh masuk sini? Dia kata sakit kepala dan jantung. Ow okey-okey. Memang best jugaklah cerita-cerita dengan dia.
![]() |
Habis berbicara dengan patient tadi saya pun bercerita lagi dengan seorang patient. Dia sangatlah rajin. Ke sana ke mari sibuk dengan kerja dia. Lap meja, cuci pinggan, cuci sinki. Wah saya tegurlah. Auntie ni sangat rajinlah. Terus dia duduk sebelah saya. Hehe. Kami cerita cerita. Tnya dia macam mana boleh masuk HBUK. DIa kata sebab dia sakit kepala dan Nampak hantu. Wah~ Agak interesting juga dia punya cerita ni. Tanya lagi hantu tu tidak kacau auntie kah? Dia kata tidak. Social dia pun agak baik. Tapi masa makan Nampak dia Cuma makan nasi saja. Eh kenapa makan nasi saja? Dia cakap sebab lauk-lauk itu yang bikin dia sakit katanya. Oh ok ok. Hehehe.
Begitulah ragam pesakit-pesakit sana. Secara general nya keadaan mereka masih boleh dikawal yalah nama pun duduk dalam wad rehabilitasi kan. Ada patient yang stupor. Asyik tidurrr saja atas lantai, sofa, lepas makan tido. Lepas tengok tv tido. Hoho. Mau kacau rasa bersalah pulak. Ada juga yang cuba tarik perhatian kami untuk melayan karenah dia. Kami layan biasa-biasa saja semua. Yalah takut nanti kalau kita rapat sangat pula dengan dia, dia akan buat perangai bila kita mau berpisah dengan dia kan. Ish itu yang bahaya tu. Hehehe. Bila tengah hari menjelma patient pun berehat dan kami kekeringan idea mau buat apa. Cek-cek patient punya ubat. Lepas tu gosip2. Haha. Heii kami berbincang mengenai masalah remaja masa kinilah.
![]() |
Bukan alang-alang tajuk perbincangan. Macam cerita-cerita orang-orang tua pula. Tiba-tiba masuk hal perkahwinan pula. Entah macam mana boleh terbabas sampai ke situ. Tapi best juga bila berbincang hal ini secara open dan matured punya fikiran. Wah~ Gila ah. haha. Lepas 4.30pm tuh mulalah kami bersiap-siap untuk pulang ke sarang masing-masing. eRM rasanya itu sajalah kot hari ini. Mengantuk u. Ok laa. Wassalam :)
P/s : Baju belum iron, baju basah belum jemur. belum cuci muka. ok ok stop! ;). Semoga hari-hari ku di sini berjalan lancar dan seronok :)





pengalaman yg menarik !
ReplyDelete:D
@~Kirin Selama Perak~ dan semoga semakin menarik. hehe :)
ReplyDeletebest kn nui kt sane...hihi
ReplyDelete@fieha bosan jgak fieha sbb x banyak keja.. huuu
ReplyDelete