Assalamualaikum. Wah sudah masuk Lailatul Qadar kan. Selamat menambahkan lagi ibadah ya! ^^. Pada 19 haribulan yang lepas bersamaan dengan hari Jumaat, macam biasa solat Jumaat wajib ada di kampung. Rumah saya seblah surau saja, so memang dengar dengan jelaslah khutbah Jumaat tu. Masa khatib membacakan khutbah, terasa macam kenal suara itu. Suara yang selalu azan di surau kampung. Wah kalau memang dia yang baca khutbah tu memang saya rasa hebatlah dia. Bukan apa dia muda setahun daripada saya, yakni 21 tahun dan sudah boleh membaca khutbah dan imam solat Jumaat. Kira hebatlah tu.
Budak tu satu sekolah dengan saya di sekolah smk dan agama dulu. Tapi muda dari sayalah. Eh budak kah tu? haha. Kalau muda dari saya maknanya budak lah tu. Haha. orait. Tidak sangka dia mampu menjadi imam solat jumaat pada usia dia sebegitu. Yalah walaupun ramai lagi yang muda muda sudah jadi imam solat jumaat, khatib semua di luar sana, tapi kalau di kampung kami dialah yang imam muda solat Jumaat. Respect ah sama dia. Kalau ustaz ustazah di sekolah agama dulu tau, bangga dorang ada anak murid yang mengikut jejak langkah mereka.
Bila tanya budak budak tuisyen ku, "Ust. Azam first time ka tu jadi imam solat Jumaat?". Budak budak kata sudah 2x dia jadi imam solat jumaat. Ohh. Baguslah tu. Oh ya nama dia mohd nur azamuddin. Kalau tidak silaplah. Beta pun sudah lupa. Haha. Hari tu dia bagi khutbah pasal Lailatul Qadar. Memang berisilah khutbah dia. Kalau dia baca entri ni (kalaulah) tahniah azam! Teruskan Usaha anda! Semoga anda menjadi pendorong anak-anak muda di kampung untuk berubah kepada yang lebih baik! Chaiyok Chaiyok (tiba-tiba) :D. Orait itu saja. Wassalam~



baguslah tu...aplikasi ilmu untuk dikongsi dengan orang lain...
ReplyDeletetulah adie. ;)
ReplyDelete