''..semua kejadian,betapapun parahnya, pasti berhubungan langsung dgn kelapangan dlm waktu yg dekat..''
Anda dgn kecantikan yg anda miliki, ternyata lebih cantik drpd matahari. Dengan akhlak, anda lebih harum dari minyak wangi dgn sikap tawadhu' anda, anda lebih tinggi purnama. Dan dgn cinta anda, anda lebih segar daripada rintik gerimis. Oleh kerana itu, peliharalah kecantikan anda dgn keimanan, keredhaan dgn kepuasan, dan kehormatan dgn hijab yg menutup aurat.
Ketahuilah bahawa perhiasanmu bukanlah emas atau perak, tetapi dua raka'at menjelang subuh, dahagamu di tengah hari yg panas kerana puasa, derma yg tersembunyi yg hanya diketahui oleh Allah, airmata taubat, sujud panjang di atas hamparan sajadah, dan malu kpd Allah ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan.
Jadikanlah taqwa itu bak pakaian anda, nescaya anda akan menjadi wanita yg tercantik di dunia meskipun pakaian bertampal. Jadikanlah rasa malu sebagai baju kurung anda, nescaya anda menjadi wanita yang paling anggun di dunia meskipun anda tidak berkasut. Hindarilah oleh anda rutin hidup seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita fasiq dan non-muslim, yang suka memperlihatkan daya tariknya untuk memikat lawan jenis dan menjadikan tubuhnya sebagai komoditi kaum lelaki tanpa mengendahkan norma-norma susila, kerana sesungguhnya mereka adalah bahan bakar neraka jahannam..
Wallahualam~~
p/s: Di setiap tempat, pasti anda temukan kegelapan dlm kehidupan anda. Kewajipan anda hanyalah menyalakan lampu untuk menerangi anda sendiri..
No comments:
Post a Comment