cerita ttg seorg pelajar yang sangat tinggi cita-citanya untuk menjadi seorang tukang masak yang professional dan pakar. Dia telah dihantar oleh majikan di tempatnya bekerja sampingan ke sebuah restoran terkenal di Tokyo. Di mana restoran tersebut meruoakan restoran masakan Italy. Dengans semangat dan keyakinan yang tinggi untuk mempelajari sekaligus mempamerkan kehebatannya memasak masaka Italy, dia telah diterima oleh majikan di restoran tersebut. Namun, segala keyakinannya punah apabila bakat yang ada padanya tidak mencukup untuk dia meneruskan perjuangannya di restoran itu. Segala kebolehan yang disangkanya hebat dan memuaskan ternyata hanya sekadar kebolehan tahap restoran biasa. Tambahan pula tukang-tukang masak yang bekerja di sana sangatlah hebat dan pakar. Tukang masak yang lain itu sudah menjangkakan yang dia hanyalah sekadar budak baru belajar malah salahseorang dari mereka telah membelasahnya dengan teruk kerana geram akan keangkuhannya dengan bakatnya yang tidak seberapa itu. Dia telah digelar Bambino di restoran itu yang bererti budak baru belajar dalam bahasa Italy. Namun, dengan semangat dan kemahuan yang tinggi, Bambino tetap meneruskan perjuangannnya mempelajari cara-cara memasak masakan Italy di restoran itu. Walau dia selalu melakukan kesilapan, dia tidak pernah malu untuk meminta maaf kepada senior-seniornya tukang masak yang lain. Dan tukang masak yang lain juga lama-kelamaan mampu memberikannya peluang untuk memperbaiki semula kekurangannya. Setelah tamat tempohnya memasai suasana dapur di restoran yang serba mewah dan sistematik itu, sampailah masanya untuk pulang semula ke daerahnya. setelah tiba di daerahnya, Bambino terasa amat rindu akan suasana restoran tersebut, begitu juga dengan tukang masak d restoran itu. Kehilangannya amat dirasai. Maka, Bambino pun mengambil keputusan untuk menamatkan pengajiannya di university demi menyambung semula pengalamannya bekerja di restoran Italy tersebut. Dan dia pun kembali semula ke restoran itu dan meminta majikannya untuk menerimanya bekerja sebagai Chef di restoran itu. Majikan itu sudi menerimanya dengan syarat dia mesti bermula bekerja sebagai pelayan restoran. Bambino amat sedih kerana hajatnya untuk menjadi chef di restoran itu tidak kesampaian, malah sekadar menjadi pelayan restoran sahaja. Hari-hari dilaluinya dengan muka ketat tanpa senyuman, sehinggakan salah seorang pelanggan mereka telah meminta ketua pelayan untuk menukarkan pelayan lain untuknya selain dari Bambino. Pelbagai kesilapan telah Bambino lakukan. Mangkuk pinggan hari-hari pecah disebabkannya. Bambino amat tertekan sehinggakan dia merasa seperti ingin berhenti dari pekerjaan itu. Segala usahanya untuk menjadi chef terbantut ditambah pula dengan pengajiannya yang telah ditamatkannya semata-mata kerana cita-citanya itu. Tukang masak dan para pelayan yang lain tidak putus asa memberikannya semangat dan keyakinan sehinggalah Bambino dapat menyesuaikan diri dengan pekerjaanya sebagai pelayan restoran. Para pelanggan juga semakin senang dengan pekerjaannya yang semakin hari semakin meningkat. Lama kelamaan, Bambino telah dinaikkan pangkat menjadi seorang chef semula. Namun, satu berita sedih telah diumumkan apabila majikannya d daerah tempat dia bekerja sambilan dan majikannya di restoran Italy itu telah pergi ke Italy, dan membuka restoran Italy di sana. Dia pun mengikut jejak majikan-majikannya itu untuk menimba ilmu di negara Italy......(^^)
nnt sy smbg balik..ngntuks ehh,,,(^^)
No comments:
Post a Comment