************************************************************
Jikalau dulu..
air mata ini pasti akan tumpah bila terkenangkan kamu...
hati ini jadi sakit..
rindu membuak-buak...
hati tertanya-tanya..
kenapa?
kenapa mesti begitu?
salah siapa?
jiwa rasa seperti d serang tsunami..
kacau..
tertekan..
dan hanya doa menjadi sandaran ku..
namun kini..
pemergian kamu ku akur..
kerana kamu bukan milikku..
kamu milik DIA Pencipta yang Agung..
Hanya DIA yang berkuasa atas segalanya..
senyuman akhirnya terukir apabila terkenangkan kamu..
hati menjadi tenang saat doa dan Al-Fatihah diselitkan..
kerana ku yakin setiap yang terjadi ada hikmahnya..
dan apa yang pasti..
ikatan antara kita tidak akan putus..
tidak akan luput..
walau KEMATIAN itu menjadi penghalang..
kerana di hati ini sentiasa ada kamu..
kerana di setiap doa ku ada untuk kamu..
kerana di ingatan ini ada memori terindah bersama kamu..
kerana darah yang sama mengalir di badan kita...
perasaan ini tidak akan pernah memutuskan kita..
iaitu Sayang dan Cinta..'
Ya Allah..
Ampunilah segala dosa-dosa mereka..
Tempatkanlah mereka dalam kalangan org-org yang beriman d sisi Mu..
Jauhkanlah mereka dari seksaan kubur..
Sesungguhnya kami amat menyayangi mereka..
Amin Ya Rob ‘Al-amin..
********************************************************

Al-Fatihah.......~~~~
ReplyDeleteAl-Fatihah~
ReplyDeleteterima kasih...