assalamualaikum.
hari tu saya ada share satu Kisah Benar kan
oleh kerana sangatlah panjang ceritanya
maka sedikit post dari saya tu
saya pindahkan ke post ini.
hehehehe
kiranya ini sambungan dari Kisah Benar tu lah..
cuma ianya dari pengalaman saya sendiri.
Dari saya :
Astaghfirullahalazim.. tiba2 saya rasa hina sangat tau.. hmm.. Orang yang baru memeluk agama Islam pun berusaha meluaskan ajaran Islam.. inikan pula kita yang sedari kecil beragama Islam.. Saya rasa sangat bersyukur di lahirkan dalam ruang jagaan Islam.. Walaupun ibu bapa saya dulu tidak beragama dan telah memeluk Islam sebelum berkahwin.. Tapi sekarang Datuk dan Nenek saya sebelah mama saya masih kekal sebagai non muslims. erm nenek saya kristian dan datuk saya tidak ada agama berdasarkan mama saya punya penerangan. Tapi perbezaan agama tidak memutuskan tali persaudaraan antara kami semua. itu yang saya suka tentang keluarga saya. Kalau jumpa datuk, nenek, bapa saudara dan ibu saudara saya, kami tetap hormat diorang.
Tetap salam cium tangan. Tidak kisah apa agama hormat-menghormati tetap diamalkan. Kalau hari raya saudara-saudara kami tidak kira Islam atau non-muslim akan datang ke rumah. Begitu juga kalau sambutan hari natal. Abang kepada mama saya beragama kristian. Kalau keluarga dia buat sambutan hari natal yang masaknya saudara-saudara kami yang Islam yang masak termasuklah mama saya. Jadi tidak ada masalahlah kalau mahu makan. Cuma kalau saya datang pergi rumah diorang time krismas itu datang waktu siang lah sebab malam-malam biasanya acara 'minum-minum' sudah itu. Itu yang saya malas itu..heheh.. Kiranya hubungan persaudaraan antara kami saudara mara tidak terjejas walaupun agama kami berlainan. Dan saya pun tidak ada masalah kalau berkawan dengan non-muslims. Lagipun mak cik pak cik saya dulu pun macam mama saya juga. Dari tidak ada agama convert ke Islam. Alhamdulillah.
Tetap salam cium tangan. Tidak kisah apa agama hormat-menghormati tetap diamalkan. Kalau hari raya saudara-saudara kami tidak kira Islam atau non-muslim akan datang ke rumah. Begitu juga kalau sambutan hari natal. Abang kepada mama saya beragama kristian. Kalau keluarga dia buat sambutan hari natal yang masaknya saudara-saudara kami yang Islam yang masak termasuklah mama saya. Jadi tidak ada masalahlah kalau mahu makan. Cuma kalau saya datang pergi rumah diorang time krismas itu datang waktu siang lah sebab malam-malam biasanya acara 'minum-minum' sudah itu. Itu yang saya malas itu..heheh.. Kiranya hubungan persaudaraan antara kami saudara mara tidak terjejas walaupun agama kami berlainan. Dan saya pun tidak ada masalah kalau berkawan dengan non-muslims. Lagipun mak cik pak cik saya dulu pun macam mama saya juga. Dari tidak ada agama convert ke Islam. Alhamdulillah.
Berbalik kepada cerita di atas, meremang bulu roma saya baca tau. Tiba-tiba saya rasa bersalah. Saya sebagai orang yang sejak lahir beragama Islam tapi usaha saya tidak seperti encik Farhan di atas dalam menyebarkan agama Islam. Tiba-tiba saya rasa malu. Kamu tidak rasa apa yang saya rasakah? Rasa malu kan. hmm. Sedih pun iya juga. Kalau sekadar share artikel-artikel ilmiah atau yang bermanfaat, bagi saya itu belum cukup. Saya rasa malu. Saya ada seorang housemate yang juga berasal dari Sabah dan juga bebangsa Dusun seperti saya. Cuma dia beragama kristian. Dan dia ini boleh dikatakan orang yang berpegang kuat pada agama dia. D atas meja dia mesti ada kitab Bible dia. Kitab dia yang sudah lusuh tapi masih boleh diguna lagilah. Tengok keadaan kitab dia pun sudah tau yang dia ini mesti selalu belek kitab dia atau mungkin kitab dia itu memang sudah lama dia guna. Malu saya kalau dibandingkan dengan saya. tafsir Al-quran saya masih cantik lagi. Lagipun baru beli tahun lepas. huhu. Dan antara housemates di rumah, saya memang rapat dengan dia. Saya memang selalu masuk bilik dia dan biasanya kalau masuk bilik dia, dia pasang lagu-lagu keagamaan dia. Saya tidak kisah kalau dia mahu pasang lagu-lagu dia sebab dia memang punya hak untuk agama dia and so do i right? Saya pun kalau pasang lagu-lagu nasyid atau zikir-zikir di rumah dia ok saja. Mungkin sebab dia tidak faham kalau saya pasang zikir-zikir, itulah dia tidak kisah sangat. Hari itu dia cerita gereja tempat dia selalu pergi tu buat satu lawatan ke perumahan orang-orang asli di suatu tempat di tanah semenanjung ini. Dia ceritalah keadaan di sana dan hubungan sesama mereka. Boleh dikatakan dia hampir tiap-tiap minggu pergi church.
Dia juga ada satu buku pasal pengalaman-pengalaman kawan-kawan seagama da dan pengalaman dia sendiri tentang agama mereka. Dia suruh saya baca. Saya baca sajalah dengan niat agar mendapat sesuatu yang mampu meningkatkan iman saya terhadap Islam dari pembacaan saya. Cuma sebuah buku biasa saja. Kebanyakkanya Menceritakan tentang ujian yang mereka lalui sepanjang hidup mereka dan akhirnya mereka dapat bantuan dari tuhan mereka dan mereka bersyukur. Terus terdetik dalam hati saya. 'Inikah yang dinamakan istidraj?' Istidraj itukan ialah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Selanjutnya boleh rujuk di SINI. Di bilik saya ada beberapa buku ilmiah juga dan ada hari itu dia tengok buku yang saya beli (buku yang kawan saya minta kirim). Tajuk dia Aku Terima Nikahnya. Dia ambil dan dia baca sikit. Saya pun tengoklah respon dia macam mana. Selepas itu dia cakap dia tertarik sama satu ayat penulis itu. Kalau tidak silap saya ayat itu ialah 'Cinta tidak datang bergolek....' ada sambungan ayat dia tu tapi saya lupa. Kalau rajin carilah dalam buku Aku Terima Nikahnya hehe. Minta maaf ya. Lepas itu saya rasa lega. Sekurang-kurangnya dia tidaklah rasa macam buku-buku yang ada unsur-unsur agama Islam itu sesuatu yang menggugat dia kan. Jadi hati saya rasa legalah. Dan pernah jugak hari itu dia pegang Al-Quran saya. Masa tuh saya letak atas meja baru beli tahun lepas lepas tu dia cakap " eh cantik la buku kau ni warna purple". Terus dia ambil dan tengok sekejap lepas tu letak balik. Mungkin sebab dia baru tau itu Al-quran saya. Saya senyum dan cakap baru beli d masjid jamek semalam. Dia pun angguk dan senyum saja.
Dulu saya ingat lagi kami ada bercerita. Kira macam ini lah dialog kami.
saya : nanti saya mau pakai baju besar-besar macam ni. saya mau berubah. tapi pelan-pelan laa ni. heheh
dia : ohh ya? yang macam c anem ka?
saya : em lebih kurang macam tu la.hehe
dia : Jadi ko x pakai lagi laa selendang ko tuh?
saya : pakai tapi yang besar2 jak laa.
dia : ohh..pasni ko tidak boleh sudah dengar lagu macam ni kan? (masa tuh sdg dgr hitz.fm kalo xsilap)
saya : erm kurang laa..hehe..jangan pulak ko x kawan saya kalo saya sudah pakai macam ni ah.
dia : yalaa..ko ni..hehehe
Rasa lega bila dia boleh terima saya bila saya cakap macam itu. heheh. Bukanlah maksud saya kalau dia tidak dapat terima perubahan saya saya tidak mahu berubah. Tidak. Saya cuma mahu dia faham tentang agama dan pegangan saya. Itu saja. Dan baguslah kalau dia boleh terima. (^^). Kadang-kadang bila kita bergaul dengan orang sebegini yang tidak seagama dengan kita, mampu membuatkan iman kita bertambah. Kalau dilihat dari sudut yang betullah. Kalau kita lihat dari sudut yang salah bahaya juga. Silap-silap kita yang terikut dia. Nauzubillah. Dari diri sendiri juga semua itu. Kalau teguh iman kita Insya Allah tidak. Sebab itulah niat apabila berkawan itu amat penting. Kita berkawan bukan atas rupa, harta mahupun agama dia. Apa yang penting ialah rasa hormat, memahami dan ikhlas antara satu sama lain. Di samping kita tunjukkan teladan yang baik selaras dengan ajaran Islam. Insya Allah suatu hari nanti hati dia akan terbuka bilamana dia mampu melihat rasionalnya ajaran Islam yang kita tunjukkan. Bukan dengan kawan-kawan non-muslim saja malah kawan-kawan yang seagama dengan kita. Cuma saya rasa usaha ini belum cukup untuk menyebarkan ajaran Islam. Adakah kamu pun berfikiran seperti saya?
Saya ada satu cerita mahu kongsi dengan kamu semua.
Cerita ini berlaku sekitar saya umur 15 16 17 tahun macam tu.
cerita lama..
saya pun ingat tarikh dia.
Masa tuh cuti sekolah saya dan kawan-kawan
plan keluar sama-sama.
Biasalah girls day out.
Sekadar jalan-jalan shopping..makan..lepak..pulang..hehe
. Tapi masa mau jalan pergi pekan tu.
Masa tu saya memang sudah lambat.
Tambah pulak bas tidak ada yang limpas (= lalu)..
adooooii laa..sakit jiwa ku.
Kawan-kawan pun panas punggung sda menunggu d pekan.
saya apatah lagi panasnya..hehehe..tggu punya tggu..
tiba-tiba datang satu kereta kancil ni..
dia bukak tingkap kereta dan bertanya
"adik mau p mana??"
saya cakap "mau p pekan pakcik"
dia cakap "bah naiklah.kami pun mau p pekan juga ni"..
saya cakap 'okeh'
wahh
tanpa berfikir panjang terus saya naik.
tidakkah gila namanya tu.
sudah tu dalam kereta ada 2 org lelaki
dalam lingkungan 40 an laa gituh umur dorg.
bila dalam kereta tuh..
baru laa menyesal.
lupa saya mau tgk no plat kereta sblm masuk kereta tadi..
wuwuwuw
baru rsa cm mau nangis masa tuh.
dorg pun bercerita2lah sesama mereka.
saya kan masih budak2 time tuh..
masih xda soft skill.
cewah..
haha..
maka saya diam2 sajalah.
tiba2 perbualan berlaku antara kami.
pakcik1 : eh xperasan pulak ada org di belakang..smbi ketawa.
(saya senyum ja.)
pakcik2 : adik tau cakap Dusunkah?
saya : "sikit2 sajalah" (wahh malu i..org Dusun pn xreti ckp dusun)hoho
pakcik1 : kami ini dari gereja d Tambunan. P melawat saudara seagama di gereja d sni
(sebab kan kampung sbelah kampung saya ada gereja)
saya : ohh saya mau p jumpa kawan2 ni d pekan.dorg lama sudah tggu.
pakcik : ohh macam tu. adik ni agama apa ya?
(saya punya laa tkejut. saya tgk diri saya skijap. Eh saya pakai tudung ni. Xkan dorg xtau sy agama apa berdasarkan appearance saya kan. ok xpa..saya layan ja)
saya : saya agama Islam pakcik. (senyum lagi)
pakcik : ohh. Kami agama kristian. Adik tau kah itu agama?
saya : tau pakcik (macamlah saya xtau..hehe)
pakcik : Kami ni datang sana p melawat saudara-saudara sana. Bagi dorg ceramah nasihat. Adik xmau masuk agama kami kah?
saya : erm xpalah pakcik..hehe..(senyum lagi..pdhal dalam hati saya Allah ja yang tau. X habis2 saya mengucap time ni.. ready2 saja duk dkt pintu kereta. manalah tau ada apa2 yang menakutkan terjadi hehehe)
pakcik : Tuhan kami Jesus, dan.........................
Lepas ja dia cakap cmtuh
saya xingt sudah apa dia cakap..
sebab saya mengucap ja dalam hati sepanjang dalam kereta tu
tapi xdalah saya buat muka xlayan kan.
nnt kecewa plk dorg nnt.
sudahlah saya ni cuma menumpang.
sampai dekat2 pekan saya cakap
saya :"pakcik saya turun dekat kedai ni ah.sbb kawan saya tggu sini"
pakcik : oh bah.
skali pakcik tuh x berenti..
wahhhh
gila lah..
cemas sudah saya..
kedai yang dmksudkan sudah berlalu agak jauh sikit.
makkk..
wuwuwuw
terus sy cakap
"pakcik pakcik sini saja saya turun'
pakcik tuh cakap
"jap aa dik.mau cari parking sesuai dlu.
bukan suka hati mau berenti ni"
saya pn tersipu-sipu malu.
cemas kan sudah..
haha
bila dia berenti saya cakap terima kasih
dan terus keluar..
heheh
Tapi yang last ayat dia saya masih ingat lagi. Dia tanya adik pasti tidak mau ikut agama kami? Berdegup kencang jantung saya masa tu. Dan saya dengan yakinnya berkata "tidak apalah pakcik saya selesa dengan Islam dan saya tidak mungkin akan tukar agama pakcik" wahh. Kalaulah kamu tahu betapa bergoncangnya jiwa saya time tu. Sudahlah masih budak-budak. Berseorang diri lagi. Tiba kena dakwah oleh paderi kalo saya tidak silap. Kalau tengok dari cara dorg dakwah. Macam paderi. Dan saya bagitau cara dorg berdakwah memang lembut dan tidak memaksa. Intonasi dan gaya bahasa yang boleh dikatakan cemerlang juga ya. hmm. Membuatkan diri saya malu sendiri. Dan sejak hari tu saya insaf tidak lagi naik kereta orang sembarangan saja. Saya tidak berani lagi bagitau mama n keluarga saya pasal ni. Nantilah kalau ada masa bila cuti di rumah baru bagitau. Kalau dulu saya bagitau dorg ni cerita kompem kena cuci telinga 24jam dan pergerakan dhadkan.wah. Nasip saya tidak bagitau.
Do you get what i'm trying to say here?
Apa yang saya mahu sampaikan di sini ialah sebenarnya tanpa kita sedari agama kita semakin lama semakin dalam tahap bahaya. Yakah? ka ataupun ini cuma perasaan saya? saya pun tidak tahu apa perasaan orang lain cuma ini yang saya rasalah. Di mana peranan kita sebagai penganut agama Islam? Persoalan ini membuatkan muka saya rasa tertampar-tampar. Marilah kita sama berusaha melebarkan sayap Islam itu sendri. Kerana itu sememangnya tanggungjawab kita. Cuma kadang-kadang saya rasa diri saya ini belum cukup 'tough' untuk melaksanakan tugas ini. Tidak apa. Kita cuba perlahan-perlahan kan. Bermula dari diri kita sendiri (paling penting), keluarga kita, sahabat-sahabat kita dan seterusnya umat Islam d muka bumi Allah ini. Insya Allah jika dipanjangkan umur..
Insya Allah..
Wassalam...

yups
ReplyDeletesokong bila kamu berkata mereka berdakwah secara lembut dan tanpa paksa
itu yg kurang ada pada orang2 kita
P/S : Followers Blog Tu Banyak! Komen Beratus - Ratus! Tapi Apa Yang Hebatnya Blog Tu?