Tempat : Dewan Kuliah 500, FF4 Uitm Puncak Alam
Tarikh : 11/12/10
Masa : 8am - 5pm
Assalamualaikum. Apa yang telah terjadi pada hari sabtu dan ahad yang lalu?? hehehe. SEbenarnya kami (NUSA UiTM) ada Seminar Islam dan Perubatana anjuran senior kami semester 7. Banyak sangat info yang kami dapat melalui seminar ini. Secara keseluruhannya berkisar tentang kerjaya kejururawatan ini dalam memberi perawatan di hospital dan hukum-hukum semualah. Memang sangat bernilailah. Antara penceramah dan ahli-ahli panel yang dijemput ialah
- Ustaz Fauzi,Ppengacara al-kuliyyah TV3
- Dr. farhan hadi, Medical Officer Hospital Selayang
- Prof. Madya Asmak, Pensyarah UiTM
Sesi pertama ialah ceramah dari Ustaz Fauzi, Pengacra Al-kuliyyah TV3 ni. Wah rasa best pula time tu. Sebab Ustaz tu memang best dia bagi ceramah. Tidak mengantuk langsung. Balik-balik gelak saja kami time dia bagi ceramah. Erm Ustaz ni bagi ceramah pasal apa ya. Saya lupa tajuk dia tapi ada saya tulis hari tu tapi saya tidak bawa sekarang. Yang penting pasal kaitan Islam dalam perubatan. Contohnya seperti apa khasiat-khasiat makanan yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW seperti buah kurma, buah tin, susu, madu. Rahsia pergerakan ketika solat dan banyak lagilah. Apa lagi ya isi-isi ceramah dia. Menyesal saya tidak bawa buku kecil saya tu. Tertinggal d rumah sewa. hehehe
slot 1 bersama Ustaz Fauzi
Lepas tu sesi kedua pula bersama dengan Prof. Madya Asmak, memberi ceramah tentang hukum-hukum menyentuh pesakit yang berlainan jantina dan berlainan agama. Cara-cara bertayammum dalam wad bagi pesakit-pesakit. Yalah manatau ada pesakit yang mau solat dalam wad kerana tidak mampu p surau, jadi sekurang-kurangnya kami boleh ajarkan kalau dorang tidak tahu kan. hehe. Lepas tu ada demo cara-cara bertayammum, cara-cara berwudhuk bagi yang ber'bandage' tangan atau kaki, dan cara solat cara duduk dan baring bagi pesakit yang tidak mampu bergerak ataupun terbatas pergerakkannya. (ni tidak sempat ambil pic)
Sesi ketiga pula ialah forum yang membincangkan mengenai perubatan dalam Islam. Contohnya seperti cara solat semasa melakukan major operation yang mengambil masa yang lama untuk selesai. Dan saya pun baru tau rupanya macam ni cara bersolat bagi Doctor-doctor dan jururawat yang sedang melakukan operation ke atas pesakitnya. Antara ahli - ahli panelnya ialahDr. Farhan Hadi (suami kepada penulis Fatima Syarha), Prof Madya Asmak dan ustaz Abdul Rahman, pensyarah UiTM. Mau tahu kah cara solat ketika dalam bilik operation? Cara dia cuma kita membaca dalam hati ayat-ayat bacaan dalam solat seperti niat, tkbir dan bacaan yang wajib dibaca ketika solat, tapi dalam masa yang sama kita tetap meneruskan pembedahan ke atas pesakit. Cuma dalam hatilah kita baca bacaan-bacaan solat itu. Saya pun tidak pernah buat lagi sebab saya tidak pernah masuk bilik OT aka Operation Theater (bilik pembedahan). Memang sangat bernilailah forum ni walaupun saya tersengguk-sengguk menahan tidur, tapi tertidur jugalah sekejap. haha
slot ketiga : Forum
wahh, memang tidak sia-sia ikut seminar ini. Tapi memang diwajibkan pun datang majlis nih. Hehe. Tapi berbaloi pergi tau. sebenarnya pic ni saya cilok dari kawan saya Ziela.. heheh. Kamera saya dekat abang saya d Johor. Minggu depan baru dapat balik. Oh ya saya sudah bergoyang kaki di rumah ni. Tapi sekarang ni d CC. haha. Rumah takdok streamyx, broadband lebih lambat dari siput. Baik tidak payah guna. uu..Okeylah ini ada beberapa pic masa seminar hari tuh. Cilok dari Ziela juga. haha..(^^)/ Sorry pic kabur-kabur belaka..hehehe..
ni laa ziela..
(^^)/
ni xtau siapa...;p
Akhir kata..
Tahniah dan Sayonara buat senior-senior kami
iaitu Sem7 yang telah menjayakan Seminar Islam dan Perubatan
yang ternyata berbaloi dan seronok..
Semoga mendapat kejayaan dunia dan akhirat.
\(^^)/
=========================================================================







No comments:
Post a Comment