Assalamualaikum. Wahh seperti yang kita semua tahu. Hari ini merupakan hari terakhir kita di tahun 2010 kan? heheh. So mau buat azam untuk tahun depan. Sempat lagi buat ni kan? Malam nanti baru countdown. Jadi apakah azam cik Nunui pada tahun 2011? Ini diaa :
- Saya mahu kuatkan lagi hati saya dalam menempuhi kehidupan dunia yang semakin mencabar. Yalah kita pun tahu yang meningkatnya umur dan bertukarnya tahun bukan bererti hidup kita makin senang. Malah semakin banyak tanggungjawab yang kita pikul. Kan? Dan saya rasa semua orang pun tahu semakin beredarnya masa, semakin dekat KIAMAT itu. Jadi kenalah bersiap sedia sentiasa. Bukan mahu cakap saya sudah bersedia. Tidak, cuma mahu sama-sama kita beringat tentang itu dan membuat persiapan yang secukupnya. Insya Allah. Semoga dikuatkan hati. Tapi macam mana mau kuatkan hati? hehehe. Jangan kuat mengeluh! Usaha sehabis baik! Tawakkal dan redha atas apa yang terjadi. Bukan itu saja tapi banyak lagi. Dan saya tahu mereka di luar sana pun tahu apa yang perlu untuk jaga hati kita sendiri kan? heheh
- Saya mahu mengamalkan cara hidup yang sihat. Seperti bersukan atau sekurang-kurangnya berjogging, diet yang seimbang (nescafe no more!) dan tidur yang mencukupi. Walaupun saya tau ianya amat sukar apatah lagi kalau mahu jogging. Uh! haha. Tapi tidak apa. Kita cuba untuk bangun pagi dan jogging di sekitar rumah sewa. Segan saya mau lari-lari di petang hari. Saya kan seorang yang pemalu. hahaha. Karut itu! haha. Tapi seriuslah malu tu yang bagus lagi jogging pas subuh kan. Tapi tengok kawan dululah. Harap-harap ada yang sudi menemankan beta. Takut juga saya mahu lari-lari seorang diri. Nanti kena rompak ka culik ka. Iss Nauzubillah..
- Saya mahu dapat AD aka anugerah dekan untuk tahun depan! Insya Allah. Nunui boleh! Oleh itu saya harus menjadi cacing buku! Confirm degree spek saya akan naik 1000 laa kalau macam ni. hehehe. saya mesti Baca buku sebelum masuk kuliah. Tapi dulu saya tidak baca nota pun boleh juga dapat 3 pointer above. So kalau baca mungkin boleh dapat AD kan? yeah Insya Allah!
(^^)
- Tahun depan saya akan lebih menjaga aurat saya. Tapi... hmm tidak boleh tapi tapi lagi! Bukankah kau sudah berjanji pada diri sendiri wahai nunui! Ingatlah janji mu itu! Ya saya ingat dan Insya Allah saya akan tepati. Perlahan-perlahan dan berjaga-jaga. Ingatkan saya kalau saya terpesong ka terlupakah ya kawan-kawan. Oh ya bercakap tentang kawan-kawan. Saya rindu kawan-kawan di SMAKK dulu. hmm Bilakan mau ketemu lagi ya. hehehe
- Kurangkan bercakap kosong dan ketawa! Bukanlah maknanya saya tidak mahu bercakap dan ketawa langsung tapi kurangkan sahajalah. Alah saya pun bukan jenis yang bercaaaaaaaakap saja. Kalau ada saya mau cakap saya cakaplah. hehehe.
- MengAtasi sikap pemarah dan lebih bersikap positif atau dengan kata lain mengamalkan sikap-sikap yang positif. Saya ini pemarah kalau dengan family saya. Maksud saya kalau dorang buat sesuatu yang mampu membakar hati ku marahlah saya. Biasa dengan family saya bersikap terus terang dan direct terus ke hati kalau mahu tegur or marah. hehehe Dan sememangnya mesti dorang rasa sakit hati kan? Dengan kawan-kawan saya susah sikit mau marah. Entah kenapa. Mungkin sebab mau jaga hati mereka kot. hehehe. Tulah mau atasi emosi yang satu ini. hehe
- Saya mau menguruskan kewangan saya dengan lebih baik dan menyimpan untuk masa depan. Sem depan insya Allah biasiswa saya akan disambung semula. Jadi saya akan berjimat cermat dan menyimpan duit. Manatau tiba-tiba ada emergency kan. Lagipun mau kumpul duit mau bawa mama saya pi majlis konvo saya nanti. hehehe. Jadi kenalah berjimat cermat. Kena buat financial planning nanti sebelum biasiswa masuk.
- Kena banyakkan berpuasa dan solat Tahajjud nanti. Insya Allah. Membaca Al-quran lagi kena banyakkan. Insya Allah. (^^)
- Menjaga kebersihan dan kecantikan diri dengan lebih jitu lagi! Kecantikan bukan bermaksud tools make-up segala. Tidaklah. Contohnya seperti pergi berurutkah, produk-produk untuk penjagaan kulit rambut dan semua yang berkaitanlah. Make-up mungkin tidak kot. Sebelum ni beli pun bukan pakai pun. Kasi tinggal di rumah saja. hehe. Lagipun jarang yang teramat sangatlah saya bermekap. Pakai foundation lipbalm sudah. Sebenarnya saya mau pi spa. Tapi tengok budget macam manalah dulu. Kalau ada rezeki Insya Allah. hehehe
- Mahu merancang masa depan dengan lebih baik. Insya Allah. Akan di buat nanti list rancangan nunui yang pertama. cewah macam rancangan malaysia pula kan? hehehe
- Mahu banyakkan membaca bahan-bahan ilmiah. Kadang-kadang layan komik tidak apaaa.. hehehehe
2. Azam untuk keluarga :
- Saya mahu beri yang terbaik untuk keluarga saya. Belajar bersungguh-sungguh dapat kerja elok-elok dan berbakti untuk ibu bapa saya. Memang sekarang tidak banyak yang saya boleh bantu. Sedangkan saya sendiri pun masih bergantung pada duit bulanan dari bapa saya. Tapi insya Allah di masa akan datang bila saya sudah ada kerja sendiri. Saya tidak mahu terlalu menyusahkan dorang. Selagi saya boleh buat sendiri saya buat. Cuma kalau pasal duit tuh susah sikitlah. huhu. Tapi kalau sudah masuk biasiswa saya nanti mungkin sudah jarang mau minta duit. Ataupun mungkin tidak. hehe. Tengok keadaan macam manalah nanti. Saya cuma mau dorang gembira. Walaupun kadang-kadang mulut saya ini setajam pisau, saya minta maaf. Macam kamu tidak biasa sama adik kamu sorang ni. hehehe. Saya pun tidak kisah kalau kamu mau marah or tegur saya kalau saya silap. Saya hargainya. Cuma saya rasa sudah banyak bersabar dengan yang seorang tu. Jangan sampai saya kesabaran saya melebihi tahap maksimum sudah. Sudahlah abaikanlah yang seorang itu.
Wah saya rasa saya pun wish list sangatlah banyak. Tapi kita manusia cuma merancang. Penentuan itu milik Allah. Dan saya akan berusaha memperbaiki diri lebih dari tahun 2010. Insya Allah.
-tamat-
amin..mudah-mudahan tercapai..
ReplyDeleteamiin.. tengkiu2. :D
ReplyDeletemudah2an lah azam ko tu tcapai...
ReplyDeletekena smgt ni..
hehe
amiin..btul tuh,
ReplyDeletetengkiu mr mrs mikko.
hehehehe
Boleh ba tu kalo ko lai.. ahakz.. selamat tahun baru ^_^
ReplyDeleteInsya Allah buleh!
ReplyDeleteselamat tahun baru jugak..:D
nui....bgga aku dgn ko....=)
ReplyDeletetengkiu b..:D
ReplyDelete