08 December 2010

Praktikal Sem3 Minggu ke6 hari ke1 dan ke3

Tempat : Hospt ****ng
Masa : 7am-9pm
tarikh : 6/12/10 & 8/12/10

Assalamualaikum. Hari ini hari rabu sepatutnya update journal hari isnin tapi tidak berkesempatan sebabnya? err. saya pun sudah lupalah. hehehe.Jadi saya cuma update mana-mana yang saya ingatlah ya. hmm Minggu ni kami pindah wad. Kalau dulu medical women punya wad, memang busy dan agak kucar-kacir sikitlah tambah-tambah lagi ramai patient kan. So minggu ni pula pindah p wad surgical male. Biasanya wad ni untuk patient-patient yang sebelum dan selepas operate. Macam-macam operate lah. Tapi kebanyakannya saya tengok patient ni operation di bahagian perut. Wad ni memang tersusun dan kemas. Dan ada beberapa juga patient yang Hourly Vital sign such as blood pressure, pulse rate, spo2 and urine output

Saya dan sorang kawan jaga cubicle tengah. Biasalah cubicle tengah ni memang busy sikitlah. Oh ya. Ada sorang patient ni dia cakap mau tukar pampers kan. So kami tukarlah. Sekali bila tukar pampers tu stool dia fresh blood. Memang darah habislah kalah orang perempuan period 1st day. Bukan lagi najis (aiseh sopan laa pulak) yang selalu keluar tu. hehe. so bagitau Dr. dia kata tidak apa kita monitor lagi keadaan stool dia lepas ni. So kami just monitorlah. 

Dan patient tu akhirnya operation pada hari rabu yakni hari ini. Tidak taulah apa sakitnya sebab dia masuk wad pun sebab dia berak berdarah. Tapi mau tau masuk wad ni saya tidak sempat pun baca history patients. Adoii. Mungkin sebab kerana cuti sudah semakin hampir so jiwaku sudah melayang ke Sabah. hehe. Tapi overall pindah ke wad ni agak bosan sikitlah bukan apa sebab tidak banyak procedure yang boleh buat. Balik-balik buat benda yang sama saja. huhu. Saya akui sem ni saya memang tidak ada mood mau ambil cross dengan CI. Entah kenapa. Jauh di sudut hati saya, saya memang tidak suka meminta-minta cross ni. Bolehkah kalau kita buat procedure bukan dengan niat mahu ambil cross. Memanglah boleh cuma mustahillah student-student yang buat procedure untuk ambil cross tu tidak risau memikirkan sama ada berjaya dapat cross atau tidak dari CI kan? Jadi bila kita risau, mestilah kita tumpukan perhatian kita dan matlamat kita pada waktu itu untuk lebih kepada untuk mendapatkan cross daripada risau akan patient. Kadang-kadang bila terlalu risau, niat tu pandai lari tanpa kita sedari. Saya tidak suka begitu. Entahlah ada orang fahamkah tidak apa yang saya cakap ni. Biarlah kalau tidak ada yang faham. 

okeh seterusnya apa lagi yang berlaku dalam wad ya? Oh ya. ada juga buat procedure Dressing for bedsore. Macam biasalah bedsore dekat sacrum macam yang saya cerita hari tu. Malas saya mau letak link. haha. Pemalas! Tapi bukan kami yang buat. Staff nurse yang buat. Makanya semakin bertambah bosanlah kerja kami dalam wad. Dan tadi first time saya tengok student remove drainage tube. Patient tuh baru lepas operate. Tidak pasti operate apa, cuma Dr cakap remove drainage tube. Tengok tube dia besar juga tu. Mesti sakit kalau mau tarik keluar. Ni contoh drainage tube

  
ini chest tube tidak silap.
macam nilah kiranya diameter tube yang hendak dicabut keluar
aka remove drainage

 
lebih kurang di sinilah tempat drainage patient tu.
sumber dari google.

Biasanya drainage ni fungsi dia untuk keluarkan saki baki blood yang ada pada operation site tul. Dulu saya pun pernah juga ada drainage masa tidak sihat dulu. Saya operate hati so tube drainage tuh diletak di bawah hati saya lah untuk keluarkan darah-darah yang ada masih ada. Bila sudah tidak ada darah atau apa-apa lagi fluid, barulah remove drainage. Dulu mau tiga minggu juga drainage ni melekat di perut saya. Bila mau keluarkan tube tuh aduuuuhhh sakit amat sehh! nangis-nangis saya dalam bilik procedure tu. huhu. Tapi bila sudah cabut rasa bahagia. hehehe. Tapi tube drainage saya kecil saja. tengok patient tuh punya tube. uishh besaqnya. hehe. Jangan dia jerit-jerit nangis sudah. huhu. Tapi apakan daya, beta tidak sempat melihat sesi removal of drainage tube tu sebab ada patient mau dihantar p X-ray. So tidak dapatlah tengok. hehehe. Nantilah kalau ada kesempatan dan peluang saya mau try. OO yeahh. Insya Allah. Sebab bosanlah kalau balik-balik buat benda yang sama. hehe. hmm saya rasa itu sajalah kot yang luar biasa hari ini. Esok last praktikal sebab saya ada appoinment hari jumaat dan sabtu ni ada seminar laa pula. Lepas tu isnin balik kampung. hehe. Oklah itu saja. Wassalam.


-8/12/12 
-6.20pm
-kolej

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...