Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. wah panjang punya~ Jangan lupa jawab k. hehehe. Saya rasa ramai di antara blogger berada dalam kalangan student kan? Tengok saja Blog Pilihan Malaysia. Punya banyak senarai pelajar IPTA, IPTS, Poli, dan banyak lagilah. hehehe. Jadi tidak dinafikanlah ramai blogger student. Saya pun salah satu daripadanya juga. Dengan jadual kelas yang agak padat kiranya. Mula jam8.30 habis jam 4.30. hampir setiap hari begitu. Tidak percaya?? Tengoklah jadual i sem ni. uhukss...
Sampai hari sabtu pulak tuh. Uishh. Rilek rilek. Jangan cepat melatah dan mengeluh wahai nunuijoe. Nanti makin berat rasa dalam dada. huhuhu. Jadi mungkin kekerapan menulis entry dalam sehari mungkin juga terjejas. Yeah for surelah kan. hehehe. Hari sabtu 4jam tuuu. Tapi saya suka kelas hari sabtu tuh. Tidak boring walaupun hampir beku didalam kelas. Haha. Kena bawa makanan tambahan ke kelas ni sebab kelas sampai 12.30 kadang-kadang 1.30 sebab ganti kelas hari tu. Subjek sem ni pun banyak. Jam kredit 21. Sebab subjek yang sepatutnya ambil sem lepas kena ambil sem ni. Entahlah kenapa. Bahagian pengurusan pihak atasan kureng memuaskanlah. Dengar-dengar start jam 4.30 - 7.oopm pun ada kelas ganti sebab selama 3 minggu ni ada satu subjek yang lecturernya jadi CI di klinik. Jaga budak-budak nursing sem2 di sana. Jadi kelas dia dengan kami tertangguh sampai minggu ke3 ni. Dan start minggu depan kelas ganti dari 4.30-7.00pm isnin sampai khamis. Sebenarnya berat juga hati saya, tapi apa boleh buat kan, itulah namanya student. Kalau tidak mau dan tidak suka berhentilah sekolah kan? Baiklah baiklah~~
Tapi sebenarnya saya sebagai seorang pelajar wajiblah mengutamakan pelajaran saya kan? Kalau mama bapa saya tau saya selalu blogging. Mesti dorang marah. Mesti duit saku tiap bulan ditarikkkk. haha. Dulu pernah kantoi dengan bapa ada kapel time sekolah sekolah kan. haha. Pastuh bapa saya cakap. "Pilih antara dua, kahwin kah berhenti belajar". Terpaku gue seketika memikirkan pilihan bapa ku itu. Kalaulah saya cakap "Pilihan yang bapa bagi itu sama sajalah pa" konfem kena cap tangan bapa ku di pipi ku. haha. Tapi saya cuma diam saja dan berlari ke bilik sambil menangis teresak-esak. haha. Luculah mengenangkan kenangan-kenangan zaman ketidakmatangan minda time tu. heheheh. Sekarang sudah insaf dan matang okay. Erkk sure kah?? haha
Jadi apa kesimpulannya? Kesimpulannya ialah sabarlah dan tabahlah mengharungi hidup ini wahai nunuijoe. Ini pun kira senang sudah tau. Jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar di Iraq sana. Kita disini ni kira cukup mewah dan sempurna lagi dari mereka kan? Jadi bersyukurlah dan bersungguh-sungguhlah dalam pelajaranmu wahai nur aida. Jadilah seorang anak yang mampu membuat ibu bapa dan keluarga mu bangga dan gembira. Insya Allah. Maka kurangkanlah berblogging mahupun "Fb"ing......................(nokhtah banyak2 bermaksud sdg berfikirrrr)
![]() |
| students in Iraq |
Ya Allah.
Kurniakanlah aku kekuatan, kesabaran dan keyakinan dalam menempuhi dugaan Mu ini
Ya Allah
Janganlah biarkan hatiku ini lemah dengan hanya ujian sekecil ini.
Sesungguhnya Engkaulah tempat kami meminta pertolongan.
Amin Ya Robbal Al-alamin..



No comments:
Post a Comment