19 January 2011

huuu... perasaan ini....

google saja~
Malam ini rasa macam. hmmm. Tidak tahu apa mau cakap. Bosan iya, Malas iya, Lapar iya jugak, Sakit hati iya jugak. Aduilah. hmm. Bosan saya bila saya mengeluh. Entahlah. Apa pasal gue pun tidak tahu. Rasa sakit telinga pun iya juga. Dek kerana orang sekeliling yang mengilai ngilai. Kerana sikap sesetengah orang yang mengambil mudah akan sesuatu. Ouh saya rindu mama saya. Saya rindu mau masak untuk family saya. Saya rindu spaghetti yang dimasak dirumah. Cuti Tahun Baru Cina ni di manalah saya mau merempat.
Kalau JPA sda masuk time tu kan ok lagilah rasa hidup. Dan rasa sakit hati sebab, rasanya ini masuk minggu ketiga saya bersenam hampir setiap hari. Berat makin naik pulak. Ah! Stress saya. Kadang-kadang rasa macam sia-sia. Tapi saya tau saya tidak boleh putus semangat. Dan saya pun menukar niat saya kepada bersenam untuk lebih sihat bukan untuk kurus. Oww yeah~ Insya Allah. 

Cuma malam ini agak lain. Hati rasa lain macam. Tengok movie tidak ada mood. Tidur pun mata belum mau tertutup. Last-last tengok laptop sajalah. Belajar pun mood belum sampai-sampai lagi. uh! Arghh jangan mengeluh nunui!! Saya tidak suka bila saya mengeluh! Entahlah~ Sudahh!! Malas mau layan ini perasaan yang sukar ditafsirkan. Chow~ Wassalam.

P/s : sedang menunggu tapi.. mana dia?? hmmm

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...