18 January 2011

Saya bukan orang Melayu...

Assalamualaikum. Saya bukan orang Melayu?? Betullah tuh. hehehe. Dalam kad pengenalan saya tidak tulis bangsa Melayu. Err memang pun dalam kad pengenalan dia tidak tulis bangsa apa kan. Cuma tulis warganegara saja. hehehe. Tapi dalam surat beranak mesti ada dia tulis bangsa apa kan? hehehe. Iyalah saya bangsa Dusun lah. Dusun kan salah satu etnik terbesar di Sabah. Kalau orang (biasanya org Melayu) tanya saya bangsa apa, saya cakap bangsa Dusun. Lepas tu orang cakap oh bangsa Kadazan Dusun tu. Setahu saya Kadazan tuh berbeza sedikit dari Dusun. Mungkin yang berbeza cuma dialeknya saja. Tapi masih boleh difahami lagilah. Tapi saya tetap orang Dusun bukan Kadazan.
Bila bercakap pasal bangsa Dusun, orang akan tanya tinggal dekat dusunkah? Walaupun hati saya rasa tersinggung dengan pertanyaan itu tapi tidak apa. Mungkin mereka tidak tahu perihal bangsa Dusun ini. Kalau baca tentang sejarah orang Dusun dulu-dulu ni. Saya ada baca satu aritkel ini yang mengatakan bahawa orang Dusun ni dulu kebanyakkannya tinggal di kawasan gunung ganang, berbukit dan tempat yang punya pokok-pokok buah-buahan. Iya mungkin juga cuma saya kurang pasti sebab saya pun dilahirkan pada zaman yang sudah merdeka dan kampung saya pun sudah maju time tu. Dan bila tanya mama saya pun mama saya cakap dulu kampung kita ni hutan saja. Oh then mungkin ada rasionalnya juga nama bangsa saya Dusun kan? hehe. 

Dan seperti yang kita tahu. Di Sabah terdapat banyak etnik kan? Dulu masa saya sekolah asrama di Kota Kinabalu dulu saya berkawan dengan pelbagai etnik. Dan geng saya sendiri pun terdiri daripada pelbagai etnik dan bangsa. Cewwah. Mau tengok geng saya masa sekolah dulu?? Dan sama-sama kita tengok perbezaan luaran daripada etnik dan bangsa ini. hehehe

gambar kelas 2006

gambar bersama kawan2

alamak tercicir satu budak sarawak.
hazirah majakir.
Can you spot the differences between all the ethnics? hehehe. Senang saja mau tengok beza dia kan? Bukan semua etnik sabah itu chinese look. Kalau yang di bawah nu memang muka-muka Dusun pure. Cantikkah? haha
Ini gambar parents saya dan adik beradik saya. Muka agak iras-iraslah sudah namanya adik beradik kan? hehehehe
my precious..

satu darah.....


Dulu masa saya kecil-kecil adat itu sangat kuat dipegang oleh ibu dan bapa saya. Dan tentunya beliau-beliau di kampung. Masa musim menuai dulu masa saya sekolah rendah kami masih menanam padi. Bila padi sudah siap tuai, kena simpanlah dalam satu tempat di luar rumah kami. Lepas tu saya nampak macam ada patung diperbuat daripada batang-batang padi yang dipotong. Menurut ibu saya pada waktu itu. Benda itu ialah semangat padi yang akan menjaga padi tersebut. Kalau tidak silap nama semangat padi tersebut ialah Bambarayon or Bambaazon (sebutan dalam kadazan if i'm not mistaken). Dan saya juga pernah menghadiri majlis Tadau Kaamatan masa kecik dahulu yang di adakan di dewan di tempat saya. Mereka seperti memuja semangat padi. Saya rasa yang memuja itu bukan orang Islam. So, no wonderlah. Orang-orang tua yang buat sebab mungkin mereka masih memegang erat pada adat. Bak kata pepatah, Biar mati anak jangan mati adat.

Tapi itu cerita masa kecil-kecil lah. Sekarang saya tidak pasti pula sama ada adat itu masih dipegang atau tidak sebab sekarang keluarga saya tidak menanam padi lagi. Dan kalau cakap pasal bangsa Dusun ni dia ada   ciri-ciri yang tersendiri contohnya tarian dia, iaitu tarian tradisionalnya, alat muziknya seperti gong, minuman mereka iaitu tapai (siapa yang beragama Islam harap tidak terlibat) makanan mereka iaitu tuhau, pakaian tradisionalnya. Senang cakap tengok gambar-gambar di bawahlah. hehehe

pakaian tradisional.
nanti kahwin nnt saya mau pakai lah
hehehe

unduk ngadau aka ratu cantik

keningau di peta sabah

tarian sumazau

tuhau

gong dan muzik paluannya

tapai

Ya Jadi begitulah cerita mengenai bangsaku Dusun. Semoga bangsa ku ini semakin maju ke hadapan. Terutamanya anak-anak ku nanti Insya Allah. (^^).


P/s : Images from google. (^^)/. Mau 3jam juga buat entry ni. hehehee laparr pulak. :D. Siapa org Dusun sini cepat komen! haha. tata~

7 comments:

  1. slalu btul ko post link post ko yg 1 ni kan..ekeke..tapi kan ad 2 silap sna yg gmbr ko tag2 tu..c azizah 2 org bisaya la, bukan bajau..hoho..chewah menegakkan ne nda puas ati..sbb ak pn org bisaya..miahaha XD

    ReplyDelete
  2. @cipol : hahaha. tu namanya repost cipol. haha. bisaya ka plak c azizah. haha main taruh2 bangsa ja tu haha ;D

    ReplyDelete
  3. Beta selaku bisaya pun terus mengomen di sini.. haha.. tapi pan-bisayan kan.. mix dusun.. kah kah kah..

    ReplyDelete
  4. pan-bisaya ah. inda buleh blah bilang org smmnjung. haha. Nasib baik saya Dusun sejati! ;D

    ReplyDelete
  5. nui dusun plus korea ek? mate cepet! hehe.. :)

    ReplyDelete
  6. ada orang kata muka oshe mcm muka adik sy. hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. lor?? yg tudung merah tu ke? bliau lagi comel lor.. hehe!

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...