20 January 2011

a story behind the ring.....

.........................

Ini gambar profile picture saya di fb saya. hehehe. Ada kisah sebenarnya di sebalik cincin itu. heheheh. Apakah? Cincin itu dibeli bulan jun 2010. Masa tu saya jalan-jalan dengan family d KK. Dulu-dulu kan biasanya ibu-ibu suka belikan anak-anak perempuan rantai or gelang emas kan? So do my mama. Mama saya belikan saya dengan adik saya rantai emas. Secara tiba-tiba. Nampaknya mama saya masih tidak faham kegemaran anaknya yang seorang ini. hehehe. Saya sebenarnya tidak berapa suka barang kemas ni. Lagi-lagi kalau emas dan emas itu ialah rantai. Oh. But its okay. I appreciate my mama's gift.

Then saya try laa pakai. Rimas jugalah sebab kalau mandi saya tidak buka rantai ni. Malas. hehehe. So mandi guna rantai saja. Dan dia akan tersangkut-sangkut dekat dekat shower sponge. eh bukan sponge yang macam jaring-jaring tuh. ENtah apa heh nama spesifiknya. Pastu selalu sangkut di rambut lagi. Adoii. Tidak boleh tahan gue. Sakit rambut. haha. Kadang-kadang sangkut di baju dan tertarik akhirnya terputuslah rantai itu. hehehe. Mungkin itu tanda saya tidak sesuai guna rantai kot. ehehe. 2x mama saya belikan. Yang pertama tu hilang kena curi dalam kereta. Orang curi pecahkan kereta dekat Jalan Chow Kit. Letak dalam dompet. Dan dompet itu dalam beg laptop. Nasib baik saya tidak bawa laptop time tu. Bawa buku Anatomy and Physiology. haha. Kesian lah orang yang curi laptop tu bukannya ada laptop pun. hak2. Duit pun nasib baik tidak banyak time tu. Cepat-cepat buat laporan polis dan block kad-kad atm. heehe

Oh mnnyimpang dari tajuk sudah. Last-last saya bagitau mama saya. "Lain kali mama tidak payah lagi belikan rantai untuk saya. Bukan apa sebab saya tidak minat rantai dan tidak juga minat emas. Saya suka silver or emas putih dan yang sewaktu dengannya. Sebab emas tu macam style orang tualah ma." hahaha. Mama saya pun gelak. Okaylah katanya. hehehe. Then saya bagi mama saya rantai yang putus tu. Saya cakap "Saya tidak mau pakai lagi ni rantai ma. Nanti balik-balik putus. huhu" Pastuh mama saya cakap. "Tidak apalah. Mama ambil sajalah ni rantai. Mau kasi bagus. Lagipun mama mau kasi sangkut benda ni" Oh benda tu sambil melihat ke arah benda tu. Orait ma.. heehhehe. Saya terharu juga sebab mama saya sanggup belikan anak-anak dia rantai. Padahal mama saya sendiri tiada rantai. Cincin kahwin dia dulu pun dia bagi saya. Tapi kena curi bersama dengan rantai yang 1st tu. huhu. Nangis saya minta maaf sama mama saya. uuuu

Bila saya sudah dewasa. Cewah haha. Saya pun belilah cincin itu masa berjalan-jalan dengan family. Ada kedai jual barang kemas silver di karamunsing kota kinabalu. Bila tengok signboard dia tulis Diamoney Mula-mula saya tengok-tengoklah dulu kan. Tengok-tengok sambil angkat kening. haha. Saya tanya ini emas putih ka silver? Pastuh dia cakap Platinum. Oh i see. (eksyen sekejap. haha). Nama saler tu Mabel. Maka berlakulah perbualan antara  kami. ehehehe

Mabel : Kau cari apa dik?
Saya : err tengok-tengok dulu kak. hehehe
Mabel : ohh bah tengoklah.
Saya : boleh tengok cincin yang tu? (sambil menuding ke arah cincin itu)
Mabel : Kejap aa.. Nah..
Mabel lagi : Tapi dik yang ini seswai untuk kau. (sambil menunjukkan cincin yang harganya buat mata saya terbuka luas sikit haha)
Saya : ermm sebenarnya saya budget cincin yang under rm200 kak. Hehehe. 
Mabel : kalau macam tu ni bahagian yang under rm200. Yang ini platinum ori dan 7 arrow plus forever shining. bla bla bla...

kakak tuh berkata-kata banyak. Saya dengar saja sambil angguk-angguk kepala. Last-last cincin lain yang saya ambil. haha. Kesian dia penat promote cincin yang lagi satu. haha. Biarlah bagi dia peluang bercakap kan. hehehehe. Lepas tu saya cakap. Kak saya tiada duit ni. ATM di mana aa? hahah. Tunggu kejap aa. Saya cari ATM dulu. Tapi saya tidak tipu dia. saya betul-betullah datang balik bayar cincin tu. hehehehe. Dan terbelilah saya cincin yang budget under rm200. Tidak sampai rm200 pun. hehehe. Mama saya nampak saya pakai then mama saya cakap "uiyoo pakai cincin oo dia" haha. Saya ketawa-ketawa saja. Mula-mula mama saya tanya berapa harga saya tidak mau bagitau. Lama-lama bagitau jugalah. heheheh. Nasib mama i tidak marah. hehehe.

Bila sudah beli jarang pula pakai sekarang. Yalah sebab selalu dengan uniform. Mana dapat pakai. huk3. Akhirnya tersimpan kemaslah ia di dalam locker. Kalau saya pakai baju kurung isnin dan jumaat pakailah saya cincin ni. hehehe..

kasihan dia terperuk dalam kotak saja...

P/s : Bila barang tu kita beli guna duit sendiri, rasa lebih hargai benda itu kan?? (^^)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...