Assalamualaikum semua. Hari ini hari bermalas-malasan. Kehkehkeh. Tidak jugaklah. Tadi berjam-jam buat skrip bahasa arab. Last-last tidak habis jugak. Macam mana mau habis kalau asyik depan facebooooook saja kan? Hehehe. Hari ini mau cakap pasal cinta.
Dulu kawan saya ada cakap : “Bila mencintai seseorang jangan terlalu member harapan terhadapnya, sebab kalau akhirnya nanti tidak panjang jodoh, hati rasa sakit sangat”
Mama saya cakap dengan saya masa saya putus cinta dahulu kala : “Jangan risau, suatu hari akan datang juga cinta yang memang tercipta untuk kau. Study dulu noi”
Bapa saya cakap masa kantoi sudah pandai kapel dahulu kala : “Kau pilih antara dua. Berhenti sekolah atau kahwin!!” (daku pun lari ke bilik sambil menangis-nangis. Haha. Luculah time tu.hehehe)
Cinta.. Bagi saya cinta itu satu keajaiban. A miracle. Saya rasa pelik macam mana rasa itu boleh timbul. Kamu takkanlah tidak pernah terfikir kot. Hehe. Macam mana aa? Itu lah yang membuatkan saya rasa cinta itu satu keajaiban. Tiba-tiba wujud. Kita tengok orang tu, kita selalu sama-sama dengan dia, then kita jatuh cinta. Kita kemudian mengikat hubungan yang sah. Tiba-tiba ada anak. Eh bukanlah tiba-tiba. Mestilah menjalani proses-proses tertentu kan. Hehe. Tapi itulah ada sesetengah orang yang suka membuktikan ketulusan cinta mereka itu dengan cara yang salah. Ah cakap pun semua orang mesti tau kan? Kalau tidak, tidak akan keluarlah di dada-dada akhbar tentang kes pembuangan bayi di Negara kita.
Semua ini disebabkan apa sebenarnya? Disebabkan oleh cara penyampaian cinta anak-anak muda yang salah. Terburu-buru tidak memikirkan kesan di masa akan datang. Ingat mau sedap saja. Bila nasi sudah menjadi bubur, akhirnya bubur itu dibuang. Bodohnya! Totally stupid! Pembunuh! Minta maaflah kerana bercakap seperti itu. But they deserve that word right? Suka hati berzina, then pregnant, pastu buang bayi. Tidakkah itu satu tindakan bodoh? Sudahlah berzina, buang bayi lagi. Nate aka Binatang tahap 3 lah manusia begitu.
Seperti yang kita tahu, Valentine Day sinonim dengan cara penyampaian rasa cinta terhadap seseorang seperti memberikan bunga, cokelat pada yang tersayang. Namun malangnya, Valentine Day diraikan oleh sesetengah pihak di luar sana dengan cara yang salah dan berdosa di sisi agama Islam. Saya tidak tahulah bagi agama lain. Tapi saya tahu Islam melarang keras sama sekali perbuatan-perbuatan yang menghampiri zina. MENGHAMPIRI pun tidak boleh apa lagi MELAKUKAN kan? Oleh kerana banyak perkara maksiat terjadi semasa Valentine Day ini, maka itulah sebab pihak JAKIM mengadakan kempen Anti Hari Valentine. Sebab apa? Untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti kita di samping mengurangkan kadar berlakunya maksiat di Negara kita ini. Satu langkah yang bagus! Semoga kesedaran dalam kalangan masyarakat kita semakin meningkat dan seterusnya masalah pembuangan bayi-bayi dapat di atasi. Tapi saya rasa bukan Valentine Day pun maksiat tetap berterusan. Cuma mungkin statistic dia agak tinggi la kot di musim Valentine Day ini.
Bagi orang bukan Islam yang meraikan Valentine Day ini raikanlah dengan cara yang baik, tanpa ada unsur-unsur yang lead to 'penyerahan tubuh badan anda'. Tidak sayang badankah? Free free orang dapat rasa padahal belum tau dia akan kahwin kamu ka tidak kan? Lainlah kalau kamu dapat tengok masa depan macam Doraemon. Bagi umat Islam, pleaselah jadikan diri kamu itu mahal sikit. Eh bukan sikit tapi MAHAL BANYAK! Takkanlah dengan hanya perkataan I Love You sebagai jaminan, terus berani pegang-pegang nanti lepas pegang-pegang terus rebah pula di kaki pasangan yang sememangnya bukan suami/isteri kamu. Saya bercakap bagi yang belum berkahwin ya. MURAHnya kamu! Kasihan. Sebelum buat sesuatu, fikirlah apa kesannya terhadap diri, keluarga, Agama serta bangsa kamu. Kalau rasa tidak boleh tahan sangat. Maka berkahwinlah...
Wassalam~
P/s : Bagi saya, hari-hari adalah hari untuk bercinta. Cinta untuk diri sendiri, keluarga, sahabat-sahabat dan yang paling utama ialah cinta buat Pencipta kita. Ya benar cinta itu satu perasaan yang suci andai kita tahu menjaga dan memeliharanya. Hari-hari adalah hari bercinta! (^^)/






No comments:
Post a Comment