Saya seorang wanita. Tapi macam mana pula kalau saya seorang lelaki? Selepas meneliti insan-insan bernama lelaki di sepanjang hidup ini, maka saya akan buat sebegini JIKA SAYA SEORANG LELAKI. (^^) :
![]() |
- Jika berada didalam bus yang penuh, dan ramai perempuan berdiri termasuk orang tua, saya akan berdiri bagi tempat duduk untuk perempuan terutamanya yang lebih tua. Bukan mau tunjuk macho cuma kerana rasa simpati dan rasa hormat tu masih ada dalam diri. Pernah satu ketika dulu masa tu saya dalam perjalanan balik ke Shah Alam dari KL pada tahun 2008. Saya naik bus. Di tengah-tengah perjalanan tu ada seorang wanita mengandung naik bus. Masa tu bus sudah penuh. Saya duduk depan dan kakak tuh pun di depan. Depan saya ada seorang lelaki. Saya tengok dia dan tengok kakak tuh. Oleh kerana lelaki tersebut tidak ada perasaan maka saya pun panggil kakak tuh suruh duduk di tempat saya. Tiba-tiba pakcik driver bus tuh marah saya pulak. Dia cakap "Bila dah jauh macam ni baru kamu nak bagi tempat duduk. Kakak tuh mengandung tau dik". Ya Allah malu saya time tuh. Sudahlah ramai orang time tu. Dalam hati saya cakap "Sepatutnya pakcik marah lelaki yang depan saya ni. Sihat walafiat tapi tidak mau bagi duduk sama perempuan yang lemah lagi mengandung ini!" Saya pun buat tidak layan sama pakcik tuh. Kakak tuh tidak pula bising pakcik tu pula yang lebih-lebih. Lepas tuh saya minta maaf dengan kakak tu. Lepas dari hati tu saya berazam akan bagi orang yang layak diberi tempat duduk kerusi yang saya duduk. Yalah lelaki di zaman ini sudah semakin lemah rupanya. =P
- Saya akan menghormati ibu bapa dan adik beradik saya. Saya bagi satu keadaan. Keadaan di mana seorang ayah dan anak lelaki yang sedang berbalah pendapat. Si ayah suara sudah tinggi tapi si anak lelaki itu masih dengan suara yang rendah dan tenang. Walaupun saya tahu kesabaran dia cuma tinggal di hujung-hujung lagi. Dan bila sudah tidak boleh menahan marah, si anak lelaki keluar. Dan balik apabila keadaan menjadi tenang semula. (Saya pun buat begini apabila berdepan dengan keadaan yang sama cuma tidak keluar rumahlah. Duduk berkurung dibilik. hihihi)
- Jika sudah berkahwin nanti saya tidak akan pukul isteri dan anak-anak saya tanpa sebab yang munasabah dan tidak akan memukul mereka macam mau pukul sampai mati! Ahh lelaki macam ni yang saya paling benci! Kalau sayalah perempuan itu saya akan balas balik. Peduli apa saya! Yalah kalau setakat benda kecik dan boleh dibawa berbincang kenapa pula mau pukul-pukul pulak? Kalau kena dengan saya saya ambil pisau cucuk dia. Baru padan muka. Perkahwinan bukan bererti Suami itu sebagai Raja dan Isteri itu Hamba. Jadikanlah isteri kamu itu sebagai bendahari di singgahsana kamu nanti. Bukannya hamba yang cuma memuaskan nafsu kamu. Kalau jumpa orang begini ku tembak sudah tau!
- Bila sudah berkahwin nanti saya akan menanggung perbelanjaan hidup ibubapa saya. Yalah berkahwin bukan bermaksud tanggungjawab kita sebagai anak sudah terputus kan? Kesianlah ibubapa dirumah. Sudahlah kita ni bekerja jauh, tidak mau hantar belanja lagi dekat ibubapa. Ingatlah balik jasa ibubapa kamu masa kamu study dulu. Hantar duit tiap-tiap bulan. Tapi kita bila senang mula lupa ibubapa. Tidak kirim duit. Bila ibubapa minta duit sikit untuk bayar bil cakap mau bayar keretalah, mau bayar rumahlah, padahal dulu masa kita minta duit dengan ibubapa dorang tidak bagi alasan begitu pun walaupun masa tu ibubapa lagi banyak tanggungan dari kita. Semoga kita menjadi anak yang berjasa apabila sudah bekerja nanti.
- Bila sudah berkahwin nanti saya akan tolong isteri lakukan kerja-kerja rumah. Bukan hanya goyang kaki bila isteri sibuk-sibuk buat kerja layan karenah anak lagi. Ish tolonglah malu sikit ya para lelaki. Dulu masa bercinta rajin tahap dewa depan gelfren. Bila sudah kahwin jadi ular sawa ja. Makan tidur kerja, makan tidur kerja saja tiap-tiap hari. Tidak bosankah hidup begitu. Kesian isteri semua kerja rumah pun isteri buat. Sampai ajar anak mengaji pun isteri juga yang buat. Macamlah si isteri tuh tidak kerja di siang hari. Bertimbang rasalah sikit wahai suami-suami sekalian.
- Jika saya seorang lelaki, Saya tidak akan curang jika ada kekasih atau isteri. Bila sudah jumpa cinta itu saya tidak akan sia-sia kannya. Bak kata orang cinta mati! Wahh tidaklah sampai cinta mati gituh cuma selagi hayat dikandung badan, Insya Allah cinta itu tetap untuk si dia selagi cinta itu diredhai Allah dan ibubapa. Dan yang pastinya cinta kepada Pencipta kita yang paling utama. (^^)
Hmm rasanya itu sajalah kot setakat ini. hehehehe. Penat saya taip tau. Semoga insan-insan yang bernama lelaki diluar sana dapatlah sedikit sebanyak pengajaran dalam entry ini. Kalau tidak dapat apa-apa pengajaran hmm baik kamu jadi perempuan sajalah. haha. Gurau k. tata~
-Wassalam-

haih..sbar la k..niat awk bek..org len x tahu,,tp tuhan tau..kta hdup bkan 1 alam..tp 2 alam..nantio yg pengakhran yg lbey pnting kn..huhu..be cool eh..=)
ReplyDeleteNui, jgn lupa solat jumaat di masjid....lg bgus solat jemaah tiap waktu di masjid..(jika sy seorg lelaki)...=D
ReplyDelete@yana : Ingtkan u yang mau jadi bilal time solat jumaat yana haha :D... betul tu! :D:D:D
ReplyDelete