Assalamualaikum. Oh ya. Tadi di kelas masa subjek Mental Health, kami Cuma buat presentation about Mental Health. History, etiology dan therapeutic communication. Saya tertarik dengan satu slide kawan saya yang mengatakan tentang chronology factors that lead to mental illness. Err tidak ingat sangat tajuk dia. Ingat yang word chronology saja. Hehe. Dia ada 3 susunan factors yang secara boleh lead to Mental Illness iaitu Precipitating factors, Predisposal Factors and Chronic Factors. Erm sebenarnya saya tidak ingat sangat apa yang nama factors yang dibincangkan tadi. Haha. Boleh pula macam tu padahal baru tadi siang bincang pasal ni. Hehehe.
Tapi apa yang menarik hati saya di sini bila mereka menberikan contoh ‘broken family’ bagi factors di atas. Entahlah bila terdengar atau ternampak perkataan itu, saya akan terasa hati. Bila mereka member contoh apabila seorang budak dilahirkan dalam keadaan broken family itu dan rasa tertekan dan terpengaruh dengan keadaan family yang kucar kacir boleh lead kepada Mental Illness jika tidak dirawat. Tiba-tiba dalam hati saya berkata. “Yes I came from a broken family for a few years ago. And do I look like having a mental Illness?” But then I just kept it inside me. Dan seorang kawan saya mengangkat tangan sambil memberikan pendapat. Dia kata “ Tadi saya bercakap dengan salah seorang ahli kumpulan kamu mengenai topic ini dan dia mengatakan bahawa actually it is all about coping skill. Kalau orang itu tidak dapat cooperate with the situation ya mungkin dia boleh lead to mental Illness…….” Dan ada lagilah sambungan soalan dari pendapat dia tu. Dan pendapat dia itu membuatkan saya mengangguk-anggukan kepala sambil tersenyum. Hati rasa tenang bila tahu ada yang masih memahami tentang itu. =)
Bukan saya cakap saya dilahirkan dalam keadaan keluarga yang kucar kacir. Tidak. Saya lahir dalam keluarga yang sederhana dididik dengan penuh disiplin dan strict dan boleh dikatakan bahagia. Walau kadang kala dilanda masalah, tapi biasalah bak lirik lagu P.Ramlee Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri kan? Tapi ditengah-tengah kehidupan kami, di saat-saat adik beradik saya semua sedang menuntut lagi (kecuali seorang yang sudah bekerja) pada masa itu, turun satu ujian ke atas keluarga kami. Yang membuatkan keadaan keluarga agak huru hara sedikit. Cuba bertahan selagi mampu, namun akhirnya terputus juga ikatan itu. Kerana di sepanjang permasaalahan itu berlaku banyak sangat yang terjadi. Kadang-kadang buat diri ini stress dan air mata sering jadi peneman walau saya tidak tunjukkan ia dihadapan keluarga ataupun kawan. Tapi satu yang saya prinsip yang saya pegang sampai sekarang. Masalah peribadi saya tidak akan campur dengan pelajaran saya, dengan social life saya. Saya asingkan ia. Kerana saya tidak mahu pelajaran dan social life saya terganggu kerana masalah peribadi atau masalah keluarga saya.
Cuma kadang kala bila tidak mampu menanggung seorang diri, saya akan luahkan dengan kawan saya. Certain friends. Kerana saya percayakan mereka.
Dan Alhamdulillah saya Berjaya sampai di tahap ini setelah mengharunginya selama 8 tahun. Yakni sedang berusaha menggapai segulung Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejururawatan. Alhamdulillah. Sesungguhnya ada hikmah di sebalik semua itu. Adik beradik saya sudah bekerja kecuali saya dan adik saya lepasan SPM tahun lepas. Keadaan keluarga yang sudah semakin stabil walaupun jurang ibu dan bapa saya masih begitu. Saya redha. Dan kalau ibu saya mahu berkahwin lagi pun saya tidak kisah. Sesungguhnya mama saya punya hak. Sedari kecil mama saya Cuma buat kami bahagia, jadi apa salahnya kalau kali ini mama saya pula yang mencari kebahagiaan untuk dirinya sendiri kan? Tapi saya pernah dengar mama saya cakap “Kebahagiaan anak-anak mama adalah kebahagiaan mama” Dan kata-kata itu benar-benar buat saya menangis. Saya cuba untuk buat mama saya bahagia dengan keadaan saya di sini. Cuba buat mama saya bangga dengan result setiap sem saya. Insya Allah.

Berbalik kepada tajuk di atas. Saya cuba berfikir semula. Mungkin atas didikan disiplin bapa saya dulu kami jadi Berjaya sampai sekarang, walau banyak sangat dugaan yang menimpa. Dan saya pasti adik beradik saya juga punya coping skill yang baik atas dugaan semua ini. Kalau tidak mesti ada yang mental Illness sudah kan? Hehe. Nauzubillah. Saya Cuma rasa tersinggung jika ada pihak yang mengatakan bahawa setiap orang yang mengalami ‘broken family’ itu akan jadi kucar kacirlah hidup dia akan datang. Saya tidak setuju itu. Depends on the person itself lah. Kalau dia tidak dapat mengawal masalah itu, maka masalah itulah yang akan mengawal diri dia. Itulah sebabnya boleh lead to Mentall Illness.
Bukanlah disini saya mengatakan yang kawan-kawan saya yang present topic ni membuatkan saya tidak suka mereka. Tidak ok! Saya suka mereka present Cuma tidak berapa berkenan dengan perkataan ‘broken family’ tu. Hehehe. Yalah sebab saya pernah mengalami saat-saat perit berlakunya ‘broken family’ itu. Ah malas balik-balik cakap pasal itu. Yang penting sekarang Alhamdulillah saya hidup bahagia bersama ibu dan bapa saya, adik beradik, kucing-kucing serta kawan-kawan saya. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. (^^)
![]() |
| like! |
P/s : Wajah yang selalu tersenyum itu menyimpan pelbagai rasa di hati~ (^^)

No comments:
Post a Comment