Assalamualaikum semua. Hari ini ada kesempatan mau update blog. Mau tahu. Minggu ini test kami ada 4. Berturut-turut pulak tuh. Dari hari selasa, rabu, khamis, jumaat. Semua lain-lain test. Mau tidak gila minggu ini. Tapi yang peliknya time-time banyak test ni makin kuatlah saya tidur. Haha. Mungkin itu salah satu cara saya untuk mengelakkan stress berlebihan. Saya memang macam ni. Bila kepala sudah sakit, jiwa mula kacau, haaa lepas Isyak sudah i tidur bangun-bangun Subuh sudah. Lepas tu baru dapat baca buku dengan lebih berkeyakinan. Haha. Saya tidak peduli test itu kalau keadaan saya sudah tahap begitu. Haha. Biarlah saja. Lagipun sudah berlalu. Kelas pulak batal hari ini. Kawan-kawan pakat-pakat bangun lambat. hahaha. Kami kan kelas Isnin-Sabtu. huuu.
Ok lah berbalik kepada tajuk di atas, LELAKI HENSEM BILA?? heheheh ini cuma pendapat sayalah. Lain orang lain taste nya kan? heheheh. Bagi saya seorang lelaki itu macho/hensem/bergaya/menarik apabila :
- Apabila 'dia' berbaju Melayu siap samping sekali. Wee Wee suka saya tengok. Tapi kalau ada lelaki pakai baju melayu lalu depan saya tidaklah saya melompat-lompat kesukaan. Rilek-rilek sudah. Puji dalam hati cukup. Puji depan riak pulak kan? heheh
![]() |
| kalo yg ni i terus puji depan2 dia terus. hehehehe |
- Apabila 'dia' dapat kawal kemarahan dia terhadap seseorang. Dengan kata lainnya dia bukan jenis yang panas baran lah.Tapi biasalah manusia kan ada tahap tahap kesabaran dia. Bila sudah tidak mampu ditahan habis semua terkeluar silap-silap boleh berdarah jugak kan? Tapi kalau setakat benda benda kecil try laa tahan kemarahan. Baru macho, ehehehe. Saya kalau marah, 3 kemungkinan yang akan saya lakukan. Pertama Cuba untuk bersabar, pujuk hati, Senyum. Kedua bila sudah tidak mampu bertahan saya akan cakap sambil menahan marah. Time ni suara dan badan sudah mula menggeletar. Ketiga bila sudah tidak bole sabar, tangan saya mula bergerak ke arah target. Hihihi. Jahat kan? Tapi saya memang jarang marah lah. Baru sekali tangan naik ke arah seseorang. hohoho. Harap tidak akan berulang lagi lain kali. Minta maaf. huhu
![]() |
| the rock is cooking! |
- Apabila dia senyum. dan Mata dia pun tersenyum. Saya suka! Buat kita pun tersenyum. Tapi ada juga orang jenis muka ketat kan? Senyum pun kedekut. Bukan kena charge pun kalau senyum. =p. heheheh
![]() |
| mata dia tersenyum (^___________^)/ |
- Apabila seorang suami bagi bunga dekat isteri dia. (^^). Romantik eh~ Lepas bagi bunga kiss sikit di pipi. Wahh~ tinggi imaginasi beta ni. hahah. Kan bagus kalau ada suami begitu. Bukan masa bercinta saja sibuk mau bagi bunga. Lepas kawen haram daun bunga pun tidak ada. =p
![]() |
| shutterstock.com sweet~ (^^) |
- Apabila seorang lelaki itu berjalan tegak, mendada dan mata pandang ke depan. Bukan terkangkang sangat dan terbongkok. Hehehe. Perempuan pun macam tu jugak, cantik bila berjalan lurus tidak terkangkang. Saya sakit mata tengok perempuan yang pakai heel tapi jalan agak terbuka aka kangkang sikit. Aduih la. Cantik sudah tu heel sayang cara jalan merosakkan pemandangan mata. haha. Tapi walau kasut apa pun kamu pakai jalanlah elok-elok. Hehehe. Kita boleh! (tetiba =p)
![]() |
| visualphotos.com hehehehe |
Tapi kita tau setiap orang itu berbeza-beza kan? hehehe. Ini cuma pendapat peribadi saya. Tidak tahulah orang lain. Saya suka lelaki jenis yang macam di atas. hehehe. Suka tidak bermakna cinta ok!. hehehehhe. Ok lah. itu saja. tata~ Wassalam.
P/s : Malam ini ada misi penting!





Tp dia yg aku kenal nih xtelmpau mndada.. Tp macho jgk.. hik3. Mcamana tuh aa?
ReplyDeletemesti ko tujukn entri ni utk someone..... kan??? hek3
ReplyDelete@Nurul Faezah haha.. xpa faeza. yg itu cuma ciri2 menarik sampingan saja :D
ReplyDelete@Zaiyahaha.. no comment :)
ReplyDeleteHurm...tapi bagi lelaki, isap lokok balu macho ma
ReplyDelete@Gimialamak gimi.. d mata pempuan lelaki isap lokok plg x macho skali. huhu
ReplyDeletedalam fb sy ada pic pakai baju melayu :P
ReplyDeleteGambar Artis Tanpa Make Up
@Henry Zackery jap2 tgk jap. haha ;D
ReplyDeletesamalah.. pndapat kita.. kunun bei.. hehe
ReplyDelete@ella : haha ;D
ReplyDelete