
Sinopsis cerita nih lebih kurang begini ya adik-adik. J. Seorang lelaki (Woong) yang sedang menuntut di University telah melepaskan seekor Gumiho (Nine Fox Tail) dari lukisan lama di sebuah tokong. Dia tidak tahu bahawa yang dilepaskan itu ialah Fox aka Serigala. Serigala ini merupakan seorang wanita yang sangat cantik. Sesiapa yang melihat pasti akan tergoda. Ada mitos yang mengatakan bahawa Gumiho ni makan hati manusia. So di kisahnya yang lepas, tiada siapa yang berani berkahwin dengan dia. Dan dia telah dikurung dalam lukisan. Tapi dilepaskan oleh Woong.
Oleh kerana Woong ini telah melepaskan dia dari lukisan itu, maka Gumiho pun menyelamatkannya. Woong jatuh dari atas bukit dan mengalami kecederaan yang sangat teruk. Gumiho pun tolong dia. Gumiho ini ada banyak kehebatan tau seperti berlari laju, boleh lompat tinggi-tinggi, kuat dan sangat suka makan daging mentah. Tapi dia pun ada kelemahan juga. Dia masukkan ‘bead’ dia ke dalam badan Woong yang membuatkan woong cepat sembuh dan langsung tidak merasa sakit.
![]() |
| Dong Ju yang cooool~ |
![]() |
| Noona err lupa nama dia. eheh |
Gumiho pun asyik follow Woong sebab dia suka sama Woong. Tapi Woong tidak suka dia. Perempuan yang Woong suka pun cemburu melihat mereka bersama. Woong tidak boleh tinggalkan Gumiho sebab ‘bead’ Miho ada dengan dia. Kalau Miho ambil balik bead tu, Woong akan mati atau sakit semula. Dan di pihak Miho pula ada seorang lelaki Dong Ju seorang Dr yang juga seperti Miho, separuh manusia dan dia suka Miho. Miho mahu menjadi manusia seperti Woong dan Woong pun mau bead tu untuk meneruskan bakat dia dalam lakonan dia. So mereka pun buatlah satu perjanjian tentang itu. Dengan syarat Woong tidak boleh dekat dengan perempuan lain selain dari Miho. Maksudnya dorang couple lah. Hehe.
Disepanjang perhubungan dorang tu macam-macam yang terjadi. Woong pun lama-lama jatuh cinta dengan Miho. So sweet~ (^______^). Tapi macam biasalah cerita korea nih. Lebih kurang macam di bawah ni.
Biasanya dalam cerita korea, kalau 2 orang sedang bercinta mesti ada penghalangnya macam My Girl, Sassy Girl dan yang lain. Hehe. Dan akhirnya Woong dan Miho hidup bahagia bersama. Hehe. Halangan dan cabaran percintaan mereka tu sangatlah banyak. Kamu tengok sendiri sajalah. Cerita sampai habis tidak best pulak kalau tengok nanti. Heheh. Cerita ni lain sikit dari yang lain sebab heroin dia ialah Gumiho aka Serigala berekor 9. Macam naruto pulak. Hehe.
Boleh tengok online di HOTKOREANDRAMA!.
Ok bai~ Wassalam…..





i like this drama!
ReplyDelete=) sama! :D
ReplyDeletecomel! I like!!! Hehe..~
ReplyDeletesgt comel! :D
ReplyDelete