19 June 2011

Ayam Masak Merah versi Nunui Joe


Assalamualaikum puan-puan. Hari ini kita bertemu lagi dalam rancangan memasak versi nunui joe. Sebelum itu peringatan buat semua ya. Resepi ini adalah sendiri punya resepi. Saya tidak tiru mana-mana buku resepi mahupun rujukan internet. Cuma berbekalkan bakat semula jadi. haha. Well actually saya selalu tengok mama saya masak saja. Lepas tu pandai-pandailah try and error. Tidak berjaya cuba lagi sampai jadi sedap. Haha. Ok semalam saya masak ayam masak merah. Sangatlah simple dan ringkas. Bahan-bahannya ialah :


  1. Sebahagian ayam (terpulang kepada pemakannya)
  2. Bawang putih 3 bawang merah 2. Halia sedikit. ( Ditumbuk hancur-hancur)
  3. Sos cili atau Cili giling (saya prefer sos :D)
  4. Cili/lada sebenar (kalau mau letaklah. Saya tidak suka pedas sangat. Sos tu pun pedas sudah bagi saya)
  5. bawang besar (tapi masa masak ni di rumah kami tiada bawang besar, so tidak letaklah. heheh)
  6. Garam dan gula secukup rasa.
  7. Air
Cara memasaknya :
  1. Panaskan minyak, bila sudah panas, campakkan para bawang dan halia yang telah ditumbuk. Tumis hingga wangi.
  2. Masukkan ayam. Goreng sekejap, bila kering sikit tuang air. Agak-agaklah ya airnya. Asal boleh tenggelamkan ayam cukup. Jangan jadi sup sudah. hehe
  3. Biarkan seketika lepas tu tuang sos/cili giling. Saya letak sos saja. Lagi sedap. Haha.Tapi terpulanglah pada yang lain sama ada mau guna cili giling/boh ataupun sos. Kurang suka pada cili giling sebab dia pekat pedas dan pahit. Hihihi
  4. campakkan juga cili dan bawang besar ya. 
  5. Oh ya! Jangan lupa letak garam. Dan kalau terlalu pedas, letaklah gula sikit. Tidak pun tambah air. Hehehe
  6. Ok masak ayam sampai minyak dia naik. Then tutup api pindahkan ayam ke dalam pinggan. Oyeah~
Ayam yang kekurangan warna merahnya
hehehehe
Tapi jangan lupa untuk sentiasa merasa masakan anda. Kalau iya pun main suka hati campak macam saya, kena selalu rasa ya puan-puan. Hehehe. Karang ada pula yang terbeliak mata makan. Haha. Oh ya. Dinasihatkan agar jangan letak banyak sangat minyak. Saya terletak banyak, maka banyaklah minyak naik di akhir masakan. Terpaksalah buang lebihan minyak dari ayam itu. Takkan mau makan minyak pula kan. eyeww, heheh. Oklah tu saja setakat ini. Resepi ini cuma sesuai di masak untuk family ya bukan untuk kenduri. Aishh Habis kena kutuk kalau masak kenduri macam ni. haha. Orait selamat mencuba! :D

P/s : Jangan disangka gua tidak pandai memasak apabila cucurku hangus di goreng. Haha

10 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...