Assalamualaikum. Wah. Macam hebat tajuk kan? Ya sememangnya hebat saya rasa, Yalah orang mau kawen mestilah kena ada persiapan apa semua kan. Okeh bercerita tentang majlis itu, sebenarnya majlis itu akan berlangsung pada 10 dan 11 Jun 2011 yakni Jumaat dan Sabtu minggu ini. Cuma persiapan di buat awal. Sembelih lembu pun hari ini tau. Terkejut jugak lah. Saya kan baru balik hari Selasa. So tidak tahu apa-apa. Just go on with the flow. :) Enjoy the pic ya.
Lembu yang disembelih tadi pagi. Petang tu belum sampai Asar sudah siap potong kecil-kecil semua. Wahh cepat sungguh!
Para sepupu-sepupu kecil ku. Nakal! Ada satu kejadian di mana sepupu-sepupu saya ni pi bukak paip PVC ikan dalam kolam di rumah kami tadi petang. Ikan semua berenang ke longkang umah. Wahh habis longkang kami korek untuk menyelamatkan anak ikan tu. Bila abang balik tanya berapa ekor ikan dalam kolam tu? Dia kata mau seribu ekor juga. Uishh terkejut saya. Banyak yang terkorban. Dia mau buat ternakan ikan dalam sangkat sebenarnya. So simpan anak ikan di kolam rumah sebelum pindahkan ke sangkar ikan sebenar.
Hmm budak-budak. Susah mau kawal kan. hehehe
Balik umah warna sudah berubah. baru ku perasan. Hoho
Langit di kampung saya cantik! ^^
Mula-mula sebenarnya mau catering saja pasal makanan ni. Tapi tukar pi masak sendiri. Lagi saya suka sebab boleh nampak semangat kejiranan dan kerjasama saat ini. Best! (^^). Bersama-sama potong daging. Lama tidak potong daging ramai-ramai macam tu. Last rasanya masa kawen kakak saya masa saya form4 tidak silap. Wah lama sudahh. ^^. Siang memang tiada masa mau online. Lagipun segan orang lain buat kerja kita pula sibuk online. Mesti rasa malu kan. Hehehe. Majlis nikah di Masjid Besar Keningau. Hehe. Ok lah semoga majlis berjalan lancar nanti. Amiin. :)
Dengan ini saya menjemput semua rakan-rakan saya tidak kira di alam maya mahupun
di alam realiti untuk hadir ke majlis ini. Jemput datang tau!
terima kasih~
^^,


No comments:
Post a Comment