Assalamualaikum. Bercakap mengenai Typical Malaysian, saya perasan dengan satu fenomena dalam dunia blogging yang sering berlaku. Iaitu penghebohan sesuatu perkara yang telah terjadi.
Ya kadang-kadang ia baik kerana membantu untuk menambah infomasi semasa tapi kadang-kadang bahaya juga kan. Boleh membawa kepada kutuk-mengutuk fitnah dan sebagainya. Entahlah saya pun bingung sebenarnya. Mungkin sebab kita suka meniru cara orang lain ataupun memang itu sebenarnya sikap kita? Kaki Gossip?? Kadang-kadang rasa macam kita ni 'mulut tempayan' pun iya juga. Haha.
Saya bercakap secara general sebenarnya. Yalah seperti yang kita tau sejak kebelakangan ini banyak isu hot yang timbul. Kisah tentang Dara, Tipu, Putera William tidak kurang juga tentang harga minyak, video seks dan macam-macam lagilah. Well bagi saya memang ada banyak kebaikan tidak kurang juga keburukan. Tapi saya lebih suka menonton daripada turut sama mengambil bahagian. Hehe. Malas mau membuat cerita lagi 'hot'. Mungkin bila isu itu benar-benar menarik minat saya baru saya akan turut mengambil bahagian. Kot~ Ehehe.
Saya pun berada di tengah-tengah sebenarnya. Kadang-kadang rasa macam cerita dalam drama la pulak. Macik A sebarkan berita pada Macik B. Macik B pulak bisik sama Pacik V. Berjangkit-jangkit u know. Saya takut terjangkit sebenarnya. Hehehe. Dan seperti yang saya katakan tadi ada baik ada buruknya. Sendiri mau fikir naa. :D. Minta maaf bagi sesiapa yang tersinggung. :)
P/s : Esok bermulanya 1 Rejab, Mari baca fadhilatnya di SINI!! (^^,)
edited : rasanya saya sudah terjangkit kot.. arghh~
edited : rasanya saya sudah terjangkit kot.. arghh~



No comments:
Post a Comment