05 July 2011

Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Assalamualaikum. Ok direct to the point. KML ialah Kolej Matrikulasi Labuan. haha. Itu sudah sememangnya kan. Dulu saya batch 2007/2008. Lepas saja PLKN di Kem Sembrong Batu Pahat dulu, Alhamdulillah dapat tawaran KML. Padahal time tu yang sebenar-sebenarnya saya tidak mahu masuk matrik. Dengar orang cakap susah mau mampuih. Sebenarnya lepas SPM dulu antara plan saya ialah continue study di :

  1. Diploma
  2. Maktab
  3. SPA
  4. Study di Nilam Puri, Kelantan
  5. Form 6
  6. Matrik
Matrik lah pilihan paling akhir saya dulu. Tapi bapa saya suruh ambil Matrik. So saya pun continue study matrik sajalah. Masa duduk matrik tu dapatlah rayuan pi UiTM Samarahan under course Civil Engineering. Tapi tidak maulah saya. Dulu masa sekolah saya tidak dapat terima sungguh kewujudan Fizik sebagai subjek teras sains. Haha. Makin belajar fizik makin bingung. Last-last dapat C fizik masa SPM. Tapi itu gue tidak kisah. haha. Saya teruskan juga di matrik. Bila saya tolak tu tawaran UiTM kakak saya cakap ok kau teruskan sajalah di matrik tu. Tapi kalau tidak lulus kau sana jangan menyesal. Wah. Tercabar sungguh saya time tu. Maka belajar bersungguh-sungguhlah saya di matrik. 



KML ni luas tau. Saya rasa saya pun tidak habis jelajah KML ni. Di sanalah saya berkenalan dengan lebih banyak suku kaum yang lain termasuk dalam Sabah, Sarawak serta Labuan sendiri. Bingung-bingung saya bila semua cakap dalam bahasa sendiri. Saya mau cakap Dusun pun tidak pass. haha. Yang sana cakap bahasa Rungus, yang sini cakap bahasa Iban. Terpinga-pinga saya. Orang Cina dengan Bumiputera susah sudah mau beza di sini kecuali kalau dorang bercakap baru dapat beza. Semua pun macam muka cina saja. hehe. Saya masih ingat lagi kelas saya dulu. H5T35. Hayat 5 Tutorial 35. hehehhee

Macam gambar Agogo pula ahaha
KML ni strict tau. Tidak boleh pakai jeans dan mesti berpakaian formal serta berkasut hitam kalau pi kuliah. Tapi ok lah tu pakai baju kurung hari-hari. hehehe. Kalau lelaki kena pakai spek mata tebal-tebal, rambut belah siring/tepi, dan seluar mesti atas pusat. hahaha. Ok yang itu cuma gurauan k. ^^. Kalau mau outing pun tidak boleh pakai jeans. Baju mesti bawah punggung. Ada hari tu student pakai baju singkat sangat pi outing. Sekali lecturer denda suruh angkat tangan. Nampaklah perut. Hehehe. Sendiri malu. ;p. Ahh rindu sebenarnya sama kawan-kawan di sini ni. 

ni budak paling hilang jejak!














naik lori pi pantai. hahaha


Yang di atas kawan-kawan sekelas saya dulu. hehehe. Sekejap saja rasa setahun di sana. Saya masih ingat lagi masa dekat-dekat exam saya nangis sebab tidak dapat jawab latihan soalan math. Haha. Lucu nih. Stress gila time tu. Dan saya juga pernah nangis sebab lecturer marah saya pasal kerja sains infomatik saya tu. Haha. Cengeng! Biarlah. Semua itu sudah menjadi kenangan terindah sudah. Alhamdulillah sekarang dapat juga further study di UiTM sekarang. hehehe. Baru-baru pi sana adalah sikiitt perubahan. Ah kawan-kawan ku, panjang umur ada jodoh bertemu juga kita nanti. ^^

EpiCare!
(^____^)/

P/s : Kamu dulu matrik mana?? hehehehe

8 comments:

  1. budak hlng jejak 2 c fiaz ka??? slalu aku nmpk d u coz kmi d kolej kediaman yg sma...:)

    ReplyDelete
  2. Iya c fiaz akmal ali ni.
    punya hilang jejak dia ni.
    Kami tidak tau pun apa berita dia skg
    dia sudah kawenkah tu? haha

    ReplyDelete
  3. sama batch la kita!! sy H1 dulu... hehe ^^v

    ReplyDelete
  4. wahh!! haha tidak sangka jumpa d fb. Cewah macam berkenal saja. haha. oo H1. saya H5 ;D

    ReplyDelete
  5. kml.di hatiku selalu.hahah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...