Assalamualaikum kawan-kawan (sejak bila kita jadi kawan?). Wahh haha jahatnya. Tapi bagi saya, kawan dan sahabat itu berbeza. Saya ada ramai kawan, tapi sikit sahabat. ^^. Ok berbalik kepada tajuk utama. Puding Trifle ini saya tau dari cikgu kami, masa beraya di rumah cikgu kami tahun 2009 dulu. Saya dengan kawan saya tertarik tengok tau. Balik rumah terus try. Try punya try sampai dekat 10x rasanya tidak juga menjadi rupa puding saya. Cair saja kastad dia. huhu. Bila saya try tiru resepi di Myresepi baru berjaya dengan jayanya! ^___^. Saya suka puding ni. mama saya pun suka.
Ini bahan-bahannya :
- Kek Swiss Roll yang panjang
- 1 tin Fruit Cocktail
- 1 tin susu cair
- 1 sudu besar gula
- tepung kastad 4 sudu besar (dilarutkan di dalam 1 mangkuk air biasa)
- Serbuk agar-agar
- 1 liter air
Cara-caranya :
- Potong kek swiss roll sederhana kecil, dan susun di atas loyang/bekas yang sesuai.
- Tuangkan air fruit cocktail itu di atas swiss roll tersebut dan ketepi kan. Buah tu jangan masukkan dulu ya.
- Panaskan susu cair bersama dengan gula, apabila sudah mendidih, masukkan kastad yang telah dilarutkan dan kacau sehingga pekat.
- Setelah pekat, tuangkan kastad ke dalam bekas yang berisi swiss roll tadi.
- Masukkan juga fruit cocktail tu ke dalam kastad. (tekan-tekan guna sudu. hehe)
- Biarkan sejuk buat seketika. Sementara itu, masak agar-agar mengikut arahan pada paketnya.
- Apabila sudah mendidih, tuangkan ke atas kastad tadi dan sejukkan. ^^,
Cakk sedapkan tengok. hehehe. Saya tidak guna swiss roll tapi kek yang hampir sama dengan swiss roll. Dan yang kek coklat di tepi tu kek saya buat sendiri tau, tapi tidak berapa menjadi sebab guna api oven atas bawah. Sepatutnya bawah saja. hehehe. Terlupa. Jadi tidak beranilah saya mau tunjuk kek coklat saya tu. huhu. Orait Jom makann! ^^
P/s : Syukur nak akhirnya berjaya juga menjadi puding trifle ^^
lama tak mkn puding.. huhu
ReplyDeletemakanlah.. hehe
ReplyDeleteminta sikit.. :-p
ReplyDeleteBah yang disiring-siring ah. haha
ReplyDeletewah!!! macam sedap ni... mo try la ni resepi... :)
ReplyDeletejom jom nowriz! :)
ReplyDeleteNah boleh buat satu Tag khas untuk resipi sudah kau ni Nui. Kasi promo sana sidebar tu. Manatau ada otai nampak, ada juga 'exchange', ehe..
ReplyDeleteKenapa kena kasi nama 'Trifle' ni? Triple? Hua3.. XD
@samizul : saya segan sebab bukan pro pun. huhu. Amatur cuma. hehehhe. Memang ni nama dia trifle. ^^
ReplyDeleteNaa, nda lama lagi puasa sudah kan. Boleh try bikin untuk bersungkai ni tau. Hehe.
ReplyDelete@fadzmie : haha. Bah sila sila :D
ReplyDeletehantu pudiiiing...wargghhh!!!
ReplyDelete@mun : haha meh bei dtg umah ;D
ReplyDelete