Terbangun di tengah malam. Jiwa rasa tidak selesa. Baca Al-fatihah, suara tidak mampu terluah. Hairan! Panggil nama mama dan kakak. Suara tetap tidak keluar. Hanya terperosok di tenggorok. Bertambah hairan. Kejadian ini pernah terjadi pada diri ini dahulu saat terkena buatan orang. Tunduk sebentar, apabila kembali mengangkat kepala seperti ternampak benda putih di sisi pintu. Cuba untuk menjerit namun sia-sia. Terjatuh dari katil lantas membaca Al-fatihah dan ayat 3 Qul. Keadaan masih sama. Suara tetap tersembunyi di tenggorok. Tarik nafas dalam-dalam.
Alhamdulillah sedikit suara sudah bisa terluah. Cuma untuk menjerit itu agak payah. Benda putih itu sudah hilang. Naik atas katil terlihat jendela bilik sudah terbuka. Sejak bila? Kalaupun kucing masuk di bilik ini, jendela tidak mungkin terbuka seluas itu. Tangan pantas mencapai handphone. Bayangan putih berambut panjang mula hampir di jendela. Ya saya nampak cuma tidak berani mengangkat kepala bertentang mata dengannya. Cuma tangan yang ligat menekan nombor mama. Tapi kenapa tidak mampu untuk ditekan untuk menelefon mama? Ku cuba lagi. Hampa tetap sama. Dengan berani diri ini mengangkat kepala bertentang mata dengan bayangan putih itu. Dia nyata memandangku sambil tersenyum~
Ibu jari tergerak, diri ini tersedar dalam keadaan meniarap. Masih bertelekung putih sambil kucing berwarna putih tidur di sebelah. Ah~ Astaghfirullah. Rupanya itu cuma mimpi ngeri. Nightmare! Mimpi kedua paling buruk pernah di alami. Mungkin mimpi itu ingin mengejutkan diri ini yang terlena selepas maghrib sehingga jam 9.45pm. Astaghfirullahalazim. Lidah ini lantas beristighfar. Bangun perlahan-lahan mencari mama di ruang tamu terus menceritakan mimpi buruk itu. Mama hanya tersenyum sambil berkata 'Dia mau kasi bangun kau bah tu'. Ya kalau iya pun mau kejutkan untuk solat isyak takkanlah begitu sadis sekali caranya. Fuh~ syukurlah hanya mimpi.
P/s : Mungkin mimpi itu membawa petanda apa-apa? Atau mungkin cuma mainan tidur. hurmm

habislah ko ni kali Nui.. :-p
ReplyDelete@aki : adess. sy xtakut sudah ni (sambil berpeluh) haha :D
ReplyDeleteScaweeeeeee
ReplyDeletehuhu. memang mau c bangun tuh. :)
ReplyDelete@cinoi ; terus saya susah mau tidur sudah lepas tu haha
ReplyDelete@cahaya : haha betul tu :D
ReplyDeletekalau sy.. kompom tidur malam terang benderang tu bilik... penakut kan.. hihihi
ReplyDelete@nowriz : begitula sy pada mlm tu nowriz haha :D
ReplyDelete