Assalamualaikum. Apa khabar hari ini? Saya pening pening sikit sebab termakan tom yam yang sangat pedas. Well tidaklah pedas sangat cuma saya bukan jenis yang tahan pedas. hehe. Ditambah pula dengan semburan fogging di kawasan apartment kami laaagi lah pening dan sesak nafas. Dengar dengar ada 8 kes denggi berlaku di kawasan kami. Wah~ Terkejut beta~
Okeh. Astraphobia! Astraphobia ini adalah keadaan di mana seseorang itu fobia akan kilat dan guntur. Eh jap orang sini panggil gunturkah? Oh ya sini panggil guruh kan. Lupa pula. Hehehe. Kalau Orang Dusun panggil genit. Haha. Symptoms dia termasuklah berpeluh-peluh, menangis, menggeletar apabila guruh dan kilat muncul. Lebih kronik lagi, seseorang yang astraphobic itu akan bersembunyi di bawah katil, di dalam almari, di tandas untuk melindungi diri dari kilat dan guruh. Ada juga yang menutup telinga dan mata apabila keluar guruh dan kilat. Macam saya. Heheheh. Biasanya kanak kanak yang selalunya fobialah.
Dulu masa kecik kecik seingat saya, saya pernah nangis sebab kilat dan guruh ni. Sebab saya rasa rumah macam mau runtuh saja dengan guruh tu. Sorang-sorang pula tu dalam bilik. Lagilah nangis bawah selimut. Haha. Ingatkan okeylah sudah bila sudah besar ni. Rupa-rupanya masih takut lagi. Cuma tidaklah fobia sangat. Cuma kalau ada kilat dan guruh tu saya tutup mata dan automatic akan tengok tempat lain. Takut gue ow~ Biasanya kalau kilat dia terang sangat, guruh yang menyusul lepas tu mesti sangat kuat. So selalunya saya akan tutup telingalah juga. Haha. Fobia juga saya ya. Cuma itulah, mungkin tahap fobia saya tu tidaklah sangat teruk. Kalau dikira ikut no 1 - 10, level fobia saya cuma 3 4 saja kot. :D
Treatment untuk astrophobia ini, biasanya ialah Cognitive Behavioral Therapy Techniques di mana kita akan di ajar cara-cara untuk menenangkan diri semasa terjadinya kilat dan guruh. Saya pun baru baca sebenarnya. Bila sudah tau maka disharelah. hehehehe. Kamu tidak fobia denga kilat dan guruhkah? ^^,
Wassalam
P/s : Dulu masa kecik, saya fobia dengan tempat yang gelap dan sempit.
Nangis saya bila adik beradik saya kurung saya dalam tong besaar dulu
uuu



takdelah fobia sangat ngan guruh, kilat, or macam2 lagilah yang sama waktu dengannya.. biasa jer.. tapi kadang2 takut jugak arr.. ha ha haa
ReplyDelete@era : haha. kalau takut sikit sikit ok lagilah. heheheh
ReplyDelete