21 September 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti??



Assalamualaikum. 'Patah tumbuh hilang berganti' merupakan sebuah kata pepatah orang Melayu. Analogi nya ialah seperti anda putus cinta hari ini. Lusa sudah ada pengganti. Contoh lain, esok u cerai tulat dah ada calon baru. Bunyi macam hebatkan? Hehehe. 

Kadang-kadang saya tidak faham macam mana seseorang itu boleh 'Patah tumbuh hilang berganti'. Ok cuba bayangkan kita sudah lama dengan orang tu. Mungkin setahun dua. Erm mungkin 5 6 tahun. Tiba tiba kita putus dan ada yang baru. Tidakkah rasa lain?? Rasa sayang itu memang senang ditukar gantikah?? Kecuali kalau anda memang orang jenis yang tidak boleh kalau tidak ada partner or couple maybe. Jenis yang mesti ada seseorang di sisi yang menyayangi dan membelai jiwa anda. Erkk ok bulu roma sedikit meremang. (haha)


Saya betul betul tidak faham. Serius! Bukan saya tidak pernah ada pengalaman couple di masa jiwa remaja dahulu kala (sekarang bertambah muda ok! :D). Ya kami couple hampir 2 tahun, malangnya sesuatu terjadi dan kami clash. But I don't even cry you know. Bukanlah saya mahu berbangga diri kata tidak nangis masa tu cuma saya terfikir kenapa saya perlu menyesal/menangis/meratapi/meroyan (eh???) dengan hal yang sememangnya tidak membawa apa-apa kepada saya? Remeh-temeh gituh. (Kalau bapa saya tau mesti saya sudah kena tampar tau). haha. Tapi saya tetap berterima kasih ke atas si dia kerana buat saya rasa bahagia buat seketika. Tapi lepas clash rasa lebih bahagialah. ^___^/


Dan selepas itu, susah untuk saya mencari pengganti lain. Bukan sebab saya masih 'chenta' kan si dia. Tidak! Cuma teringat-ingat sajalah lepas itu (haha. terasa malu pula!). Faktor utamanya ialah kerana rasa 'serik' itu. Orang Sabah bilang 'jera/jara' sudah. Heheheh. Rasa sakit itu buat saya serik, buat saya berfikir panjang, dan membuatkan saya lebih matang apabila berbicara tentang hal ini. And made me became a strong woman! Alhamdulillah. Bila kita memandang sesuatu itu dari sudut positif, sekurang-kurangnya kita tidaklah rasa 'jiwa kachau' sangat. Semua yang terjadi itu ada hikmahnya. Mungkin dari persitiwa itu mahu memberitahu kita yang dia bukanlah seseorang yang sesuai untuk kita. Ada yang lebih baik menunggu kita di luar sana. Bak kata pepatah 'Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor'. Saya lebih suka guna pepatah itu dari pepatah 'Patah tumbuh hilang berganti'.


Sedangkan wanita yang bercerai atau kematian suami pun ada tempoh eddah (4 bulan 10 hari) nya dengan tujuan untuk memastikan tiada zuriat di dalam rahimnya. Selain dari itu, untuk menenangkan jiwa wanita tersebut dari kisah-kisah lalu. Inikan pula yang baru putus gelpren boipren. Aduh. Sindri mau pikiaq ler bro. Kalau hati anda memang jenis yang mudah bertukar cinta, yang hati tidak pandai serik-serik, wajib ada pasangan di sisi, cepat rasa lonely-lonely gituh, maka carilah pengganti dengan kata lain NIKAHlah anda. Usah cemarkan hati dengan zina mata, zina hati dan zina-zina yang lain dengan bercouple bagai. Anda boleh jaminkah boleh terhindar dari zina zina di atas dengan bercouple? Saya tidak berani jamin diri saya seandainya saya ber'couple' bagai lagi. Well protection is better than cure right? hehehe. Jangan tambah dosa kita yang sedia ada. =(


Dan begitulah dia kisah 'Patah tumbuh hilang berganti' ini. Tapi saya cuba untuk meyakinkan diri saya sekali lagi bahawa manusia ini walau rambut sama hitam, hati lain lain, perangai juga lain-lain. Bukan semua orang berfikir  yang 'Patah tumbuh hilang berganti' itu bagus, dan sebaliknya. Takkanlah saya mahu paksa-paksa orang single lama-lama kan? So penyelesaiannya seperti yang saya katakan tadi. NIKAHlah. Hehehe. Orait ada hal mahu buat. Wassalam.

P/s : Cintaku bukanlah jenis PAKAI BUANG - Stacy

4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...