Assalamualaikum. Hari ini masih pergi beraya bersama kawan kawan di rumah CI kami. Best la jugak ramai ramai jalan. Hehehe. Makan satay, soto dan sebagainya. Ok lah berbalik kepada tajuk di atas, saya rasa memang anda semua sedia maklum akan jiwa jiwa wanita yang terkadang agak sensitif, rapuh dan sebagainya. Ada orang kata sebab perempuan ni suka tengok drama korea, lagu lagu cinta dan yang sewaktu dengannya. Entahlah, saya sebenarnya tidak faham kenapa ada orang cakap macam tu. Dulu masa putus chenta ok ja pun saya. Tidaklah saya sampai teresak esak menangis. Excuse me???! Blah~
Saya pun sebenarnya dalam sebulan tu, memang akan masa masa yang saya akan rasa mudah sensitif, cepat marah, mudah terasa hati. Ini hasil daripada penelitian saya terhadap diri sendiri tau. Kamu pun try lah buat macam tu. Menjadikan diri sendiri sebagai bahan eksperimen. Haha. Lama-lama saya perasan, seminggu sebelum period, saya akan menjadi seperti di atas mudah tersinggung dan sebagainya. Adakalanya kerana perkara kecil pun boleh buat saya menangis tau (padahal tiap tiap bulan). Misalnya hari tu, mama saya tidak balas sms saya dan saya tau kalau ada abang saya di rumah, mama saya akan jarang call saya dan sms saya. Saya tunggu tunggu mama saya balas sms tapi malangnya sehari tu mama saya tidak sms or call saya. Saya pun terrmenangis (haha). Saya jadi cemburu dengan abang saya. Padahal sebenarnya saya bukan jenis kuat cemburu pun.
See, bila kena pada masa masanya, wanita boleh jadi begitu. Yang semestinya ini berkaitan dengan perubahan hormon wanita itu terutama sekali hormon estrogen dan progesteron. Dan selalunya wanita berkeadaan begini di waktu Premenstrual Syndrome (PMS)/ Sindrom Prahaid nya. During PMS, usually woman will experience this syndrome including crying spells, depression, anxiety, mood swings, trouble sleeping and poor concentration. It can also cause food cravings, social withdrawal, fatigue, breast tenderness, acne, diarrhea and muscle or joint pain. Hampir semua manifestation di atas tu saya alami. Tapi biasanya saya lebih banyak diamlah kalau tengah dalam mood begitu. Takut terlepas karang kesian pula orang sekeliling. heheheh
Memang tidak dinafikan kebanyakkan wanita akan mengalami PMS. Tapi bukanlah bermakna kita membiarkan diri kita terus hanyut dibuai mood swing, depression, anxiety dan semua itu sehingga menjejaskan diri kita dan orang sekeliling kita. Kitalah sepatutnya yang sendiri mengawal perasaan itu. Lebih baik banyakkan berdiam, berzikir lagi baik sebab lebih mudah untuk kita mengawal jiwa kita di saat jiwa kita tenang you know. hehehe. Bila kita banyak bercakap, lebih banyak kita akan luahkan sampai kadang-kadang yang sepatutnya kita simpan atau yang remeh temeh punya hal pun terlepas jua. Huhu. Selagi kita boleh tahan dan simpan maka simpanlah ia dalam diri kita. But when you can no longer bear it, find someone to share or cry with and you will feel more better. Cuma jangan terlalu bergantung dengan orang lainlah. Takkanlah kisah kalah main angry bird saja pun mahu share sambil nangis-nangis dengan kawan. Mesti kawan tu buat muka macam ni (o.0) sambil berkata : Nonsense sungguh budak ni~
Itulah kenapa kadang-kadang wanita ni mudah sensitif apabila tiba PMS nya. heheheh. Kalau bukan sebab PMS pun sebab memang wanita itu jiwanya lebih penyayang, berhati lembut dan baik hati berbanding lelaki. (Hamboii puji kaum sendiri nampak?). Well kalau sudah hakikatnya begitu mahu kata macam mana lagi kan. Haha. Orait itu saja. Wassalam. ^^
P/s : JPA sudah masuk. Muahahha
^_______^/




No comments:
Post a Comment