13 October 2011

PhD = Permanent Head Damage



Assalamualaikum. Bolehkah kalau saya menjerit sekejap di blog ini? Sejak beberapa minggu ini kepala rasa sakit oh. Dengan tidurnya tidak menentu, jam 2 3 baru tidur. Esok pagi bangun jam 6.30 pula. Lari naik bas pi kelas jam 7.30 (oh ya, saya jenis bersiap cepat ya. :D). Dalam kelas sakit kapla. Tapi saya jenis yang sangatlah jarang tidur dalam kelas. Menguap banyaklah. haha. Balik rumah dekat maghrib selalunya. Meeting lagi, shooting lagi, berlakon lagi, fotostat notes, discussion lagi. Macam macam. cuba mencari masa untuk qada' semula waktu waktu tidur ku yang terhutang. fuhh~ Dan juga mencari masa untuk pi enjoy go kart dekat Shah Alam tu. heheheh. Mungkin dalam minggu ni dengan minggu depan kot tersangatlah busy. Minggu depan pi Kuantan pula. Ada symphosium nursing di sana. Kami buat poster, so itulah yang terkejar kejar shoot pic nih. shoot pic kena reject oleh lecturer. Buat lagi balik. Dengan budak juniornya lagi minta tolong kami buat video dorang untuk orientasi. Waw~ Marvellous. Dan lusa eh tidak esoklah hari jumaat akan ke Shah Alam pula. Kawan bawa masuk kuiz sirah. Makk aih. rasanya last belajar sirah pun time sekolah rendah tau. haha. Kawan kata tidak apa menang kalah belakang cerita. Haha. Yalah mana sajalah. Lagipun baru tadi diorang inform. So, baca setakat mampulah. Dengan proposal research nya lagi, assignment community, leadership lagi. boleh pula lecturer leadership kami suruh baca Bajet 2012 yang baru baru ni pastu present dekat depan. Explain apa kesan bajet 2012 tu terhadap nursing. Memang critical thinking betullah. tabik!
Ok fine! saya sudah malas mau membebel sini. Kerja tidak jalan pun kalau mengeluh sajakan. Maka teruskanlah bekerja (sedihnya ayat ini). Semoga diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. Amiin. Dan setakat ini urusan semua boleh dikawal lagilah
Alhamdulillah~
Wassalam

4 comments:

  1. wah.. si Kakak Nunui mo pegi Shah Alam.. bah,kalau mau belanja si Aki,jan lupa panggil ah.. :-p

    ReplyDelete
  2. Bah si aki! haha
    ko di shah alam pula tu kan. hehehe

    ReplyDelete
  3. nurse dpt kenaikan gaji x dlm bajet 2012?

    ReplyDelete
  4. @bilal : nurse? erm naik kot sbb dia kata semua penjawat awam dpt kenaikan gaji cuma ikut gred la. heheh. Kalau tidak silap :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...