03 October 2011

Research Methodology



Assalamualaikum. Minggu ini beta agak sibuk ya. Bukan apa, persatuan course kami iaitu NUSA (Nursing  Student Association ... Ah lupa apa nama panjang dia. Betullah tu kot. Heheheh. Jadi ketua ajk jemputan sibuk duk invite invite lecturer dan CI. Balik balik naik atas bilik mereka untuk cakap pasal jemputan. Dengan menjadi penolong bendahari kelas lagi. Terlari sana sini mau print dan fotostat notes. Boleh kurus saya kalau macam ni. Haha. Tambah lagi menyandang jawatan baru sebagai Setiausaha Agung (title macam hebatkan. hehehe) NUSA. Tidak dapat ku bayangkan bagaimana sibuk menjadi setiausaha. Insya Allah Boleh punya~

Ok straight to the point. Research Methodology ini ialah satu subjek di mana kita akan belajar step membuat research dan method nya sekalilah. Minggu pertama dan minggu kedua lecture saya tidak masuk kelas tau. Bila masuk minggu lepas ternganga saya masuk kelas tu. Dalam hati saya cakap 'Apakan dorang cakap ani?' haha. Bingung saya buat seketika. Eh bukan lagi seketika, sepanjang kelas saya bingung. Haha. Inilah effectnya jika tidak datang kelas ya adik adik. Bukan apa minggu 1st beta pi hospital cek kandungan (haha), minggu kedua pi kursus Needle Stick Injury di Hospt Sg. Buloh. Bila masuk kelas tu yang bingung.



Sebenarnya saya tertanya tanya kenapa kami perlu ambil subjek ini. Kami kerja nanti ada buat research kah? Ya ada tapi itu cuma untuk research staff nurse lah. Tapi manatau tiba tiba kami jadi research staff nurse kan. Hurmm tidak surelah cuma saya bingunglah. Ingatkan research ni senang. Dulu bila sebut pasal research saya cuma terfikir edarkan questionnaire, buat statistic dan laporan then siap! Rupanya leeebihh detail lagi. Kena cari research questionlah, research design, target group, hypothesis and so on lah, Kena ada PLAN bilang lecturer kami. Group kami ambil tajuk Anorexia among UiTM student. 


Saya rasa macam tajuk kami ni susah sikit sebab mau cari orang yang anorexia dalam kalangan student tu payah sikitlah. Sikit saja rasanya. Kalau  tajuk pasal cepat lambat bus dekat UiTM ok kot. Haha. Tapi Insya Allah boleh jalan juga tajuk ni. Lecturer kami ok saja bila kami tanya pasal ni. Saya lambat 2 minggu, kawan kawan segroup sudah tolong buat separuh. Terima kasih kawan kawan. ^^,

Oklah cukuplah berkata-kata wahai nunui joe. Buatlah kerja. Ada 3 4 assignment lagi menunggu. *pengsan!
Wassalam

4 comments:

  1. huhu...sama ja kita nui...masuk kelas Research Methodology pening2...besok pagi xtau macamna~~

    ReplyDelete
  2. @adie : haha kami pn esok pagi ni. Malam ni baru mau baca nota minggu lepas punya hahahha

    ReplyDelete
  3. wahh.. sibuknya nurse nunui ni.. eh kak,di mana ko skrg?? :-p

    ReplyDelete
  4. @aki : ni baru awal awal ni tidak juga berapa sibuk. Nanti tengah tengah sem mesti bizi neh haha. Sy di UiTM la sekarang ni ,ehehhehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...