02 November 2011

@ LCCT Sepang


Assalamualaikum. Hai semua. Saya ada berita baik untuk kamu semuaaa. Saya balik Sabah hari ini!! Hahah. Sebenarnya berita ini cuma baik untuk saya bukan untuk kamu. Haha. Cuti 10 hari. Baliklah sekejap. Kalau kena support, saya on saja. Hehehhe. Dan seperti kebiasaannya, saya balik sorang-sorang. hehehe. Saya jarang balik dengan kawan kawan. Mungkin sebab masing-masing beli tiket sendiri kan. So tarikh pun lain lain. Tapi sekarang ni, kawan kawan Sabah yang lain tidak balik. Kalau balik untuk cuti semester, biasanya saya akan beli tiket awal awal pagi, supaua sampai awal di Sabah. Tapi terpaksalah bermalam di airport. Jadi sorang-sorang di airpot tu memang sudah menjadi lumrah. Hehehhe. Meh saya bagi kamu tips-tips apabila bermalam atau berseorangan di airport. hehehe Antaranya ialah :



  1. Mesti sentiasa berwajah yakin! Jangan buat wajah takut-takut. Nanti senang ditipu, buli, rompak dan sebagainya.
  2. Mesti jalan laju-laju! Jangan terkedek kedek jalan. Ingat  kau tu artiss keww?? haha. Tidak payah tengok kiri kanan lagi. Terus saja menuju ke destinasi.
  3. Jaga barang-barang anda dengan baik! Kalau pi tandas pun bawa saja beg kamu. Nanti kena curiiii. hehehe
  4. Jangan percaya sangat orang di airport ni. Kecuali kaunter informasi lah. heheheh
  5. Jangan layan sangat kalau orang bawa bercerita. Just cakap "oo yaa?? oo ok ok". Lepas tu senyum dan pura pura sibuk baca buku. Haha. 
  6. Lepak di surau lagi selamat. Dengan syarat, tidur bersama beg kamu. Sentiasa alert ok!
  7. Sebelum masuk kapal, beli coklat dan ari mineral 1. Supaya tahan lapar di dalam kapal. Makanan kapal mahal mau mampus. Nasi lemak harga 10x ganda youu. ciss
  8. Pastikan MP3, laptop anda bercas penuh untuk mengelakkan dari bosan semasa dalam kapal. Dan juga buku. hehehe
  9. Kalau blur sangat di airport, just cari polislah ya. Dan jangan takut untuk bertanya. Kalau tidak, sesatlah kamu. ^^.
  10. Jangan lupa bawa sweater ya. sejuk tu dalam kapal. 

Ya itulah dia antara tips yang berguna buat anda yang selalu bertemu dengan airpot ni. Hhehe. Oklah. Mau pi check in dlu ya Insya Allah akan mendarat di Sabah pada jam 9pm ni. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...