14 December 2011

Praktikal Sem5 Minggu ke 3

Tarikh : 13,14, 15 Dis 2011
Tempat : Poliklinik Komuniti Kelana Jaya
Masa : office hour


Assalamualaikum. Yap minggu lepas telah berakhirnya sesi praktikal di bahagian Emergency Department Hospt *****ang. Hehehe. Minggu ke 3 dan ke 4 ni pula kami tukar ke Poliklinik Komuniti Kelana Jaya, Selangor. Naik van dari UiTM jam6.30 gituh. Dalam setengah jam begitu sampailah kami di sana. Semalam mula-mula sampai tengok dah ramai patient berbaris. Bayangkan baru jam7 lebih pagi tu. Rasa macam WAWW~ Haha. Tapi CI suruh kami pi sarapan dulu di luar. Hehehe



Poliklinik Komuniti ini saya rasa terletak di tengah bandarlah juga. Poliklinik ni umum untuk komuniti ya, maksudnya untuk orang tua, pesakit luar, pergigian, ibu dan anak semua ada disini. Kalau yang bedah bedah tu kompemlah tiada di sini. Ini cuma klinik saja. Ada banyak bilik. Bilik yang kami student boleh assist tu cuma bilik injection, bilik blood taking, kaunter history taking dan ruang anthropometry. Memang busy ah pagi-pagi tu. Semalam dari jam 7.30 sampai jam11.30 patient tidak henti henti datang. Siap berdiri diri lagi tidak cukup bangku. Saya dan kawan saya, musaadah kerja di bahagian History taking, untuk pendaftaran ibu mengandung dan measure berat dan tekanan darah sajalah. Kalau ada new case pun kami juga yang buat tapi dengan CI lah. Bila tengok ibu ibu mengandung timbang berat, ada yang ringan dari saya??? Terasa betul saya. Memang sah gemuklah cmni. erkk.



comel sungguh pic inI~
Kaunter kami panggil patient bukan pakai microphone tau. Main jerit nama saja.Memang kena jerit sikitlah sebab ramai orang kan. Lagi satu sebab bilik lain tu pakai mesin nombor yang bising bising panggil nombor. so kenalah jerit sikit. Segan jugalah. Lagi lagi bila kita jerit tu tiada orang datang pastu semua orang tengok kita. Terpaksalah buat muka comel. Hahah. Kami duduk sini 2minggu. Kalau kamu pi klinik ni, dan nampak saya, tegur tegurlah ya. Jangan gelak kalau nampak saya jerit jerit. haha.

aida, asmat, musaadah
Setakat ini klinik ini menyeronokkanlah. Tidak bosan. Banyak baby baby comel. Hehe. Tapi kalau baby nangis memang 1 klinik dengarlah. ;D. Kami ni sedang malar test 2 sepanjang 3minggu ni. Minggu ni last test.   Stress jugaklah. Tapi saya kalau makin stress makin kuat tidur. Haha. Entah kenapa coping mechanism saya jenis begitu. Pelik betul ;D. Oklah sampai sini saja. Hari Jumaat ni kami pi UKM Bangi. Mau cari gaduh! (tiba tiba) Haha. TIdaklah. Mau join nursing conference. Ahad test pula. hehe. Oklah Wassalam~

P/s : tadi muntah teh beng. erkk

2 comments:

  1. betul ah k.nui! malu2..lg2 klu kite jerit punye la kuat, org 2 dpn mate kite je!haha..


    cipta sejarah..muntah teh beg dlm van!!

    ReplyDelete
  2. haha tu yg malu tuh.. aduhh terus rasa darah naik ke muka. haha. Lagi malu kalau 10x jerit nama yang sama. xdatang2 jgk. aduii.

    hahaha. muntah teh beng. arkkkk. u xmau ka aida? hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...