Tarikh : 19-23 Dis 2011
Masa : 7 - 12pm
Assalamualaikum. Apa habaq kawang kawang sekaliang? Haha. Itu barulah namanya 1Malaysia. Tu belum masuk dialek Sabah, Sarawak, Kelantan dan yang lain-lain lagi. hehehe. Saya suka suka belajar bahasa orang lain. Padahal bahasa ibunda sendiri inda jua pandei-pandei. (-.-'). Okeh okeh. Praktikal minggu ni saya di tempatkan di bahagian anthropometry dan juga bilik makmal iaitu bilik tempat blood taking dan cek mata. Ruang Anthropometry tu sangat sangatlah busy. Baru tu mau panggil nama baby/budak pun kadang-kadang bukan terus datang. 3 4x panggil baru datang. Yalah ramai sangat orang kan tu yang orang tidak dengar bila kami jerit-jerit nama. heheh. Kadang ada nama yang panjang bergaya sangat (waww). Ruang anthropometry ni kita akan ukur panjang, berat, ukur lilit kepala dan dada. Geram tengok baby mulat mulat (haha). Kawan saya musaadah akan kira dia punya BMI dan mark dalam graf growth and development. hehehe
![]() |
Hari yang keduanya pula saya masuk gi bilik blood taking. Di sana kena ambil darah patientlah. Staff nurse tanya sebelum ni pernah tidak buat blood taking? Saya kata pernah masa di ED *****ang minggu lepas lepas. Hehehe. Tidaklah takut sangat, cuma cuak jugaklah. Di ED *****ang hari tu tidak ramai yang saya ambil darah. Bila di klinik ni ramai sangat patient ambil darah. Tidak terkiralah cucuk patient hari tu. Terus rasa macam expert sudah dalam bab blood taking ni. Haha. Aiseh tidaklah sampai expert. Biasa biasa sajalah. heheh. Ada sorang patient tu saya ambil darah dia, dia lelaki besar sudah. Lembut lembut sikitlah. Dia takut sangat kena ambil darah. Saya kata jangan tengok saya cucuk, pastu dia tengok tempat lain sambil genggam tangan dia kuat-kuat. Makk aihh saya kata jangan keraskan tangan. Nasib baik darah dia senang keluar. Pas ambil darah tu dia nangis. hahahaha. Mau ja saya gelak kuat kuat di sana. Tapi tidaklah saya sampai hati gelak kuat kuat sana. haha. Tapi sana memang bestlah. Staff nurse tu orang Sarawak. Baik dan mengajar student dengan baik. Kalau urat patient tu susah mau cari, saya serahkan tugas tu pada staff nurse. Hihihi. Terima Kasih staff nurse kerana mengajar kami! (^^)
Hari seterusnya saya ditempatkan semula di bahagian history taking. Yap macam biasa ambil berat, tinggi, blood pressure ibu mengandung. Kalau yang baru register/new case kita tanyalah pasal last period bila, nama suami pekerjaan suami dll. Ada satu new case tu saya tanya dia nama suami siapa ya? Dia kata 'tiada'. Saya terkedu dan tidak sampai hati tengok muka dia sebab saya tau mesti dia rasa malu. Then saya teruskan saja ke soalan yang lain. Saya tidak tahu apa perasaan yang patut saya rasa time tu. Nasib baik muka saya ni kadang-kadang macam tiada perasaan sikit. Haha. Kalau saya kerutkan kening saja pun mesti dia terasa kan. Lama-lama saya tengok kad antenatal dia baru nampak 'single mother'. Saya harap dia tetap menjaga kandungan dan baby dua selepas dia bersalin. 2 tahun lebih muda dari saya kalau tidak silap. hurmm mungkin dia sudah bertaubat, who knows kan. Husnuzon itu lebih baik. :)
Saya dengan kawan kawan di klinik tu selalu tertanya-tanya sesama kami. 'Macam manalah rupa kita bila pregnant nanti kan?' Pastu masing-masing gelak. 'Mungkin saya nanti macam ibu mengandung tu kot' sambil tunjuk wanita mengandung yang lalu. hahahaha. Kawan kata 'Noi memang, dari tahun lepas pregnant, tak beranak-anak jugak'. Sindiran agak pedas di situ ya. hahaha. Fuhh Alhamdulillah akhirnya selesai juga praktikal 4minggu di hospital dan kilinik. Lepas ni study week, exam dan sambung semula praktikal 2minggu dan cuti sem!! Tapi macam saya tiada hati mau cuti sem saja ni. ;D. Entahlah tiket pun belum beli lagi ni. Ish ish ish. Insya Allah nanti. Mau tunggu promosi airasia/MAS/firefly lagi sebenarnya. haha. Ok lah. Wassalam.
| buat jadual/countdown bukan juga ikut sigh~ |
P/s : Minum di petang hari bersama gelas hitam, nescafe itam, ku tinggalkan ia buat seketika untuk menaip entry ini. Ku hirup semula selepas 20minit. Rasa lain macam. Bila tengok air tu sudah banyak semut itam. Arghhh. Tertekan buat seketika! Tidak apalah, redha itu satu ketenangan. Bukan selalu minum air semut kan haha :D



hahahaha..nape sy lambat tau info yg laki 2 nanges after kene cucuk?? itu mmg lawak gilos okeyh..hihi..
ReplyDelete@aida : haha i tidak sempat gossip ngan u'ol la haha
ReplyDelete