25 December 2011

Puss in Boots



Assalamualaikum. hello semua. Happy new year ya! Aiseh tiba tiba ramah pula hari ni. Haha. Ok ok. Seperti yang anda tahu, cuti ini mesti ramai family yang pi tengok wayang kan. Ya bgitulah yang saya alami pada cuti baru baru ini. Saya dengan dua orang kawan pi tengok wayang. Saja saja lepas tensi after praktikal. Walhal exam tinggal 2 minggu lagi. Waaww. Kitorang pi Bukit Raja punya panggung wayang. Hehehe. Oleh kerana pi hari rabu, murah sikitlah (perempuan kaunter tu gitau). Kawan-kawan saya tengok ombak rindu, saya sorang-sorang tengok Puss in Boots. Saya main pilih pilih saja seat, pastu beli makanan jap terus masuk. Bila masuk panggung, ehh rupanya seat yang saya pilih tu di tengah tengah dan yang paling depan dari semua orang. Hahah. Aduhh duduk sorang sorang pulak tu. tidak apa, nasib baik sebelah kanan saya tu adalah gadis gadis cina duduk selang 2 kerusi dari saya. Sebelah kiri tidak ada orang depan saya apatah lagi. Haha.




Saya rasa filem kartun ni sangatlah comel, lawak, macho, dan menarik hatilah yang pentingnya. hehehe. Sakit perut gelak. Saya gelak sorang sorang tau duduk depan pulak tu. Huhu. Saya cuba bayangkan kalau kucing saya jadi macam Puss in Boots ni. hahah. Neyo-chaaan~ :). Saya rasa better korang tengok filem ni. 5 Stars i give u Puss in Boots! (^____^)/



P/s : Bukan saya tidak mau tengok Ombak Rindu, cuma saya risau nanti kawan saya nampak saya nangis. Sebab saya sudah baca novel dia dulu. Haha. :,)




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...