asal ada fesyen baru, selalu saja mau ikut
bak kata orang 'up to date'
selendang lilit 4x pun mau ikut
Tudung pun jarang-jarang, nampak leher lagi
Selempang tudung, nampaklah bentuk dada
Kadang kadang tidak pakai anak tudung
nampaklah juga bayangan rambut di sebalik tudung jarang
Bila fikir dalam dalam
hati saya bertanya 'Apa guna saya pakai tudung kalau
segala rambut, dada, leher orang tetap boleh tengok'
Baik free hair saja. kan?
Dulu..
kalau berpakaian suka pakai yang baju adik adik punya
sendat, ketat, dan yang sewaktu dengannya
cuma saya pastikan dia mesti cover punggung
Warna striking of course bukan pilihan saya
Tapi tidak suka bila orang tengok bila kita pakai macam tu
Bila fikir balik, kenapa perlu marah orang lain
bila kita sendiri yang pakai macam tu. kan?
Perkara perkara di atas tu buat saya berfikir selalu. Kenapa saya berpakaian begitu? Saya orang Islam. Saya belajar Pendidikan Islam dari tahun 1 hingga Form 5 budak SMK Agama lagi. Saya belajar tentang aurat, tapi kenapa saya tidak menutup aurat dengan sempurna? Kenapa saya tiba tiba berubah? Saya mula merindui diri saya yang dulu, sewaktu zaman sekolah menengah dulu. Aurat terjaga, hidup tenang. Dan saya rasa sangat berdosa sebab saya tahu tidak menutup aurat dengan sempurna itu BERDOSA tapi saya masih melakukannya.
Bukankah itu bodoh namanya?
Dan pada masa itu pilihan saya sama ada menutup aurat sepenuhnya atau lebih baik free hair saja. Lagipun apalah beza sangat dibandingkan dengan cara pemakaian tudung di atas dengan free hair. Bak kata orang 'alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan' kan. Alang alang buka separuh separuh baik buka semua. Tapi saya asyik teringat tentang balasan terhadap wanita yang tidak menutup aurat seperti yang dilihat oleh Rasulullah SAW sewaktu Peristiwa Mikraj.
"Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)"
Saya jadi takut! Saya tidak mau jadi begitu di akhirat nanti! Saya takut! Saya juga sayang ibu bapa saya. Saya tidak mau mereka menanggung dosa dosa yang saya lakukan. Kalau saya tidak mampu berjasa kepada mereka, at least saya tidaklah menyusahkan mereka dengan dosa dosa saya ini. Saya sayang mereka. Saya betulkan niat saya. Saya berubah bukan kerana orang lain yang suruh saya. Saya berubah kerana saya sendiri yang mahu dan paling penting kerana Allah!
Saya akhirnya memilih untuk menutup aurat saya dengan sempurna. Semester 3 (2010) saya masih guna tudung biasa tidak jarang (tudung + inner neck) dan menutupi dada. baju labuh dan longgar serta melepasi peha. Saya mula secara berperingkat-peringkat. Lepas tu pakai stokin dan sarung lengan pula. Saya selalu doa agar diberi kekuatan untuk menghadapi ujian hidup ini, istiqamah selalu. Walau ada juga kawan dan keluarga yang bertanya 'kenapa pakai stokin?' 'labuh sangat baju kau ni' 'kau tidak takut out-dated?'. Mungkin mereka tidak perasan perubahan berperingkat saya masa itu. Saya cuma senyum. ^^ tanpa memberi penjelasan.
Masuk semester 4 (2011), saya berjinak jinak semula dengan tudung bidang 45, guna tudung masa matrik dulu. Sudah bermula juga mencuba baju muslimah yang labuh sampai lutut masa cuti 4bulan tu. Seluar jeans rasanya semester tu saya tidak pakai langsung. Cuma pakai seluar slack dan palazzo yang longgar tu. Pakai selendang pun cuma pakai pashmina yang lebar dan tidak jarang. Suka! Hehehe. Dan start hari raya tahun lepas saya mula pakai tudung bidang 60. Sebenarnya saya minta adik saya belikan saya tudung bidang 50. Tapi dia salah beli pula 60'. So saya pakai sajalah. Tiada masalah. ^^
Semester 5 pun bermula. Ada juga kawan yang bertanya. Sejak bila pakai macam ni? Kenapa berubah? Dan seperti biasa, saya malas mau explain. haha. Cuma cakap 'Panjang ceritanya'. haha. Tapi betullah tengok ni saya cerita panjang sangat ni. Hehehe. Sekarang baru dapat explain. Saya akui, cabaran mengawal nafsu memang hebat. Dengan environment yang memang terdedah dengan godaan dunia semata memanglah mencabar. Kadang kadang hati rasa macam mau pakai 'baju' tu. Tapiii... (haa nasib baik ada tapi) Tapi saya malu dan saya takut Pencipta saya marah. Kena pandai motivate diri sendiri dan banyakkan berdoa. Heheh. Dan sekarang (2012) saya rasa selesa dengan penampilan saya. Saya rasa selamat dengan pakaian saya. Cuma mungkin saya perlu lebih memperbaiki attitude saya. Saya masih budak nakal macam dulu. Well saya pun bukan gadis ayu ya. dan Alhamdulillah sosial saya masih ok seperti dulu. Overall saya rasa selesa dengan hidup saya sekarang dan Insya Allah akan lebih memperbaikinya di masa hadapan. Insya Allah.
oklah mau study esok exam. hebatkan ada masa lagi mau blogging. fuuuu~
Wassalam~
^______^






tiba-tiba saya rasa mahu berubah juga..hemmm.....thanx kerana berkongsi cerita..
ReplyDeletesama sama kita berubah cik ;)
ReplyDelete