Tarikh : 23 -27 Julai 2012
Masa : 7am - 2pm
Assalamualaikum dan salam sejahtera di ucapkan kepada hadirin hadirat sekalian (haha). okay minggu ini merupakan minggu terakhir kami praktikal. Rasa bahagiaaa sangat. Hari tu sudah cerita sikit masa hari Isnin dan Selasa kan. So hari Rabu pula saya ditempatkan di wad ICU lagi. Saya tagging dengan staff nurse lagilah. Staff nurse dia baik. Patient ni sorang pelancong, masa pi melancong tu dia batuk batuk muntah muntah. Masuk emergency terus masuk wad. Tiba tiba pula sesak nafas terus masuk ICU lah intubate terus. Berlaku secara cepat dan mengejut tau. Ini membuatkan saya berfikir, kita ni susah/sakit/mati tidak dijangka. Dalam masa beberapa hari saja sudah terlentang dalam wad dengan wayar wayar segala. Padahal sebelum tu sihat gelak ketawa sama sama lagi. hurm. Insaf buat seketika...
Wife dia pun ada datang melawat pastu tabur tabur sesuatu dekat patient tu. mungkin adat or kepercayaan dorang lah kot. Time ni tidak banyak kerja saya buat. CUma belajar close suctioning method dari staff nurse tu. :D. Gembira gembira. Aiseh padahal kawan kawan i dah terer buat close suction tu. hihihi
Hari khamis pula saya ditempatkan di bilik Isolation, pesakit ada Tibi so kena isolate lah. Masa datang tu terus terus busy sebab patient mau pi opertation dekat perut dia tidak silap sebab dia balik balik berak berdarah (melena stool) memang detect ada sesuatu berlaku dalam perut dia tulah (yang tu boleh tanya Dr lah selanjutnya haha).
faktor penyebab melena stool
Staff nurse tu pun busy jugak. Adik tolong dilute ubat. Adik tolong ambil darah dan ABG, tolong serve ubat kat patient. Wahh memang busy tahap gaban lah jam 7.30 tu. Sebab jam 8 dia mau hantar p operation. Tapi of course lah saya tidak termampu buat laju laju. hihi. So kena cepatlah. Kena tukar mesin ventilator kepada portable ventilator, oxygen tank kena bawak, blood bag, hemodynamic mesin lagi. Waduhh agak busy ya. ishh3. Tapi lepas hantar tu rileklah sampai jam 1.30 ptg. Sementara rilek rilek tu saya pi lah katil sebelah tolong staff nurse buat kerja apa yang patut. Bosan kalau tidak buat kerja tau. Asyik tertunggu tunggu masa balik saja kalau tiada kerja mau buat. Kalau busy best sebab tidak sedar masa berlalu. Sedar sedar sudah jam 2 pm boleh balikkk. Hehehe. Jam 1.30 pun begitulah juga busynya macam hantar patient pi operation. BUat itu ini dan akhirnya saya pun baliik jam 2.15. Staff nurse suh pulang haha.
Hari Jumaat pula saya di tempatkan di katil patient yang ada Lymphoma dan dia pun pernah juga buat chemotherapy tapi bukan di hkl lah. Lymphoma dia di bahagian left chest sampai ke neck tidak silap. Lung dia pun collapse sebelah kiri. Sebelah kanan saja boleh guna. Yang seronoknya dapat hantar patient buat CT scan hehehehe. Patient ni pun sebenarnya tidak banyak procedure perlu dibuat. Saya cuma tolong tolong biasa saja. Tidak ada yang luar biasalah yang berlaku. hehehe. itu sajalah rasanya sepanjang 1 minggu duduk ICU. Seronok sangat! Insya Allah praktikal sem depan pun di HKL juga :D. Wassalam
patient with lymphoma (contoh)
CT scan
P/s : Jom balik Kampung!!! (^____________^)/. Panjang umur jumpa bulan septemberrr..




.jpg)

No comments:
Post a Comment