Assalamualaikum w.b.t
Selamat hari ampat (bilang orang sabah) buat semua. Esok sudah mau jumaat so marilah kita sama sama senyum gembira dan teruskan semangat bekerja kita yah! :D Untuk post kali ini saya mau share sikit tentang #kucinghutan saya yang bernama Genji Nakamura. Nama manjanya ialah enji/jenggi/denggi/genji. Haha kalau duduk di kampung memang banyak nama manja yang pelik-pelik tapi siok mau panggil :D.
Gambar pertama enji pada 7 Sept 2016 |
Ceritanya macam mana boleh dapat genji si #kucinghutan ini begini, Suatu hari (7 Sept 2016) sedang saya tido tido ayam di petang hari, tiba tiba mama saya masuk bilik dan bagi anak #kucinghutan ini sama saya. Macam mimpi ja dapat #kucinghutan. Tanya mama camna boleh dapat? Mama kata dapat dari auntie kawan mama daripada kebun dia berdekatan dengan hutan. Masa ditemui tu genji sama adik beradik dia saja. Tiada mama diorang. Ada tiga ekor semuanya. Saya ambil satu. Masa awal awal dapat tu masih belum jalan stabil lagi genji. Bergegar gegar lagi berjalan mata pun masih warna biru tua belum nampak jelas lagi. Saya agak mungkin umur dia dalam sebulan begitu. Masa tu tahap kecomelan dia memang tahap dewa oo. Sampai pecah siiiikit gigi taring saya gara-gara gerigitan (geram) yang amat sama enji. Gumuk gumuk bulat lagi enji.
enji omey tidur |
Dulu enji besar tapak tangan ja. Sekarang mau panjang sudah badan dia. Lupa mau ukur. Tapi cepat dia membesar dan memanjang. Saya percaya dia akan lebih panjang dan besar bila umur 1 tahun nanti. Sekarang umur baru 5 bulan lebih begitu. Dulu masa ada lagi enji punya instagram (bajet artis you, haha) sebelum kena block oleh instagram (geram ai) banyak juga yang share/komen pasal penjagaan kucing hutan so sedikit sebanyak membantu saya dalam menjaga enji. Bukan senang jaga in #kucinghutan oo. Memang kena banyak sabar dan bertenang. Haha. Masa mula mula dapat enji dulu terus saya search pasal #kucinghutan ni, Tentang lesen pemeliharaan, pemakanan, kesihatan dan semualah tentang #kucinghutan. Yang saya baca baca dan kawan bagitau, #bengalcat sebenarnya berasal daripada breed #kucinghutan dan #domesticcat. Adalah tu formula breed dia untuk dapat kan #bengalcat.
Genji ialah spesis #wildcat Prionailurus bengalensis aka Leopard cat. Prionailurus (genus) tu maksudnya spotted (bintik hitam) pada bulu kucing. Ada beberapa jenis lagi #kucinghutan lain tapi berbeza dia punya spesislah. Siok juga baca baca pasal #kucinghutan ini. #kucingserval (yg mcm kucing terlajak laris tu) lain lagi dia punya genus dia. Characteristic dia pun lain dari enji. Rasanya ganas ganas enji ganas lagi #kucingserval (kalau tengok video). Oh ya kalau mau tau, enji memang ganas sikit kalau banding sama kucing biasa.
Nanti next post inshaAllah saya share sikit macam mana saya jaga enji sampai sekarang. Orang kata mau pelihara #kucinghutan susah sebab biasanya akan mati awal (kucing tu). Rasa enji dulu pun hampir hampir juga masa dia sakit hari tu :( Alhamdulillah masih panjang umur enji. So setakat ini dulu post tentang enji. :D
#kucinghutan #penjagaankucinghutan #makanankucinghutan #genjinakamura #wildcat #asianleopardcat #alc #bengalcat #domesticcat #servalcat
by,
nur aida j
No comments:
Post a Comment