Tarikh : 03/12/10 dan 04/12/10
Hari : Jumaat
Masa : 2pm-9pm
Tempat : Hospt ****ng
Assalamualaikum sekali lagi. Baru siap mandi. Fuhhh fresh. hehe. Cerita dalam wad hari ini. Apa ya? Hari ini awal sikit sampai hospital mungkin sebab driver bus tuh mau pergi solat Jumaat kot. Oleh kerana awal sampai hospital maka saya pun makan di bilik harian sambil menonton televisyen seorang diri (apsal mcm skema ja guna full word tv?) haha. Abaikan! Rancangan time tu macam best pula. Pasal ceramah agama di tv3 yang bertajuk 'Dua Hati menjadi Satu' khas buat sesiapa yang ingin mendirikan rumah tangga mahupun yang sudah berumah tangga. hehe. So i layan sajalah. hehehehhe. Banyak juga soalan-soalan yang ditanya. Cuma saya tertarik dengan satu soalan yang ditujukan kepada penceramah tu. Sorang pendengar ceramah tu tanya "Ustaz, macam mana kita mahu tahu siapa di antara suami atau isteri yang lebih banyak atau lebih kuat perasaan sayangnya kepada pasangan mereka?" Saya pun tidak pernah terfikir soalan macam ni. Ustaz tu jawab
Ustaz tuh jawap yang lebih kurang beginilah jawapannya "Sesiapa di antara suami atau isteri itu yang lebih menjaga hak Allah yakni mematuhi segala perintah Allah, maka dia lah yang lebih mencintai pasangannya" saya setuju dengan jawapan ustaz ni cuma saya rasa perlukah kita bertanding atau tertanya-tanya siapa di antara kita (kita dan pasangan kita) yang punya lebih perasaan sayang. Sebab dulu masa zaman muda remaja masa zaman kapel-kapel dulu saya tidak pula tertanya sama ada siapa antara kami yang punya perasaan cinta dan sayang yang lebih. Yang saya tau cuma kami saling mencintai dan yakin sesama kami. Entahlah saya pun tidak pasti sama ada perlukah persoalan itu timbul di sepanjang perhubungan takut nanti ada perasaan tidak puas hati timbul kan. Lebih baik berbaik sangka.
Tapi andai sekiranya di sepanjang perhubungan itu terjadi sesuatu yang membuatkan kita sedih, sakit hati dan marah, cuba kawal emosi, fikir apa salah atau kekurangan kita yang membuatkan pasangan kita buat begitu terhadap kita. Atau lebih baik face to face dengan pasangan kita, bincang baik-baik penyelesaian dia sama ada jalan penyelesaian yang baik atau sebaliknya. Jangan pula serang habis-habisan pasangan kita. Bagi dia peluang untuk explain. Kalau explaination dia tu tidak munasabah dan perhubungan anda semakin buruk, kucar kacir, so better that we break up.. am I right? Apa guna perkahwinan itu andai salah seorang dari pasangan itu menderita? Not fair lah kalau yang suami tu bahagia dengan isteri baru, yang isteri lama ditinggal-tinggalkan. Daripada kumpul dosa kerana tidak adil, bercerai itu mungkin lebih baik bukan? Ini cuma pendapat saya sebagai seorang wanita. Bagi saya 'sayang' itu biar bertempat. hehehehe.
Dan Ustaz d tv3 juga itu pun ada cakap. "Dalam perkahwinan saling memberi antara sama satu sama lain itu sangat penting. Baru sama-sama rasa disayangi. Apa salah isteri selalu call or sms suami yang ada di tempat kerja tnya 'sudah makankah belum?' 'sibukkah tidak'. Si suami pun rajin-rajinlah tanya isteri 'Tengah buat apa tu?' 'Anak-anak apa khabar?' haa barulah rasa macam ada orang 'care' sama kita. Ini tidak, dulu masa couple bukan main lagi gayut 24jam. Bila sudah kahwin haram handphone mau berbunyi dari pasangan kita." Ehh rasanya itu ayat last tu ayat sendiri tu bukan dari ustaz. haha. Dan saya sangatlah setuju dengan ustaz tuh. ^^,
Oh saya rasa macam saya sedang memberi ceramah pasal perkahwinan pulak. haha. Okeh berbalik kepada cerita dalam wad pada hari Jumaat lepas. Seperti biasa rutin seorang student nurse dan juga Staff nurse, permulaan syift bermula dengan Passover report pasal patient-patient dalam cubicle yang kita in-charge. Patient bed ni begini penyakitnya dan itu ini nursing care plan nya and so on lah. hehe. Cuma sesuatu yang menarik hati saya dalam wad tu bila saya baca history patient saya ni. Cewah patient sayalah konon. hek3. Ada sorang patient ni dia foreigner orang Afganistan. Diagnose dia suicide err something laa i dok ingat. hehe. Yang pasti dia Depress laa kiranya. Sebab?? Sebabnya anak dia pernah dirogol dan pernah di plan untuk di culik. Jadi dia sangat-sangatlah risau akan keluarga dia sampai dia ni macam erm macam apa ah. Sampai dia ni tidak mau bercakap tidak mau makan. She just using a signal when she wanted to do something. nodded when she agree and shake her head when she argue. Kesian juga tengok. Bila tengok report Dr tulis 'tears on her eyes' 'mental illness' 'stiffness on her neck' tidak tau sebab apa boleh stiffness mungkin sangat depress sampai sakit kepala dan membuatkan leher stiff. I'm not sure lah. hehe. Tapi tengok muka patient ni agak psycho jugalah. Ada juga try bercakap sama dia. Tapi akhirnya saya tnya saya sendiri yang jawab. Sebab dia hanya angguk dan geleng saja.
Anak perempuan dia selalu jaga dia. Anak dia lawa seh orang afganistan tuh. Memanglah lawa kan. Mula-mula dulu ingat dia tidak pandai cakap melayu. Bila saya p timbang berat saya pakai kasut saja timbang malas mau buka. Tiba-tiba dia tegur 'awak pakai kasut' saya cakap ' tidak apa nanti saya tolak berat saya 1kg untuk kasut ni' haha. Mak dia cuma tidur saja kerja. Bila tidak ada anak dia dia cuma tidur dan kalau ada anak dia pun cuma anak dia saja yang bercakap dengan dia. Dia sekadar tengok dan dengar dan angguk geleng ja. Katil dia diletakkan depan kaunter Dr dan jururawat sebab takut-takut dia buat sesuatu yang merbahaya kan. BP aka blood pressure dia pun selalu rendah saja lebih kurang 90/60 ke bawahlah begitu sebab dia tidak buat apa-apa kerja. Cuma berjalan bila mau pergi tandas. Itu saja. Ubat dia mostly ubat penenang saja as diazepam dan ada ubat-ubat lain juga. Tidak ingat beta. hehe
Esoknya pula. Masa ambil observation chart Mak dia, saya bercerita-ceritalah dengan dia. Nama dia Nina (bukan nama sebenar)
Nina : Kamu umur berapa?
saya : saya umur 21. hehehe
Nina : hahh?? i thought u were 15 or 16 years old.
saya : ehh tidaklah. 21 sudah ni. hehehehe
Nina : kamu mesti tidak percaya umur saya berapa
saya : kenapa? umur kamu berapa? 20 berapa?
Nina : saya 19 tahun. (wahh menyesal saya tanya '20 berapa' huhu)
saya : muka kamu nampak matured la. Kamu sekolah lagikah?
Nina : Tidak sekolah. tengah tunggu kolej (kalau saya tidak salah faham lah kata-kata dia. hehe)
saya : Hari ni Mak kamu ada senyumlah (sebab saya nampak mama dia senyum) hehe
Nina : ya hari ni dia ada peningkatan sikit. hehe
saya : Jadi hari-hari kamu saja yang jaga mak kamu?
Nina : Ya sebab adik-adik saya masih kecil dan dijaga oleh bapa saya di rumah.
Tiba seorang Dr wad tu lalu dan berkata 'U have to speak in English' sambil berjalan melintasi saya. saya pun buat dunno lah saja sebab ingatkan dia cakap dengan siapa. setahu saya Nina pandai cakap malay. hehe
Nina said : It's okay i can understand Malay.
Dr : oh.
malu kot Dr tuh. Dia ingatkan Nina tidak pandai cakap malay. hehehe. Bila mengenangkan patient ini, saya berfikir apalah perasaan anak-anak dia bila mak dorang jadi begini kan? Mesti dorang sedih. Auntie ni pun sepatutnya fikirkan juga pasal anak-anak dia, Kalau dia berterusan bersikap macam tu, berdiam diri tidak mahu bercakap, baring saja sepanjang masa, macam mana mau sihat dan jaga family dia. Kalau dia betul-betul risau akan keluarga dia, maka dia seharusnya jaga diri dia dulu bagi sihat baru dapat jaga anak-anak dia betul-betul. Kalau asyik bersikap macam tu makinlah susah keluarga dia. Makin banyak mahu bayar bil-bil hospital. Siapa yang mahu uruskan hal-hal rumahtangga, siapa yang mahu jaga makan minum anak-anak dia, anak dia yang besar tu pun jaga dia, kalau suami dia kerja siapa yang mahu jaga anak kecil dia? Kan lagi susah kalau macam tu. Apa kata kalau dia berfikiran positif dan redha akan segala yang telah berlaku. Jadikan ia sebagai pengajaran hidup dan hargailah saat kehidupan yang masih berbaki ini. Cuba kalau saya cakap begini sama Auntie tuh wahh takut saya kalau dia menangis atau bertindak lebih agresif. Silap-silap keluar berita SEORANG PELAJAR KEJURURAWATAN TELAH MEMBUATKAN SEORANG PATIENT LAGI BERTAMBAH TERUK. waaa Gila ah. haha.
Itu sajalah yang berlaku pada hari jumaat lepas dan hari sabtu lagilah tidak ada apa-apa sangat yang berlaku. Selalu buat rutin-rutin dan perkara basic-basic sajalah. Nothing speacial pada hari Sabtu yakni semalam. Hehehe. ok lah. Penat wa type. Wassalam.
Whatever happens life must goes on..
Forget about the past and appreciate the remains..
because they needs you..
and..
before they leaves us forever..
Don't ever waste your life..
because it is too valuable to be wasted..

No comments:
Post a Comment