Masa : 2pm-5pm
Tempat : Hospt ****ng
Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ini macam semalam juga. Kerja tidak banyak. Tapi agak kurang menyenangkanlah hari ini kerana perut ini buat hal. uhukss. Biasalah ni tiap-tiap bulan begini. Saya biasa sudah. Hari ini tiada yang special pun cuma saya mau cerita tentang relative sorang patient ni. Makcik ni sudah tua. Diagnose dia severe asthma with pneumonia. Dan dia ada anak-anak dia yang selalu lawat dia time waktu melawat. Terutama anak lelaki dia sorang ni. Rajin betul dia. Waktu melawat saja ada muka dia bantu-bantu mak dia. Terharu saya tengok.
Kadang-kadang dia baca Al-Quran sebelah mak dia. Selalu dia bercakap-cakap dengan mak dia. Ada hari tu dia buat tracheostomy suctioning dekat mak dia. Baik betul dia. Padahal sepatutnya nurse yang buat tu kan. Memanglah tidak salah anak dia buat. Mungkin dia mahu belajar, apa salahnya. Dia siap tanya kami lagi 'kamu tidak kisahkah kalau saya duduk sini time kamu buat kerja?' kami cakap tidak kisah. Mana-mana saja. hehe. Tapi dia memang baik dengan mak dia. Kalau diperhatikan antara diorang adik beradik dia lah yang paling rajin dan selalu tolong kami buat kerja. Aisehmen nampak sangatlah memerhatikan pelawat-pelawat time praktikal. haha. Apa boleh buat kalau dorang selalu datang selalulah juga kita tertengokkan? hehehe.

Kalau saya tidak silap, setiap kali dia pegang tangan mak dia atau dia lap-lap mulut mak dia, dia baca selawat. Terharu sangat saya tengok. Adik beradik dia yang lain pun ada datang juga selalunya petanglah. Dia asal waktu melawat ada muka dia. Dia guru sekolah menengah tidak silap dan ambil Master d UiTM. Tapi tidak tau lah pula sudah habiskah belum. Ini kawan saya yang cerita sebab hari tu dorang ada cerita-cerita sekejap. Rasanya belum kot tengok muka masih muda jelita lagi. Eh bukan jelita good looking lah. Dia lelaki. hehe. Mesti mak dia ni baik orangnya. Tengok anak-anak dia baik saja. Semoga makcik ni cepat sembuh. Anak-anak macam inilah yang harus dicontohi. Saya pernah juga jumpa keadaan di mana si isteri ini tidak mahu cuci kencing berak suami dia. Suami dia suruh panggil isteri dia minta tolong cuci tapi isteri dia kata 'saya tak pandailah bang. Ni nurse-nurse ni pandai'. Punyalah sedih saya dengar. Sedih saya rasa mesti suami dia lagi sedih kan. Entahlah. Kadang-kadang saya hairan juga, sudah hidup bersama, makan tidur sama-sama selama bertahun-tahun, bila sakit macam tu susah mahu tolong. Pelik saya.
Oh ya. Tadi buat tracheostomy suctioning dekat makcik ni depan CI saya. Berpeluh-peluh juga. Tapi alhamdulillah berjaya membuat dengan jayanya. Then tiba-tiba pula CI kami tanya kenapa suction dekat mulut tu clean tapi yang dekat trachea tu sterile? err termangu-mangu saya buat seketika. haha. Last-last tidak dapat jawab. Esok saya nak tau jawapannya kata CI kami. Okeh puan bilang saya balik. hehe. Aduh sakit di perut ni sungguh membunuh jiwalah. Mata pun sudah mengantuk kepenatan. Wa mau tido dulu ya. Wassalam.
hold my hand and i'll be by your side till the end.
Insya Allah..
03/12/10
12:17 am

terhaur aku baca entry nih
ReplyDeletememang dia anak yang baik
syukur mak dia
P/S : Lu Langsi Lu Mati
P/S : Review Filem : Ngangkung Boleh Tahanlah & Kutipan Filem 2 Alam Berapa Juta?
Pergh ~ macam tu ka pula? sia xtau woo.. (padahal)
ReplyDelete@hans:)
ReplyDelete@Aretikzalala..baru tau ka..hek4
ReplyDelete