hari : Selasa
Tempat : HOspt. ****ng (terpaksa dirahsiakan)
Masa : 2pm-9pm
Assalamualaikum semua. Wah hari ini agak penat la juga. Sebab apa? Sebab hari ni ada buat Dressing dengan sorang patient ni. Patient ni unconscious dan sudah tua. Diagnose dia MRSA aka Methicillin Resistant Staphylococcus Aureus dan CAP aka Community Acquired Pneumonia if i'm not mistaken. Saya pun tidak berapa pasti sebab semalam staff nurse yang passover report tu punyalah ayu suara dia. Nasib baik comel. haha. Sempat lagi. hehehe. Semalam dan hari ini saya dan seorang kawan saya Zureen, jaga bahagian cubicle depan. Eh tau kan? sekarang ni saya dan kawan kawan saya tengah praktikal di hospital as a nurse. Tapi hari ini saya tidak sempat dengar report dari staff nurse pagi sebab ada auntie sorang ni minta tolong mandikan dia di tandas. Jadi saya temankan dia mandi. Dan kawan saya zureen dengar report. Dan yang bestnya cubicle depan ada 8 katil semua discharge aka keluar wad dan cuma tinggal satu saja yang masih tinggal Makcik Bedah (bukan nama sebenar). Walaupun cuma seorang saja patient kami yang tinggal, tapi procedure yang kena buat tu bukan alang-alang. Dressing dekat kaki dan dekat bedsore dia di bahagian sacrum. Lepas tu kena buat tracheostomy suctioning, Then bagi Nasogastric feeding. Wow. memang rasa macam nurse sebenarlah time tuh, haha. Sebab semua tu kami iaitu saya dan Zureen buat sendiri tanpa pengawasan dari staff nurse mahupun CI aka clinical instructor kami. Sebab bayangkanlah CI kami tu jaga 3 wad dalam sekali syift. Jadi kalau semua procedure mahu panggil CI lagi susahlah mau buat kerja kan. Baik buat sajalah.
Lepas saja dengar report dan mandikan auntie tu, saya dan zureen buat lah Dressing. Prepare barang-barang berkaitan semua dan buatlah dressing. Sebab kawan-kawan saya yang jaga pagi tu tidak sempat buat dressing. Biasanya kalo syift pagi memang busy. Kena mandikan patient, lagi-lagi yang unconscious. Jadi fahamlah juga kami kalo dorang tidak sempat buat Dressing kan. Lagipun kalau kerja petang ni tidaklah busy sangat pun. Okeh berbalik kepada cerita asal pasal Dressing. Saya yang buat dressing zureen assist saya. Bila saja buka dressing lama dia yang di kaki kan. Waduhh busuknya. Macam sudah berhari-hari tidak tukar Dressingnya tapi kawan saya cakap semalam ada buat. tapi entah dressing yang mana satu saya pun tidak pasti. Rasanya buat dressing yang d punggung saja kot semalam pagi. Entahlah. Tapi serius memang busuk time tuh. Tahan-tahan sajalah walaupun sudah pakai mask. Luka dekat kaki dia macam makin teruk. Susah mau explain keadaan luka dia. Kulit dia makin lama makin mau terkupas terkoyak dan saya rasa lama-lama akan nampak isi kaki dia tu. Masa cuci luka di kaki Makcik Bedah tu pun dia kesakitan padahal dia dalam keadaan separa sedar time tu sebab sudah tua kan. Yang menyukarkan saya buat dressing time tu sebab kaki Makcik bedah tuh susah mau luruskan sebab kaki dia bengkok sudah. Mesti sebab lama tidak digerak-gerakkan kakinya tu. Zureen tolong pegang kaki Makcik B tu tapi kejap-kejap rehat sebab berat kakinya. Lepas cuci luka dekat kaki beralih pulak ke luka dekat sacrum Makcik B. Bila tengok bedsore dia makaihhh. Punyalah dalam luka dia sampai tulang belakang kita yang paling hujung ni yang dekat punggung tu aka sacrum pun sudah nampak. Wah berpeluh jugak time tu. Tapi masa buka pampers Makcik B sebab bedsore tuh terlindung oleh pampersnya, bila buka alamaakk Makcik B ni BO aka buang air besar (wah sopannya..haha) la pulak. Saya dan zureen pun berfikir. Tukar pampers dulukah atau cuci luka dulu. Ahh buat sekali lah saja. Cepat-cepat amek pampers semua dan buat. heheh.. kami cuci BO dulu pastuh sebelum pakai pampers cuci luka. Wah bijakkan kami. hehehe. Masa cuci tuh zureen position kan Makcik B supaya dia mengiring. Makcik B kan unconscious. Luka dia lebih kurang besar dua tapak tangan dan kedalaman dia lebih kurang 2cm gituh. Dalam jugaklah. sampai nampak tulang mestilah jugak nampak muscle semua kan. Memang pun. Tapi memang kesianlah tengok kalau patient-patient macam tu. Cuba bayangkan kalau tiba-tiba ada ahli keluarga kita macam tu. Ish nauzubillah. Semoga semuanya dikurniakan tubuh badan yang sihat sentiasan. Amin.
Lepas saja buat Dressing, Saya buat tracheostomy suctioning pula. Masa mula-mula buat dulu takut juga. Yalah kita pun takut kalau berlaku apa-apa ke patient kan. Tracheostomy suctioning tu fungsi utama dia ialah untuk clear kan airway dia dengan cara menyedut kahak patient guna suction set semua. Takut tau masukkan tiub dalam trachea orang. Tapi bila sudah biasa buat tidak takutlah. hehehe bak kata orang alah bisa tegal biasa. hehehe. Bila siap, Zureen pula bagi feeding susu Ensure through nasogastric tube. Naso = hidung, gastric = perut. Maknanya tiub tu dimasukkan dari hidung ke mulut patient pastu diplaster di hidung patient supaya tidak tertanggal. Jadi cuma bagi susu dari tiub tu sajalah. Tapi bagi feeding kena ikut sukatan as ordered by Doctor lah bukan suka-suki mau bagi. Lepas tu kerja kami siap! Alhamdulillah satu patient saja kami ada dalam cubicle. yeahh. Lama juga masa diambil untuk uruskan satu patient ni. Kami start buat kerja-kerja tu dekat-dekat jam 2.30 pm dan habis buat semua procedure di atas tu dalam jam 4.30. Fuhh. Biasalah amatur-amatur masih lambat sikit buat kerja. hehe. Selesai buat procedure pergi solat Asar makan dan sambung kerja balik.
Lepas rehat tu tidak banyak kerja kena buat dalam cubicle kami. Paling-paling bagi feeding every 3 hourly dan buat suction sebelum bagi feeding tu. Itu saja. Kami pun berjalan ke cubicle lain dalam wad tu tengok-tengok kawan-kawan lain buat apa. Bila terserempak kawan tanya 'Busykah kamu?' ehehe. Mentang-mentang patient sorang ja kan. Bolehlah jenguk-jenguk kawan jap dorang jealous kami tinggal sorang patient. Maka kami pun membantu mereka kalau ada apa-apa yang boleh ditolong pada masa-masa free. hehehe. Itu sajalah yang berlaku dalam wad tadi. Oh ya ada hal yang kurang menyenangkan berlaku dalam wad apabila ada seorang pelawat tu dia marah Doctor dengan staff nurse sana pasal sesuatu. Saya pun tidak berani cakap pasal apa sebab saya tidak tahu apa perkara sebenar yang berlaku. Itu bahagian cubicle belakang. huhu. Esok saya tukar jaga cubicle tengah pula. Nasiplah syift petang sempat juga post new entry untuk 30nov ni. Okaylah mahu tidur. Penat sudah kaki mata dan jari. hehe. Semoga esok lebih baik dari hari ini. Amiin. wassalam.
P:s ni saya share kamu gambar bedsore hampir sama dengan yang saya cuci hari ini.
oleh itu kalau ada relatives kamu yang tinggal di hospital. Nasihatkan dia supaya jangan selalu baring tanpa menukar posisi. Kalau tidak boleh bergerak boleh tolong ubah posisi pesakit setiap 2jam. Kalau tidak
silap-silap boleh jadi macam ni.
1.21 am
01 dis 2010

selamat berpraktikal..:)
ReplyDeletenase bek ade nurse..klaw xde nurse sape la nk jge org2 yg sakit :) tanggungjawab yg mulia sngat..:D
salam adik,bagus jadi misi ni...isteri bro ketua jururawat kat Hospital kuala lumpur,misi ni kerja shift ,pagi,petang,malam.nanti kena cari calon suami yang betul2 faham kerjaya isteri...hehehe...apa pun selamat maju jaya ya.
ReplyDelete@Bellahihi terima kasih cik bella.. :)
ReplyDelete@MABUkira sister la ye bro? hebatlah! :D
ReplyDelete