02 December 2010

Praktikal semester 3/2010

Tarikh : 1/12/10
Masa : 2pm -9pm
tempat : Hospt ****ng


Assalamualaikum semua. Semalam kerja lagi. Semalam tidak sibuk sangat biasa-biasa saja. Cuma banyak hantar patient p X-ray dan CT scan. Cuma buat benda-benda yang selalu dibuat macam bagi NEB trcheostomy suction . Itu jalah benda yang agak luar biasa maksud saya procedure yang bukan basic punyalah. Lepas tu jam 5.30pm rehat sekejap. Makan-makan dengan kawan tiba-tiba masuk pasal cerita operation. Rupanya kawan kami sorang ni pun pernah jugak operate macam saya. CUma dia operation dekat ovary dia ada cyst. Operate tahun lepas dia kata patutlah selama ni kitaran haid dia tidak berjalan lancar. Kadang-kadang berbulan-bulan tidak period. Uish bahaya jugak tu. Dia kata dia lepas operate tu dia tidak boleh angkat berat-berat sangat.
 Kami pun cakap mau tengok parut dia. Dia kata parut dah jadi keloid. Saya kata samalah kita. Oh ya keloid tuh ialah parut yang timbul. Lepas tuh kami saling tengok menengok parut kami. haha. Sudahlah main tengok-tengok tu di bilik harian. Nasiplah tidak ada orang masuk. Mula-mula tengok parut saya. 'Wah panjangnya kak'. Saya kata sebab operate hati buang separuh hati saya. Tu yang besar incision operation dia. Kira-kira dalam 21cm gituh. Bentuk dia macam huruf L. Jahitan dia 21 ka 22 tidak silap. Saya dulu mula-mula tengok pun terkejut juga. Tapi tidak apa parut itu jugalah yang menyelamatkan nyawa saya kan. hehe. Alhamdulillah.

Lepas tu kami tengok parut dia pula. Ada dalam 7 8 cm gitu. Parut tu ada di bahagian depan rahim maksud saya di bawah pusat la kiranya. Jadi tidak dapatlah tengok lebih. Sensored laaaa. ahaha. Syukurlah cyst tuh tidak memberi kesan kepada rahim dia. Kalau tidak dengan rahim sekali dibuang kata doktor dia. Parut dia macam kena gam tidak dijahit macam saya. Saya pun tidak pasti bab bab operation saya tidak belajar lagi. heheh.

 Tapi berdasarakan kata-kata orang tua, lepas operate, kena pantang makan. Jangan makan berminyak dan macam-macam lagilah. Jangan angkat berat sebab dalaman tu belum baik lagi. Tapi semua itu saya langgar. Masih ditahan dalam wad dulu saya sudah makan nasi goreng ayam, mee goreng. Aduhh serius memang saya tidak mampu berpantang makan time tu. Bila dirumah lagilah curi-curi makan KFC. hahaha. Mana dapat tahan. hehehe. Mula-mula sajalah pantang makan konon-konon depan mama bapa depan saudara mara. haha. Minum sup ikan haruan yang original punya memang tidak sedap kurang garam. Makan bubur hari-hari. Terseksa jiwa saya. Yang saya pelik kenapa semua masakan kurang garam? Takkan berpantang garam juga kot? Saya banyak tanya sama mama saya. Kenapa kurang garam ma? Kenapa saya makan bubur saja? Macam mana saya mau sihat kalau makan bubur hari-hari? Tapi masa tuh memang tersangatlah kurus. Buruk betul saya tengok. hahaha. Jalan terbongkok-bongkok. Dan percaya atau tidak saya tidak pernah bersin selama 1bulan lepas operation. Saya pun pelik kenapa. Tapi bila first time bersin tu. Punyalah sakit perut macam mahi terbuka balik jahitan di perut saja. Barulah saya faham kenapa saya tidak bersin-bersin. hehe. 
Oleh kerana tidak mahu selama-lamanya berjalan bongkok, saya cuba-cubalah tidur sambil meniarap. Punya main susah dan sakit. Dapat tiarap selama beberapa minit saja lepas tu bangun balik sebab rasa macam muscle dalam perut tuh tertarik-tarik. Tak boleh tahan gue. Bila bangun tengok bekas jahitan tuh aduh terbuka sikit. Gelabah juga saya. Tapi saya diam-diam dan sendiri buat dressing aka cuci luka sendiri. Tapi dulu memang selalu saya dressing luka di perut saya sendiri. Malu dowh orang lain tengok. hehehe. Lama-lama luka tuh bercantum balik. Alhamdulillah. Dan bulan kedua lepas operate saya sudah boleh main badminton. Cuma leher tidak boleh pusing sangat. masih sakit lagi. Tapi masih boleh tahan lagi lah. ehehe. Bila ingat balik, teruk juga saya dulu. Saya tidak boleh berlari, bersin, meniarap, ketawa suka hati selama sebulan juga. Wah. Lepas sebulan operate sy try solat full solat maksudnya saya tidak solat guna kerusi atau apa-apa alat bantuan. Bila sujud tu rasa hati saya bergerak sebab saya sujud kan rasa macam jatuh ke bawah. huhu. Tapi tidaklah sakit cuma rasa macam hati saya bergerak atau terhayuh-hayun is the best word to describe. Alhamdulillah Awal bulan januari 2009 saya accident hujung bulan tu boleh solat sudah saya. (^^). Alamak rasaya sudah lari tajuk ni tau. hehehe ok berbalik kepada cerita dalam wad semalam........

Lepas rehat masuk wad balik. Buat apa yang patut then CI kami datang tengok kami. Kawan saya buat tracheostomy suctioning sambil CI tengok. Kalau CI tengok masa buat procedure berdebar juga tau kawan saya pun dah gelabah. hehe. Biasalah tu kan. Rasanya itu sajalah yang berlaku dalam wad semalam. Tidak sempat tulis journal semalam. Penat oh! hehe. Oh ya ada Dr handsome dekat wad kami. hahahahaha. sempat lagi. caittt. hahaha. 

wassalam..

 
contoh keloid.

contoh NEB

2/12/10
10 am.

3 comments:

  1. ui nui, apa juga diagnosis ko tu smp kna operate hati..? huhuhu

    ReplyDelete
  2. gisau : diagnose? eksiden bei. hati hancur skit.. hehe

    kdam : Alhamdulillah..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...