22 March 2011

2nd day @ Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Perak..

Assalamualaikum. Seperti biasa hari ini awal pagi bangun mandi siapkan diri dan terus gerak ke HBUK. Pagi ini kami ada satu briefing mengenai HBUK oleh salah seorang Sister HBUK. Sekejap saja dalam 1/2 jam gitu. Lepas tu p masuk wad semula. Tapi staff nurse wad kami panggil pi taklimat Psychoeducation di dalam satu dewan ni. Psychoeducation ini dijalankan untuk pesakit-pesakit yang bakal discaj atau keluar dari wad. Dalam psychoeducation ni ada 5 modul. Tapi yang attend ni ialah modul ke 2 yang mana memberi pemahaman kepada pesakit mengenai rawatan mereka selepas discaj nanti. 

google

Kami menghadiri seminar ini bersama pesakit-pesakit yang bakal discaj lah. Mereka duduk depan kami duduk belakang. Yang memberi seminarnya ialah Medical Assistant aka MA HBUK juga. Lupa nama dia. heheh. Secara keseluruhannya seminar ini lebih menekankan mengenai pengambilan ubat selepas keluar dari wad nanti iaitu apabila bergaul semula dengan komuniti untuk mengelakkan dari berlakunya relapse atau dalam bahasa melayunya ialah berulang semula. Jadi untuk mengelakkan sakit mereka itu kembali menyerang mereka, mereka kenalah mengambil ubat selain dari mengelakkan diri dari terlalu stress, jaga pemakanan, libatkan diri dengan komuniti dan beriadah. 


Kebanyakkan pesakit yang menghadiri seminar ini ialah pesakit yang bermasalah schizophrenia. Menurut kitab tebal Tabers Cyclopedic Medical Dictionary, Schizophrenia ini ialah "A thought disorder marked by delusion, hallucination and disorganized speech and behavior and social withdrawal." Yang bermaksud satu keadaan di mana berlaku gangguan fikiran disertai dengan dengan delusi, halusinasi dan percakapan dan perbuatan yang tidak tentu dan juga pemisahan sosial dengan komuniti. Begitulah kiranya maksud schizo yang senang difahami. Dan dia ada juga banyak jenis. Sebab bukan semua patient with schizo mengalami semua tanda-tanda di atas. Selalu kan kita baca di surat khabar tentang orang yang membunuh ibu lah family dia lah kerana tidak makan ubat schizo dia. Sebab itulah comply with medication itu sangatlah penting. 


Selesai saja seminar itu kami balik ke wad dan Staff nurse incharge panggil kami terangkan sedikit tentang penyakit-penyakit mental ini. Antaranya ialah schizo, maniac, depression ermm apa lagi ah. Lupalah. Ada tulis dalam buku tapi malas ambil dalam beg. Haha. Lagipun serius masa di pertengahan staff nurse itu bagi taklimat tentang penyakit itu mata i da pusing-pusing menahan ngantuk. Kawan seblah pun asyik cucuk cucuk saya guna pen. Padahal jarak saya dengan staff nurse itu 2meter saja dari saya. Tidak boleh tahan ngantuk. Kawan saya yang duduk beberapa inchi dari staff nurse pun tertutup mata sambil menulis. Konfem dia tidak faham apa yang dia tulis tu. Haha. Saya pun tergelak seorang diri time tu. Hehe. Staff nurse kata hari ini buat psychoeducation about hand washing. Esok buat senaman, group therapy dengan relaxation therapy. Wah~ Harap-harap seronok. Sebenanya saya bosan bila tidak ada kerja time praktikal. Sebab masa akan berlalu sangatlah lambat bila tidak ada kerja mau buat. Bila busy dalam wad tidak sedar masa untuk balik sudah. Heheh. Itu yang best sedar-sedar ehh masa untuk pulanngg oo yeahh~~ hehehe

google

Pada waktu petangnya kami buatlah psychoeducation tentang handwashing. Pick beberapa orang patient yang sudah dikenalpasti mampu bagi kerjasama dan konsentrasi yang baik. Adalah dalam 7 orang pesakit ini. hehe. Ok lah aktiviti kami itu. Berjalan dengan lancar. Tapi di pertengahan aktiviti itu, salah seorang patient ini 'fitting' aka sawan buat beberapa saat. Kalau semalam berlaku keadaan yang sama kami agak terkejut sedikit hari ini kami boleh atasinya. Wah~ Tapi dia fit buat beberapa saat sajalah. Lepas tu kami sambung balik aktiviti dan dia pun ok saja sambung join. Hehe. Semalam terus menjauhkan diri kami yang lain bila dia kena. Terkejut~ hehehe. Sekarang ok sudah siap kawan tolong pegang lagi patient supaya dia tidak jatuh. Sebab masa tu dia tengah duduk atas kerusi. Tapi tidak teruk pun fitting dia. Biasa saja. CUma beberapa saat dan boleh dikawal.



Maka itu sajalah untuk hari ini ya adik-adik (cehh). Haha. Mau tido awal. Entah kenapa asyik mengantuk saja dalam wad. Oh ya! saya tahu kenapa. Masa itu hampir tiba. heheh. Ok lah Wassalam.. :)

P/s : Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. :) Nanti saya cerita pasal stigma orang kita tentang pesakit-pesakit mental ini..^^

4 comments:

  1. Wah. PRaktikal di hospital bahagia. nurse la ni kan.

    tidak takut kah kalau dorang tiba2 menggila, atau yg mcm kamu tulis di atas tu, dtg sawan

    ReplyDelete
  2. @Cinoi Uik baru student nurse ba ni. hehe Takut juga laa masa mula2. Tapi lama2 ok jgak sbb dia sawan tidak teruk. biasa2 ja. hehehe

    ReplyDelete
  3. aritu sy tgok oprah kan nui...ada jgk bdak kecil yg mghidap skizofernia yg kuat....pelik n ksian...kturunan ka skizo ni nui?

    ReplyDelete
  4. @yana : Boleh jadi keturunan/genetik juga ni yana aka family history gituh hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...