HARI KE-3
Assalamualaikum. Sudah 2 hari tidak menulis laporan pasal HBUK ni. Bukan apa busy (konon). Haha. Pada hari ke3 di sini iaitu pada hari Rabu lepas, kami buat senaman pagi untuk para pesakit. Dan kami telah memilih lagu chicken dance untuk bersenam. Wahh suka mereka menari tarian tu. Hehehehe. Dan lepas tu kami pun membuat group therapy. Group therapy ini adalah satu kumpulan kecil yang terdiri daripada pelbagai orang yang mempunyai masalah yang sama dan bersama-sama membincangkan penyelesaian dan berkongsi pendapat mengenai masalah tersebut. Group therapy ini diketuai oleh kawan saya Faika sebagai therapist dan kawan seorang lagi, Fatin sebagai Co-therapist. Kami pick beberapa orang pesakit yang mempunyai masalah yang sama iaitu mengenai kebersihan diri. Dan kami di monitor oleh staff nurse in-charge wad rehabilitasi. Alhamdulillah dapat merasa juga bagaimana group therapy itu. Cuma kata staff nurse ini sebenarnya group therapy ini tidak begitu effektif apabila dibuat ke atas pesakit mental. Yalah dorang pun bukan ambil serius pun hal yang dibincangkan. Hehe. Sesiapa yang ada masalah seperti stress, diet, emosi dan sebagainya bolehlah buat gropu therapy dengan kawan yang ada masalah yang sama. :D
![]() |
Lepas tu sebelah petangnya pula kami melakukan aktiviti art therapy bersama beberapa pesakit iaitu kami melukis dan mewarna. Tapi tidak sempat menghabiskan lukisan kerana kesuntukan masa. Tapi di kala itulah juga daya kreativiti ku menurun. Haha. Tapi tetap best. Seorang pesakit tu balik-balik minta belikan selipar warna biru. Kadang-kadang kasihan juga bila dorang meminta belikan itu ini. Tapi kami tidak dibenarkan belikan apa-apa untuk dorang. Sebab nanti dorang akan minta beli lagi dan membuatkan pesakit lain cemburu. Nanti gaduh pula. Tabley tabley~~
![]() |
| walkathon |
HARI KE-4
Hari keempat kami ada walkathon! hehehe. Tapi wad kami tidak terlibat. Sekadar menjadi penonton setia di tepi padang saja. ahah. Kami bawa beberapa orang pesakit kami pi padang tempat walkathon itu berlangsung. Walkathon itu khas untu pesakit dan ada yang berkerusi roda lagi. Jangan main-main. Tapi student yang tolak dorang la. Hehehe. Kami ambil jalan jauh ikut staff nurse. Bila jalan tuh punyalah jauh rasa macam wad kami pula yang join walkathon ni. Haha. Barulah tahu yang HBUK tu luas sebenarnya. Fuhh~~ Lepas tu jam 11.15 kami pi dewan untuk buat relaxation therapy. Aduhh~ nyaman sungguh wa cakap lu. Hehehe. Dia ada 3 stage.
Stage pertama regangan otot. Kena suruh baring dan music akan dipasang. Dalam music itu ada la arahan arahan yang patut diikuti. Music dia sangatlah menenangkan. Stage kedua pula dia suruh buat latihan pernafasan. Tarik nafas semua. Tapi stage kedua ni saya tidak sedar sudah. Serius tidur! Haha. Hampir semua kami begitu. Pastu tersedar balik masa stage ketiga iaitu imaginasi. Wahh sangat bestlah. Last-last kami tertidur. CI (clinical instructor) dan staff nurse in-charge biarkan saja kami tidur sekejap. hehe. Lepas tu bangun dan pi rehat. Petangnya kami pindah wad ke wad psychogeriatric.
![]() |
| kami tidak buat kaki spt di atas ya. hehehe |
HARI KE-5
Masa petang hari ke4 kami di sini rasa bosan sangat. Aduh~ Nasib baiklah ada permainan-permainan saidina, congkak, bola dan sebagainya. Rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak pula. hehe. Wad psychogeriatric ini menempatkan warga-warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan mempunyai masalah mental. Ada yang sudah ok sebenarnya, tapi tidak ada waris yang datang mahu ambil. Yalah bagi mereka warga tua yang bermasalah mental ini satu beban bagi mereka. Inilah stigma orang kita. Stigma ini maknanya lebih kurang persepsi atau pandangan buruk seseorang terhadap orang yang bermasalah mental ini. Biasanya terjadi pada ahli keluarga pesakit seperti anak-anak, suami atau isteri atau saudara-mara. Kasihan tau tengok orang-orang tua di sana.
Ada anak-anak tapi tidak jaga mereka, malah membuang orang tua mereka lagi. Nanti kalau dorang pun kena sakit macam itu suatu hari nanti lepas tu anak dorang pun buang dorang baru padan muka kamu! Bayangkanlah saja ibu yang penat-penat jaga kita dari kecil, bila mereka sakit kita buang dorang dari hidup kita. Geram saya! Tidak mengenang budi betullah. Malu dan menyusahkan konon kalau ada ibu macam tu. Masa kecil-kecil mama kamu tukar pampers kamu semua tidak pula ibu kamu rasa menyusahkan. huh~
Alhamdulillah saya ditempatkan di HBUK. Sekurang-kurangnya membuatkan saya berpegang lagi teguh akan pendirian saya untuk berbakti untuk ibu bapa saya sehingga ke hujung nyawa saya dan mereka. Yalah kalau sudah 'pergi' sampaikanlah doa di setiap akhir doa kita. Tidak 'pergi' pun wajib juga mendoakan keberkatan dan kesejahteraan hidup ibu bapa. Oh ya berbalik kepada tajuk di atas, hehehe yang bestnya di dalam wad psychogeriatric ini kami dapat main-main sama mereka. Main congkak, saidina, bola dan melukis. CUma ada seorang pesakit ini suka tepuk-tepuk belakang orang. Kalau pelan ok lagi lah. kadang-kadang sakit juga. Haha. So kami akan mengelak dari ditepuk olehnya. hehehe.
![]() |
Pengajarannya jagalah ibu dan bapa kamu sampai akhir hayat mereka. Kalau tidak takut-takut nanti anak kamu pula buang kamu dari hidup mereka. Hehe. Hari isnin kami kembali semula ke wad itu. Esok kami cuti!! Hehe. Kami kerja opis hour sebenarnya. Tapi tiada gaji, rumah sewa bayar sendiri dan makan sendiri. Hehehe. Itu small matter sajalah. Yang penting experience itu yang mahal kan? hehehe. Oh ya kami plan mau pi Lost World of Tambun. DI mana tu? Macam mana mau pi dari Tanjung Rambutan ke Tambun? Anyone?? Huhu
p/s :
Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.
Amiin..^^.





haha..seronok je bace experience korg kt sane! sgt berbeza ngan ward2 biase kite pnah praktikal..xsabar nih! :)
ReplyDelete@MissyNursy ♥ haha.. ya mmg berlainan dr dlm wad.. rilek skit laa.. tp kdg2 buring jg.. hehehe
ReplyDelete