28 March 2011

6th day @ Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Perak..

Assalamualaikum semua. Hari ini hari yang biasa-biasa saja. Cuma di sebelah pagi tu mula-mula kami main saidina sesama kami sajalah. Pesakit pun ada dua tiga orang saja. Punyalah beriya-iya main saidina. Sekali staff nurse masuk dalam bilik aktiviti tu. Terus semua pura-pura busy buat keja. Haha. Lepas tu staff nurse bawa kami buat orientasi pasal buah-buahan kepada pesakit-pesakit di sana. Kumpulkan pesakit dan buatlah tanyalah pasal buah-buahan dengan bantuan buahan-buahan palsu. Biasalah orang tua kan ada yang suka, ada juga yang tidak berminat. Hehe. Lepas tu minum petang.

 



Eh lupa. Waktu pagi kami melakukan senaman pagi selepas memberi makanan kepada para pesakit. Buat regangan badan dulu baru buat chicken dance. Suka dorang menari walaupun pergerakan agak terbatas. Hehehe. Oh ya. ada beberapa orang pesakit ini yang tidak mampu makan sendiri. Jadi kami tolonglah suapkan dorang. Kesian jugalah. Kadang-kadang terfikir juga saya. Beginikah kehidupan di masa tua saya nanti. Anak-anak saya akan jaga saya kah? Tapi yang pasti saya akan jaga kedua ibubapa saya nanti. (^^). Insya Allah. 


melampaulah kalau buat senaman gini sama orang tua. heheh

Sebenarnya pada saat ini saya sangatlah mengantuk. Tapi tadi kawan saya bagitau exam start 20 Apr ni. Sentap jugak jantung. Tapi saya tetap mengantuk. Hahaha. Nanti bila dekat-dekat exam barulah mau gelabah. Ceh. Tapi serius saya tidak gelabah masa exam. Malah semakin mengantuk lagi adalah. Mungkin itu salah satu coping mechanism saya untuk tidak terlalu stress dengan exam. Atau itu satu ketenangan yang Allah bagi semasa menghadapi saat-saat getir itu. Mungkinlah. Hehe. Syukur saya. (^^). Tapi kalau OSCE memang saya begegar. er OSCE itu ialah.... saya lupa nama dia yang saya ingat cuma clinical examination saja. Hehehe. Time tuh gelabah oh sebab bila ada examiner betul tengok kita buat procedure rasa serba tidak kena. Iyalah kita pun mana senang bila ada orang tengok kita buat kerja kan. Oklah mengantuk sangat-sangat. Tidur dulu. Wassalam.:)

P/s : Esok kami pindah wad ke WKP aka wad kemasukan perempuan. Semoga di sana lagi menambahkan ilmu dan pengalaman. zzZZZZZZzzz

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...